Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung Paling Bahaya No 1 Jaga Jaga Ibu Hamil


Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya!
Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatkan komplikasi semasa mengandung.
Jenis komplikasi kehamilan yang sering dialami setiap wanita mengandung mempunyai risiko untuk berdepan sebarang komplikasi semasa berbadan dua.
Berikut antara jenis komplikasi yang boleh berlaku:
12. Keguguran
Kehilangan kandungan boleh berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan. Kebanyakan berlaku pada trimester pertama – 13 minggu pertama tempoh kehamilan.
Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan fizikal sistem pembiakan wanita boleh menjadi punca keguguran apabila telur tidak dapat disenyawakan dengan betul.
Tanda keguguran paling biasa adalah pendarahan faraj tidak normal.
11. Kehamilan ektopik
Berlaku apabila implantasi telur di luar rahim, di tiub fallopio. Kesannya janin tidak dapat membesar dengan baik.
Kehamilan ektopik boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan sistem pembiakan wanita serta berpotensi mengancam nyawa.
Apabila janin terus membesar, tiub fallopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk (hemorrhage).
10.Diabetes gestasi
Antara komplikasi kehamilan paling biasa berlaku adalah kencing manis semasa mengandung.
Majoriti wanita dengan diabetes gestasi dapat melahirkan bayi sihat, tetapi diabetes yang dialami meningkatkan risiko untuk bayi mempunyai saiz badan lebih besar.
Risiko kesihatan lain kepada bayi:
-Demam kuning
-Sindrom gangguan pernafasan
-Tahap mineral rendah dalam darah
-Hipoglikemia
-Masalah serviks
Tumbesaran bayi memberikan tekanan kepada serviks wanita mengandung. Dalam kes jarang berlaku, tekanan berlebihan mengakibatkan serviks tidak dapat mengendalikannya.
Kesannya serviks terbuka sebelum bayi bersedia untuk dilahirkan. Keadaan ini dipanggil serviks tidak kompeten dan biasanya mak buyung tidak mengalami sebarang simptom.
9.Penyakit plasenta
Gangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan.
Akibatnya janin tidak dapat menerima nutrien dan oksigen dengan betul. Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan.
Gejala paling biasa seperti pendarahan faraj, kontraksi dan sakit perut.
8.Previa plasenta
Komplikasi kehamilan yang jarang berlaku. Ia melibatkan keadaan plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.
Berlaku pada trimester kedua atau ketiga dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Andai tidak dirawat, pendarahan tersebut boleh mengakibatkan kematian.
7.Masalah kuantiti air ketuban
Cecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan kepada janin.
Namun jika wanita mengandung mempunyai cecair amniotik sedikit, oligohidramnios atau terlalu banyak, polihidramnios, ia boleh mengganggu fungsi normal rahim.
Jika kurang, ia boleh menjejaskan tumbesaran otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.
Dalam kes jarang berlaku, air ketuban yang berlebihan pula boleh mengakibatkan:
-Pemecahan pramatang membran ambiotik
-Gangguan plasenta
-Kelahiran pramatang
-Pendarahan selepas bersalin (postpartum hemorrhage)
6.Preeklampsia
Keadaan komplikasi kehamilan melibatkan tekanan darah tinggi dan tahap protein tinggi dalam air kencing.
Biasanya berkembang selepas tempoh 20 minggu kehamilan. Namun ada risiko untuk berlaku lebih awal atau selepas kehamilan.
Dalam kes kritikal, wanita mengandung dengan masalah preeklampsia boleh alami gejala:
-Sakit kepala teruk
-Penglihatan kabur
-Sakit perut bahagian atas
-Loya
-Muntah
-Pening
-Kuantiti air kencing berkurangan
-Kenaikan berat badan mendadak
-Bengkak pada muka dan tangan
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika mengalami simptom sakit kepala, penglihatan kabur atau sakit abdomen yang teruk.
5.Kelahiran pramatang
Berlaku selepas minggu ke-20 atau sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kebanyakan kes kelahiran pramatang berlaku secara spontan.

Namun ada juga proses kelahiran yang berlaku disebabkan komplikasi kepada ibu atau kandungan.
4.Trombosis vena
Merupakan gumpalan darah yang biasa berkembang pada urat kaki. Wanita mengandung terdedah kepada keadaan ini sepanjang kehamilan dan selepas bersalin.
Keadaan ini berlaku apabila tumbesaran rahim menyukarkan darah pada bahagian bawah badan untuk kembali ke jantung.
Ia jarang terjadi, namun masalah trombosis urat dalam adalah keadaan berbahaya jika ia berlaku.
3.Molar kehamilan
Antara komplikasi kehamilan yang boleh berlaku adalah melibatkan keabnormalan pada plasenta.
Terjadi apabila jisim tidak normal pada embrio terbentuk di dalam rahim selepas persenyawaan. Keadaan ini turut dikenali sebagai penyakit trofoblastik kehamilan.
Sekiranya terjadi, wanita mengandung dengan situasi ini memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) segera.
Rawatan lanjut yang teliti juga diperlukan kerana tisu molar boleh tumbuh semula dan berkembang menjadi barah.
2.Sindrom HELLP
Adalah hemolisis, peningkatan enzim hati dan jumlah platelet rendah (hemolysis, elevated liver enzymes, and low platelet count), keadaan disebabkan kelainan hati dan darah.
Ia boleh terjadi sendiri atau berkaitan preeklampsia. Simptom lain yang boleh berlaku:
-Loya
-Sakit gastrousus
-Sakit kepala
-Kegatalan teruk
-wanita mengandung
HELLP memerlukan proses kelahiran segera kerana terdapat risiko kesan kesihatan serius kepada wanita mengandung, seperti kerosakan kekal sistem saraf, paru-paru dan ginjal.

1. Eklampsia
Terjadi apabila preeklampsia berkembang dan menyerang sistem saraf pusat, kesannya terjadi kekejangan.
Ia komplikasi kehamilan serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut kepada ibu serta kandungan.
Dengan penjagaan pranatal yang betul, preeklampsia dapat dikawal dan dicegah daripada menjadi eklampsia.
Jika anda berasakan keadaan yang tidak normal pada diri sepanjang kehamilan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera.
Sumber: Hello Doktor
The post Ada 12 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 1, Jaga-jaga Ibu Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-12-komplikasi-semasa-mengandung-paling-bahaya-no-1-jaga-jaga-ibu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Tak Pernah Tak Cantik Walau Tengah Hamil 7 Bulan Isteri Rizman Nordin Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 491 hits
Seri ibu yang mengandung ni memang lain auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar...
Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas Pkp Buat Wanita Hamil Ini Bahaya Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas Pkp Buat Wanita Hamil Ini Bahaya Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 444 hits
Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu Namun bagi wanita mengandung wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui Bahaya berjemur di pantaiHakikatnya secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah 1 perka...
7 Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Hamil

7 Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 350 hits
Keperluan nutrisi bagi wanita hamil adalah lebih banyak berbanding orang lain dan jika anda sukar untuk mendapatkan makanan berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan nutrisi itu ambil sahaja chia seed kerana pastinya anda akan terpukau denga...
Khasiat Buah Avocado Semasa Hamil Menjadi Asid Folic Terbaik Amp Mengurangkan Kram Kaki

Khasiat Buah Avocado Semasa Hamil Menjadi Asid Folic Terbaik Amp Mengurangkan Kram Kaki

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 564 hits
Tahukah anda tentang khasiat buah avocado untuk ibu hamil Di sini kami ingin ceritakan segala kebaikannya kepada anda Alpukat atau avocado merupakan sejenis buah yang banyak terdapat dalam minuman kesihatan dan dijual di kedai kedai runcit ...
Oku Jaga Ibu Sakit Saraf

Oku Jaga Ibu Sakit Saraf

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 365 hits
Oleh Nooreni Abu BakarDUNGUN 27 Jun Walaupun bergelar orang kelainan upaya kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepada seorang pemuda untuk menjaga ibu tercinta yang menderita sakit saraf semampunya Md Shamsuddin Ramli 42 OKU pekak dan ...
16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat Amp Tinggi Asid Folic

16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat Amp Tinggi Asid Folic

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 325 hits
Sebaik saja disahkan hamil antara yang selalu didengari adalah ibu perlu makan untuk dua orang Kehamilan bukanlah bermaksud anda perlu makan berlebihan tetapi adalah lebih baik mengambil makanan seimbang seperti sayuran dan buah untuk ibu h...
Bahaya Goncang Anak Semasa Bayi Yang Perlu Setiap Ibubapa Tahu

Bahaya Goncang Anak Semasa Bayi Yang Perlu Setiap Ibubapa Tahu

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 532 hits
Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus Bahaya goncang anak sewaktu bayi Bahaya Goncang Anak Semasa Bayi Yang Perlu Setiap Ibubapa TahuCredit Pic Tahukah anda perbuatan sep...
Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 339 hits
Siapa sangka usia mereka baru setahun jagung namun sudah berjaya hafal al quran dengan baik Meskipun bergelar anak yatim ia telah menjadi pendorong untuk meletakkan sepenuh usaha agar berjaya di dunia dan akhirat Mungkin bagi sesetengah kan...
Suka Sangat Bermekap Masa Mengandung Hati Hati Ada Kandungan Dalam Alat Solek Yang Bahaya

Suka Sangat Bermekap Masa Mengandung Hati Hati Ada Kandungan Dalam Alat Solek Yang Bahaya

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 355 hits
Sesetengah wanita hamil akan menggunakan alat solek bagi menutupi wajah yang kusam Tapi bukan semua mekap sesuai digunakan ibu mengandung Penggunaan alat solek Sepanjang tempoh kehamilan pastinya anda akan cuba melakukan sebaik mungkin aspe...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti