Normalkah Si Manja Tidur Lama Ini 5 Situasi Ibu Bapa Perlu Kejutkan Bayi Jika Mereka Tidur Terlalu Lama


Melihat bayi tidur lena pasti menenangkan hati ibu yang menjaga. Umum mengetahui bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.
Namun, ada masanya ibu bapa perlu berwaspada jika bayi anda tidur lebih lama dari selalu. Berikut adalah beberapa situasi dikongsikan Hello Doktor di mana ibu bapa perlu membangunkan bayi yang tidur terlalu lama. Mari baca.
Persoalan: Bayi sering tidur normalkah? Sama ada memiliki bayi baru lahir atau kanak-kanak, pastinya ada di antara ibu bapa yang ingin mengetahui jika si manja tidur terlalu banyak.
Malahan ada bayi terlalu mudah tidur sehingga ibu bapa risau.
Pastinya akan timbul persoalan bagaimana dengan perkembangan si manja yang lain; bila bayi akan belajar duduk, merangkak, bertatih, bercakap atau berjalan, jika hanya memejamkan mata.
Jadi persoalannya sekarang, bayi sering tidur normalkah? Atau ia sesuatu yang perlu dirisaukan?
Waktu tidur bayi Bayi baru lahir sememangnya memerlukan tidur yang banyak.
Malahan ada yang menyatakan 2 hingga 3 bulan pertama bayi akan dipenuhi dengan perkembangan pesat, sebab itu mereka memerlukan tidur yang banyak.
Melainkan si kecil tidak bangun langsung walaupun untuk menyusu, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Untuk minggu-minggu pertama, ia 1 perkara biasa untuk mengejutkan bayi menyusukannya bagi setiap 2 hingga 3 jam sekali dan si kecil mungkin akan kembali tidur selepas itu.
Umumnya, bayi yang baru dilahirkan akan tidur sekitar 14 hingga 18 jam sehari, secara purata.
Bahkan ada bayi yang tidur lebih daripada itu dan hanya bangun untuk tempoh 30 minit atau kurang. Tidak kira malam atau siang.
Pastinya persoalan bayi sering tidur normalkah atau tidak tetap bermain di fikiran, bukan?
Jika si manja tidur terlalu lama pada waktu siang dan berjaga malam, ia mungkin kerana bayi anda masih keliru tentang siang dan malam.
Kepastian: Bayi sering tidur normalkah atau tidak? Apabila bayi tidur untuk tempoh 13 hingga 15 jam sehari, ia dianggap sebagai tempoh normal. Ia biasanya bergantung kepada usia bayi anda.
Seorang bayi secara umumnya akan tidur 11 hingga 12 jam pada waktu malam dan 2 hingga 3 jam untuk tidur siang.
Ada juga sesetengah bayi yang tidur 12 jam pada waktu malam dan 4 jam pada waktu siang. Selalunya, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan.
Tidak dinafikan, waktu tidur bayi itu kedengaran lama. Namun tempoh 12 jam tidur yang berkualiti bersama 2 jam tidur pada waktu siang adalah bagus.
Bahkan masih ada masa untuk si manja belajar berguling, merangkak, berjalan mahupun bercakap.
Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memantau tingkah-laku mereka dan memastikan segalanya berjalan lancar.
Bukankah bagus untuk anda dapat tidur dengan lebih lama, wahai ibu-ibu sekalian? Jawapannya tidak, jika bayi yang berusia 6 bulan masih tidur seperti bayi baru lahir dan sukar berjaga pada waktu siang untuk tempoh lebih sejam.
Dapatkan rundingan doktor jika keadaan ini berlaku kerana mungkin ada masalah kesihatan yang menyebabkan bayi tidur lama.
Ada 5 keadaan yang mungkin memerlukan anda untuk mengejutkan si kecil daripada tidur, seperti: Untuk keselamatan Jika bayi tidur dalam persekitaran berbahaya, adalah lebih baik untuk mengejutkan mereka.
Keadaan paling selamat untuk bayi tidur adalah secara menelentang dan tanpa ada barang-barang di sekelilingnya.
Tidur siang lama Tempoh tidur siang yang disarankan adalah tidak melebihi 3 jam sehari. Tetapi pastinya ada masa-masa tertentu si kecil akan tidur lebih lama daripada tempoh tersebut.
Namun jika bayi asyik lama tidur siang, ia boleh menjejaskan waktu tidur bayi pada malamnya.
Keliru siang dan malam Normal untuk si manja yang baru lahir keliru tentang waktu siang atau malam.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda boleh membiarkan bayi tidur siang berterusan sehingga 8 jam. Nanti anda pula merungut kenapa bayi berjaga waktu malam!
Untuk membantu bayi mengenal waktu siang dan malam, bangunkan mereka pada waktu siang agar irama sirkadian – perubahan fizikal, mental dan tingkah-laku mengikut kitaran harian – dapat diselaraskan.
Berjaga malam Jika anak anda mengalami masalah berjaga pada waktu malam atau insomnia, pastinya apa yang boleh dilakukan adalah membenarkan dia tidur pada keesokan paginya.
Tetapi sampai bila anda harus membiarkan kitaran seperti ini berlaku setiap hari? Maka anda perlu melakukan perubahan untuk mengatasi masalah berjaga malam ini.
Peralihan waktu tidur Untuk mengatasi isu peralihan waktu tidur, maka wujud keperluan untuk mengejutkan si kecil daripada tidur siangnya.
Situasi itu dalam membantu mengelakkan anak berdepan masalah tidur malam terlalu lewat.
Apabila bayi membesar menjadi kanak-kanak, keperluan tidurnya akan berkurangan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kanak-kanak sudah terbiasa tidur siang untuk tempoh 3 jam dan masih boleh lena awal pada waktu malam.
Jadi bayi atau kanak-kanak yang kerap tidur, adalah 1 keadaan normal. Melainkan, jika aktiviti tidurnya itu membuatkan dia tiada masa untuk melakukan aktiviti kemahiran motor dan kognitif.
Sekiranya itu keadaan yang baby anda alami, disarankan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat doktor.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Normalkah Si Manja Tidur Lama? Ini 5 Situasi Ibu Bapa Perlu Kejutkan Bayi Jika Mereka Tidur Terlalu Lama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/30/normalkah-bayi-tidur-lama-ini-5-situasi-ibu-bapa-perlu-kejutkan-bayi-jika-tidur-terlalu-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Tak Sedar Ini Risiko Pemakaian Mittens Dan Booties Terlalu Lama Pada Bayi

Ibu Bapa Tak Sedar Ini Risiko Pemakaian Mittens Dan Booties Terlalu Lama Pada Bayi

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 274 hits
Anak atau cahaya mata yang baru lahir merupakan anugerah terindah dari Allah SWT kepada semua manusia di muka bumi ini Malahan ia juga merupakan satu kenangan yang paling terindah dalam hidup seseorang apabila dapat menyambut kelahiran baru...
Dalam Rahim Sihat Bila Lahir Bayi Tanpa Kaki Tangan Tidur Sebelah Ibu Undang Sebak

Dalam Rahim Sihat Bila Lahir Bayi Tanpa Kaki Tangan Tidur Sebelah Ibu Undang Sebak

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 2490 hits
Siapa sangka bayi perempuan yang kelihatan sihat sepenuhnya di dalam Rahim ibu dilahirkan tanpa keempat empat anggota badan Kes ini mengejutkan doktor yang merawat Baca Doktor Madhya Pradesh di India terkejut setelah melihat seorang bayi pe...
Lagi Sebulan Bergelar Ibu Bapa Pasangan Hiba Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Lagi Sebulan Bergelar Ibu Bapa Pasangan Hiba Bayi Meninggal Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 346 hits
Kehilangan anak sememangnya sangat menyakitkan buat ibu dan bapa Lebih lebih lagi apabila mengetahui anak yang membesar di dalam kandungan hanya mempunyai peluang yang tipis untuk hidup Susulan daripada itu laman Facebook Mr Wan Cai Officia...
Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

Terlalu Rindukan Keluarga Pelajar Ini Gigih Kayuh Basikal Sejauh 2 000 Batu Untuk Pulang Ke Rumah Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 469 hits
Seorang pelajar ijazah di Universiti of Aberdeen yang berhasrat untuk mengubati rindunya pada keluarga yang menetap di Mellissia berdekatan dengan ibu kota Yunani Athens Pelajar yang berusia 20 tahun itu telah berjaya mengayuh basikal sejau...
Seorang Bapa Tergamak Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi

Seorang Bapa Tergamak Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 299 hits
Baru saja semalam kita menyambut hari bapa namun hari ini terdapat berita kurang menyenangkan dari seorang bapa Dilaporkan seorang lelaki bertindak menyemburk racun serangga ke muka anaknya yang merupakan seorang bayi berusia 20 hari dengan...
Tak Tahan Dengar Tangisan Bapa Bertindak Kejam Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi

Tak Tahan Dengar Tangisan Bapa Bertindak Kejam Sembur Racun Serangga Ke Muka Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 355 hits
KANGAR Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan si kecil seorang bapa menyembur racun serangga ke muka anak lelakinya yang berusia dua bulan Tidak cukup itu lelaki berkenaan juga bertindak lebih kejam dengan menampar muka anaknya itu sel...
Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 309 hits
Khalil bersama pihak sekolah di hadapan dinding sekolah yang memaparkan peringatan tentang COVID 19 Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 25 Jun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi berpuas hati dengan usaha dan kerja...
Bayi Alami Komplikasi Otak Lepas Bapa Sembur Racun Serangga Ke Muka Supaya Berhenti Menangis

Bayi Alami Komplikasi Otak Lepas Bapa Sembur Racun Serangga Ke Muka Supaya Berhenti Menangis

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 477 hits
Kejam itulah dapat digambarkan apabila seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki supaya diam disebabkan tidak tahan mendengar anaknya menangis Malah bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan mela...
Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 241 hits
BERMULA semalam semua sekolah mula beroperasi membabitkan kelas peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia Bagi pelajar selain kela
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord