Bahaya Anak Asyik Nak Berdukung Melekat 24 Jam Merangkak Meniarap Akan Jadi Kurang


“Dia memang nak berdukung 24jam, mama memang tak dapat buat kerja” biasa kita dengar keluhan dari ibu-ibu tentang anak yang suka nak berdukung atau melekat ini. Bagaimana sebenarnya cara nak atasi anak yang suka melekat ni? Ikuti perkongsian.
ANAK NAK BERDUKUNG 24 JAM
Baru-baru ini ramai mak ayah yang bertanya macam mana nak mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa, dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar sahaja anak menangis atau ikut kehendak anak?

1. Keperluan Sensori
Pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Ok macam ini, bayi secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebabnya apabila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk, terasa dibuai dan didodoi seperti duduk di dalam rahim ibu lagi. Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu
Tactile (deria sentuhan) Vestibular (deria keseimbangan/balance) Propioception (deria sendi/joint senses) Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak yang sihat. Ramai mak ayah ingat keperluan bayi hanya minum susu, cukup tidur dan tak sakit perut sahaja. Sebenarnya peluk bayi atau dukup bayi juga salah satu keperluan bayi.
Disebabkan inilah bayi nampak lebih bahagia apabila kerap dibelai (deria sentuhan), dipeluk (deria sendi) dan didukung (deria keseimbangan). 3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya.
Maka, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini dan caranya bukan hanya dengan berdukung. Ada banyak cara utk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada sahaja. Contohnya:
Tactile (Deria sentuhan)
Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi. Sambil minum susu digalakkan usap-usap kepala anak sekali. Baringkan bayi dekat atas baju yang belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus. Beri bayi gengam jari kita. Usap tangan dan jari jemari bayi. Beri bayi main dengan pelbagai jenis tekstur dan bentuk. Vestibular (Deria keseimbangan)
 Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa bayi sedar. (Penerangan dalam post lain)
Proprioception (Deria sendi/ Joint sense) Urut lepas mandi, sangat penting and tolong jangan skip untuk bayi yang baru lahir. Pakaikan bedung untuk bayi yang baru lahir. (Nanti saya cuba post tentang amalan nenek moyang kita dan sensori bayi, panjang sangat penjelasannya) Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir. Peluk bayi. Cara diatas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.
2. Separation Anxiety
Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah bayi risau kita “hilang”.
Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang taknak lepas nak melekat sahaja. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun. Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza.
Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita, tanamkan dalam fikiran yang kita nombor satu dalam carta hati
Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time”, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena jugak buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun. Caranya;
i. Ajar konsep “bye- bye”.
Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia . Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
ii. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham.
Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.
iii. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh sesuaikan diri dengan tempat baru.
iv. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
v. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak
vi. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak.
Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.
Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa menangani masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum sahaja masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu
*Ada yang sedang mengalaminya tak?
Selamat mencuba!
Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Kredit:Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selayang, Selangor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bahaya Anak Asyik Nak Berdukung/Melekat 24 Jam! Merangkak, Meniarap Akan Jadi Kurang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-anak-asyik-nak-berdukung-melekat-24-jam-merangkak-meniarap-akan-jadi-kurang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Asyik Susah Nak Faham Petanda Anak Ada Gangguan Belajar Mak Ayah Kena Kenal Pasti

Belajar Asyik Susah Nak Faham Petanda Anak Ada Gangguan Belajar Mak Ayah Kena Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 326 hits
Anak kita berbeza beza Ada yang mudah mengingati pembelajaran dengan mudah dan ada pula yang agak lambat perkembangannya Lebih lebih lagi ketika pembelajaran melibatkan kemahiran menulis dan membaca Ada kanak kanak yang mungkin berdepan kes...
Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 243 hits
Apabila anak anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika Memang masalah anak anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa Apabila anak tidur lewat berjaga mak...
Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja Tak Apa Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

Anak Asyik Nak Makan Sendiri Sahaja Tak Apa Biarkan Sahaja Anak Anda Makan Comot

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 267 hits
Bila anak makan sendiri ini ibu bapa mesti ada pelbagai reaksi Ada yang menarik nafas lega rasa dah tak perlu dah suap anak Tapi ada juga ibu bapa yang melahirkan kerisauan apabila melihat anak sudah mula makan sendiri atau self feeding Apa...
Asal Letak Je Menangis Nak Berdukung 24 Jam Pakar Kongsikan Trik Nak Atasinya

Asal Letak Je Menangis Nak Berdukung 24 Jam Pakar Kongsikan Trik Nak Atasinya

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 339 hits
Memang payah bila bayi yang asyik nak berkepit dan berdukung sahaja 24 jam Sudahnya segala kerja ibu di rumah terpaksa dilakukan sambil mendukung anak Kerja jadi tak sempurna dek tidak fokus pada satu satu kerja Menurut Pediatric Occupation...
Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 206 hits
Mendidik anak memang mencabar Apa lagi bagi mama pama yang memiliki anak ramai dan kesemuanya aktif Anak terlalu aktif lasak dan hyperaktif selalu menjadikan kita takut untuk membawanya ke mana mana sahaja Bukan aktif saja tapi nakal malah ...
Ajarlah Anak Kita Tentang Kurang Ajar

Ajarlah Anak Kita Tentang Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 170 hits
NORMAN TADZUANAjarlah anak kita tentang kurang ajar KITA DIDIK ANAK ANAK TAK LENGKAP Org Melayu mendidik anak anak mereka babi dan anjing itu haram Hingga binatang itu dipandang begitu hina walaupun anjing Ashabul Kahfi adalah antara binata...
Serba Tak Kena Apa Anak Buat Semua Kita Marah Rupa Rupanya Dia Nak Perhatian Mak Ayah Je

Serba Tak Kena Apa Anak Buat Semua Kita Marah Rupa Rupanya Dia Nak Perhatian Mak Ayah Je

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 393 hits
Bila badan letih otak penat mulalah rasa stres Kita rasa tak berdaya sehingga ada masanya kita lepaskan amarah pada anak anak Tambah lagi bila mereka buat hal Memang teruk kita marahkan anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi rasa stres me...
Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 251 hits
Sesekali berkreatif dengan hidangan anak pastinya buat anak makin berselera Murtabak Mi Baby yang dipotong jejari comel antara hidangan kreatif mudah dan sedap yang boleh diberikan untuk anak Paling menarik hendak membuatnya pun cukuplah mu...
Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

Tak Paksa Tapi Biar Anak Bersedia Nak Puasa Lama Lama Anak Minat Nak Cuba Puasa

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 292 hits
Tinggal lagi dua hari pasti ada mak ayah yang sedang mencari pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa Berpuasa tidak perlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa i...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults