Asal Letak Je Menangis Nak Berdukung 24 Jam Pakar Kongsikan Trik Nak Atasinya


Memang payah bila bayi yang asyik nak berkepit dan berdukung sahaja 24 jam. Sudahnya segala kerja ibu di rumah terpaksa dilakukan sambil mendukung anak. Kerja jadi tak sempurna dek tidak fokus pada satu-satu kerja.
Menurut Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy Selayang, Selangor, sememangnya bayi akan merasa lebih selesa dan selamat kala didukung oleh ibunya. Namun apabila asyik berdukung hingga mengganggu pelbagai urusan pastinya ibu perlu lakukan sesuatu. Ini penyebab dan trik yang dikongsikan oleh beliau.

ANAK NAK BERDUKUNG 24 JAM
Baru-baru ini ramai mak ayah yang bertanya macam mana nak mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa, dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar sahaja anak menangis atau ikut kehendak anak?
1. Keperluan Sensori
Pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Ok macam ini, bayi secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebabnya apabila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk, terasa dibuai dan didodoi seperti duduk di dalam rahim ibu lagi.
Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu

1. Tactile (deria sentuhan)
2. Vestibular (deria keseimbangan/balance)
3. Propioception (deria sendi/joint senses)
Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak yang sihat. Ramai mak ayah ingat keperluan bayi hanya minum susu, cukup tidur dan tak sakit perut sahaja. Sebenarnya peluk bayi atau dukup bayi juga salah satu keperluan bayi.
Disebabkan inilah bayi nampak lebih bahagia apabila kerap dibelai (deria sentuhan), dipeluk (deria sendi) dan didukung (deria keseimbangan). Tiga deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya.

Maka, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini dan caranya bukan hanya dengan berdukung. Ada banyak cara utk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada sahaja. Contohnya:
Tactile (Deria sentuhan)
1. Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi.
2. Sambil minum susu digalakkan usap-usap kepala anak sekali.
3. Baringkan bayi dekat atas baju yang belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
4. Beri bayi gengam jari kita.
5. Usap tangan dan jari jemari bayi.
6. Beri bayi main dengan pelbagai jenis tekstur dan bentuk.

Vestibular (Deria keseimbangan)
1. Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa bayi sedar. (Penerangan dalam post lain)
Proprioception (Deria sendi/ Joint sense)
1. Urut lepas mandi, sangat penting and tolong jangan skip untuk bayi yang baru lahir.
2. Pakaikan bedung untuk bayi yang baru lahir. (Nanti saya cuba post tentang amalan nenek moyang kita dan sensori bayi, panjang sangat penjelasannya)
3. Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir.
4. Peluk bayi.
Cara diatas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.

2. Separation Anxiety
Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah bayi risau kita “hilang”.
Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang taknak lepas nak melekat sahaja. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun.
Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza. Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita, tanamkan dalam fikiran yang kita nombor satu dalam carta hati.

Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time”, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena jugak buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun. Caranya
1. Ajar konsep “bye- bye”.
Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia . Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
2. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham.
Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.
3. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh sesuaikan diri dengan tempat baru.

4. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
5. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak.
6. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak.

Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.
Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa menangani masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum sahaja masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu.
*Ada yang sedang mengalaminya tak?
Selamat mencuba!
Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Artikel berkaitan: Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat, Anak Asyik Nak Melekat, Rupa-Rupanya Ini Yang Mereka Rasa
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Asal Letak Je Menangis, Nak Berdukung 24 Jam, Pakar Kongsikan Trik Nak Atasinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asal-letak-je-menangis-nak-berdukung-24-jam-pakar-kongsikan-trik-nak-atasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Didikan Ibu Ayah Asal Nampak Kucing Jalanan Adik Ni Nak Bawa Balik Sampai Menangis

Bagus Didikan Ibu Ayah Asal Nampak Kucing Jalanan Adik Ni Nak Bawa Balik Sampai Menangis

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 220 hits
Jika ingin memupuk sikap yang baik dalam diri anak anak perlulah bermula dari awal Seperti yang dikongsikan ibu ini di laman TikTok tentang minat anaknya terhadap kucing Bahkan anaknya mudah rasa tersentuh apabila melihat kucing kucing jala...
Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam Tak Boleh Ubah Ubah Jadual Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 250 hits
Apabila anak anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika Memang masalah anak anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa Apabila anak tidur lewat berjaga mak...
Video Duriankimchi Abang Dah Jadi Ayah Kenapa Tak Menangis Maryam Beritahu Hamil Suami Blur Nak Percaya Ke Tak

Video Duriankimchi Abang Dah Jadi Ayah Kenapa Tak Menangis Maryam Beritahu Hamil Suami Blur Nak Percaya Ke Tak

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 485 hits
Sebelum ini viral mengenai reaksi terkejut personaliti media sosial selepas pelakon veteran Fauziah Nawi menegur mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program Terbaru Maryam mendedahkan dia dan suami bakal meneri...
Orang Suruh Letak Jawatan Beramai Ramai Dia Pulak Nak Selamat Dengan Jawatan Kluster Menteri

Orang Suruh Letak Jawatan Beramai Ramai Dia Pulak Nak Selamat Dengan Jawatan Kluster Menteri

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 170 hits
Panas Lagi kluster menteri desak UMNO buat pemilihan parti segeraAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak parti itu supaya mengadakan pemilihan parti secepat mungkin untuk menyelesaikan isu isu dalaman par...
Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

Umno Sibuk Nak Letak Jawatan Pemimpin Pas Sibuk Buat Kerja Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 328 hits
Di Akhir Ucapan MB setelah dia sebut Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua semasa majlis Open Road Asia pagi ni saya perasan MB sebak dan hampir menangis saya mengerti perasaan tersebut macam mana tak sebak berduyun duyun pelabur masuk ke Keda...
Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah Kotor Sikit Je Asal Anak Dapat Pengalaman Ilmu

Nak Ajar Anak Masak Tapi Risau Dapur Berkecah Kotor Sikit Je Asal Anak Dapat Pengalaman Ilmu

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 337 hits
Bukan tak nak ajar anak masak tapi tulah tengok dapur berkecah sana sini rasa sakit mata Begitu rungutan ibu tatkala anak mahu bersama sama memasak Sesekali apa kata kita abaikan dapur yang kotor dan berkecah ini Banyak manfaat dan kelebiha...
Kalau Bekas Ahli Pkr Baik Letak Seribu Orang Banyak Sikit Biasa Kalau Nak Pilihanraya

Kalau Bekas Ahli Pkr Baik Letak Seribu Orang Banyak Sikit Biasa Kalau Nak Pilihanraya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 230 hits
300 ahli PKR sertai Gerakan di Ipoh BaratMarch 24 2021 Seramai 300 bekas ahli PKR Ipoh Barat yang keluar parti tahun lepas menyuarakan hasrat akan menyertai Parti Gerakan Rakyat Pengerusi Gerakan Perak Datuk See Tean Seng berkata daripada j...
Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

Nak Duit Untuk Adik Nak Pergi Sekolah Pasangan Terkejut Budak Datang Rumah Jam 1 30 Pagi Nak Minta Bantuan Tapi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 588 hits
Kehadiran seorang kanak kanak perempuan pada awal pagi di hadapan rumah keluarga ini menimbulkan banyak tanda tanya Apakah dia benar benar meminta bantuan atau ada sekumpulan penjenayah yang sedang menunggu jerat dimasuki pelanduk Pada awal...
Hati Hati Zahid Pas Nak Buat Onar Tu

Hati Hati Zahid Pas Nak Buat Onar Tu

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 276 hits
Penyokong Pas berdiri teguh di belakang Annuar MusaMarch 29 2021 Mempertahankan prinsip perjuangan dalam sebuah parti politik bukan perkara yang mudah Parti sifatnya pragmatik Walaupun dasarnya jelas seringkali dasar itu dikompromi demi kep...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket