Bahan Rempah 5 Rasa


Dalam masakan tempatan di Malaysia, kita biasa mendengar penggunaan rempah 4 sekawan dalam hidangan sup dan kari, Chinese 5 spice pula digunakan dalam masakan Cina, manakala garam masala digunakan dalam masakan India.


Ketiga-tiga jenis rempah ini sebenarnya mengandungi rempah asas yang sama, cuma berbeza dari segi penambahan rempah-rempah lain.

REMPAH 4 SEKAWAN

Jika anda mahu mencarinya di pasaraya, memang takkan jumpa, kerana ia hanyalah nama yang diberi untuk merujuk kepada 4 jenis rempah yang sering diguna bersama iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.

Mari kita kenali serba sedikit fakta tentang rempah penting ini.

1. Kulit kayu manis

Nama saintifiknya ialah Cinnamomum verum, merupakan kulit kayu yang menggelupas dan kering, memberikan rasa pedas-manis serta aroma harum yang kuat.

Kulit kayu manis dimasukkan dalam masakan untuk memberikan rasa yang segar dan bau yang harum.

Jika dimasukkan dalam masakan berkuah, pastikan ia tidak lebih daripada 5 cm panjang bagi setiap 1 liter cecair (kuah).

Bagi masakan seperti kek, roti dan kuih, masukkan sesudu teh serbuk kayu manis ke dalam adunan. Elak menggunakannya berlebihan kerana boleh menghilangkan keaslian rasa dan aroma.

Selain penting dalam menyedapkan masakan, kulit kayu manis juga tinggi khasiat kepada kesihatan.

Simpan kulit kayu manis dalam bekas bertutup untuk tahan lebih lama dan mengekalkan rasa dan aromanya.

2. Bunga lawang

Nama saintifiknya Illicium verum, banyak digunakan dalam masakan India, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Bunga lawang sebenarnya sejenis buah yang apabila kering, akan menyerupai bintang dan berwarna perang kehitaman.

Dipercayai, kombinasi bunga lawang-bawang besar-kicap memberikan rasa lazat semula jadi kepada daging.

3. Cengkih

Rempah ini memberi rasa unik yang hangat, manis dan beraroma terutamanya jika digunakan dalam roti halia atau pai labu.

Nama saintifiknya Eugenia caryophyllus, berasal daripada tunas yang dipetik dan dikeringkan hingga berubah kepada warna keemasan.

Lebih bagus digunakan dalam bentuk biji berbanding serbuk, kerana rasanya lebih kuat dalam bentuk biji.

Cengkih juga merupakan rempah yang versatil, boleh dimasukkan ke dalam hidangan manisan atau savuri.

4. Bunga Lawang

Contoh hidangan yang bertambah lazat dengan penggunaan bunga lawang adalah hidangan berdaging serta mengandungi buah seperti epal, oren atau plum, jika ingin dijeruk atau dibuat jem.

Untuk memeriksa kualiti bunga lawang, masukkannya ke dalam segelas air, kerana bunga lawang yang berkualiti baik akan terapung secara menegak manakala bunga lawang yang berkualiti rendah akan tenggelam atau terapung secara melintang.

5. Buah pelaga

Merupakan antara rempah termahal setanding vanila dan safron, terdapat dua jenis buah pelaga; iaitu yang berwarna hijau atau hitam.

Buah pelaga hijau biasanya dilunturkan warna menjadi putih lalu diedar dari India masuk ke pasaran Malaysia, manakala buah pelaga hitam, berwarna lebih kecoklatan, lebih besar dan panjang.

Sama seperti rempah lain, buah pelaga dimasukkan ke dalam makanan atau minuman untuk menyedapkan rasa.

Rasa buah pelaga yang manis, unik dan beraroma kuat; membuatkan ia diperlukan hanya dalam kuantiti sedikit.

Bagi masyarakat Bangladesh, India, Nepal dan Pakistan, mereka gemar meminum teh pelaga dan kayu manis.

Di negara-negara Nordic seperti Finland dan Sweden, buah pelaga diguna dalam resipi roti, manakala di Timur Tengah digunakan dalam hidangan savuri.

CHINESE 5 SPICE (Serbuk 5 Rempah)

Serbuk 5 Rempah Cina atau dikenali sebagai Ngo Hiong adalah campuran lima jenis rempah ratus yang dikisar halus.

Rempah ini adalah perasa asas dalam masakan masyarakat Cina dan dihasilkan dari bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan dan lada hitam Szechuan.


Campuran kesemua rempah-rempah ini berdasarkan pada falsafah Tionghoa dalam menyeimbangkan Yin dan Yang dalam masakan.

Kebiasaannya, rempah ini digunakan sebagai bahan perapan atau dijadikan penambah rasa dalam masakan sayur goreng dan nasi.

Campuran kesemua ini memberi rasa manis, savuri, pahit dan masam yang seimbang, juga sering dimasukkan ke dalam hidangan daging dan sayur, lalu dibakar.

Serbuk perempah ini bagus diguna sebagai perapan atau sapuan kering pada daging lembu atau itik, dan boleh juga dibakar untuk memberikan rasa yang lebih hangat.

GARAM MASALA

Terdiri daripada campuran rempah-rempah seperti ketumbar, buah pelaga, lada hitam, jintan hitam, kayu manis, cengkih, jintan manis dengan sedikit cili merah kering.

Ada juga yang ditambah dengan caraway, cengkih Zanzibar, halia dan buah pala, memberikan aroma yang harum pada pelbagai masakan India.

Jika mahu rasa masakan yang lebih sedap, taburkan garam masala sejurus sebelum makan untuk mengelakkan kehilangan rasa.

Sering digunakan dalam masakan India yang bersup, berdaging dan bersayur, juga digunakan dalam kari, kuah dhal atau tabur sahaja di atas nasi panas atau telur hancur.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA:
Resepi Yang Di Kawal Umpama Berlian Dalam BankSaffron, Rempah Paling Mahal Di Dunia
sumber: thevocket



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/bahan-rempah-5-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deko Balang Bahan Masakan Di Dapur Siap Berlabel Dengan Diy Sticker Rempah Ratus

Deko Balang Bahan Masakan Di Dapur Siap Berlabel Dengan Diy Sticker Rempah Ratus

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 586 hits
Hasil terpengaruh dengan dak Juju lah ni Tetiba k fiezz terbeli balang bekas untuk letak bahan bahan masakan Memula k fiezz nak pilih balang tutup warna transparent tapi tak jadi Sebabnya bila k fiezz check balang balang sedia ada di dapur ...
Kongsi Pengalaman Dikafankan Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

Kongsi Pengalaman Dikafankan Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 339 hits
Adam Corrie yang telah lama memeluk Islam sebelum ini telah tampil berkongsi pengalaman dikafankan sebelum waktunya Menurut pelakon ini ianya sangat mengerikan dan juga menginsafkan buat mereka yang berpeluang merasai pengalaman ini Walaupu...
Agong Rileks Je Makan Dalam Kelas Netizen Luah Rasa Teruja Tuanku Lawat Murid Sekolah

Agong Rileks Je Makan Dalam Kelas Netizen Luah Rasa Teruja Tuanku Lawat Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 301 hits
Semoga Allah panjangkan usia Tuanku small Cover image via Istana Negara span span small Akhlak dan keperibadian yang dibawa Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memang tidak boleh dinafikan lagi Rakya...
Rasa S4kit Perut Tidak Trtanggung Wanita Pergi H0spital Utk Periksa Sekali D0ktor Sendiri Terkedu Lihat

Rasa S4kit Perut Tidak Trtanggung Wanita Pergi H0spital Utk Periksa Sekali D0ktor Sendiri Terkedu Lihat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 481 hits
Kehadiran bayi perempuan berusia lapan hari disifatkan keluarganya sebagai anak ajaib kerana ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini Tiada siapa menyangka Sanisah Abu Bakar 45 mengandvng Nur Iman Amani Widodo sebelum ...
Uitm Cadang Buat Konvokesyen Stail Green Screen Sebab Pkpp Pelajar Luah Rasa Sedih

Uitm Cadang Buat Konvokesyen Stail Green Screen Sebab Pkpp Pelajar Luah Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 462 hits
Pakai jubah konvokesyen 15 minit je small Cover image via Twitter IzzRaifHarz span span small Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti Majlis Konvokesyen diadakan bagi mem...
Hang Tunggu Apa Lagi Aku Rasa Alexder Pittsuwan Thomprason Orang Sama Dulu Kah Kah Kah

Hang Tunggu Apa Lagi Aku Rasa Alexder Pittsuwan Thomprason Orang Sama Dulu Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 452 hits
Peguam AMANAH tawar khidmat guaman percuma untuk ulama PasSusulan tersebarnya beberapa rakaman video membabitkan dakwaan skandal mengaitkan seorang Ulama Pas peguam kanun AMANAH mengatakan bersedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada U...
Nak Jalan Jalan Dekat Mall Pavilion Sop New Normal Yang Cekap Dan Teratur Rasa Lebih Selamat

Nak Jalan Jalan Dekat Mall Pavilion Sop New Normal Yang Cekap Dan Teratur Rasa Lebih Selamat

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 416 hits
Sejak PKP dah lifted dan digantikan dengan PKPP kita dah mula bebas dan mudah bergerak sikit So masa ni ramai yang ambil peluang untuk teruskan aktiviti normal macam biasa contohnya pergi ke shopping mall gym dan beriadah Tapi mesti ada je ...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats