Bahagian Pertama Mengapa Umno Tidak Lagi Perlukan Mahathir



Kerajaan PH di bawah Dr. Mahathir kini telah membekukan akaun-akaun UMNO.

Mahathir dan kerajaan melalui SPRM telah memfailkan tuduhan ke atas 41 individu dan entiti berkaitan UMNO untuk melucut hak harta.



Mahathir berkata dia boleh membankrapkan UMNO jika dia mahu. Ini semua adalah untuk menekan UMNO supaya tunduk, akur dan melutut kepada beliau.

Beliau juga mahu memaksa lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO untuk melompat masuk partinya.

Jika UMNO berdegil juga Mahathir mempunyai pilihan untuk mengharamkan UMNO.

Namun Mahathir tahu UMNO tidak boleh dipecahkan dari luar.

Apa yang sebaliknya Mahathir akan dan sedang buat untuk melenyapkan UMNO ialah melemah dan memecahbelahkan UMNO dari dalam, seperti yang beliau sedang buat kepada PKR kini.

Mahathir akan cuba menunjukkan seolah-olah UMNO masih memerlukan beliau lantas "menjemput" beliau kononnya untuk "menyelamatkan" UMNO.

Namun terdapat tiga sebab mengapa UMNO sebenarnya tidak lagi perlukan Mahathir, malah adalah memudaratkan UMNO jika Mahathir kembali:

MAHATHIR, PPBM, PKR DAN DAP

PERTAMA, Mahathir bukanlah orang yang berprinsip dan setia kepada rakan dan perjuangan.

Setiap kali Mahathir tertekan dengan partinya, dia akan bekerjasama dengan musuh, dan mengkhianati partinya.


Dulu Mahathir telah banyak kali buat begini kepada UMNO apabila UMNO tidak mengikut katanya dan dia telah melompat masuk PH untuk bekerjasama dengan DAP menentang UMNO.

Kini Mahathir tertekan pula dalam PH. Kali ini Mahathir mempunyai masalah dengan Anwar sekali lagi. Dan Mahathir pernah menggertak untuk keluar PH.

Mesej yang ingin disampaikan oleh Mahathir ialah jika PH tidak ikut katanya, dia akan lompat parti seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini.

Sebelum ini Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun, tetapi baru-baru ini tempoh tersebut dilanjutkan kepada tiga tahun pula.

Hakikatnya Mahathir tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

Anwar tentunya tahu akan hal ini dan Anwar terpaksa mula mengorak langkah untuk menjatuhkan Mahathir sekali lagi dan sesiapa sahaja yang Mahathir berniat melantik selain dirinya (Anwar) termasuk Azmin, Mukhriz atau Muhyiddin.

Untuk ini, pertama sekali Anwar perlu mendapatkan sokongan DAP.

Dalam PH, siapa yang DAP sokong, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini kerana blok bukan Melayu dan bukan Islam dalam PH adalah besar.

Daripada 129 Ahli Parlimen PH (DAP, PKR, PPBM dan PAN), majoriti atau lebih daripada separuh daripadanya adalah Ahli Parlimen bukan Melayu dan bukan Islam.

Jika kesemua Ahli Parlimen UMNO masuk PPBM sekalipun, ia tidak akan mengubah hakikat bahawa PH adalah gagasan kuat bukan Melayu yang dikuasai DAP.

Sebab majoriti atau lebih 70% daripada pengundi PH dalam PRU-14 yang lepas adalah bukan Melayu dan bukan Islam ke atas mana DAP mempunyai pengaruh yang kuat.

Dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk PPBM dilihat secara langsung bersekongkol dengan DAP, oleh itu akar umbi dan penyokong-penyokong Melayu yang telah mengundi mereka (bekas Ahli Parimen UMNO yang melompat parti) sebelum ini tidak akan mengikut mereka malah mencemuh mereka sebagai pengkhianat.

Inilah yang telah berlaku kepada enam bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang telah melompat parti sebelum ini.

Apabila mereka bertanding semula di kawasan mereka atas tiket PH pada PRU-15 akan datang, besar kemungkinan mereka akan tewas.


Sebab inilah sejak tahun lepas saya telah berkata adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin UMNO beristiqamah bersama akar umbi dalam UMNO dan berjuang bersama PAS kerana peluang BN dan PAS untuk menang pilihanraya dan membentuk kerajaan dengan cara ini adalah lebih cerah untuk membawa perjuangan yang lebih lurus dan ikhlas untuk orang-orang Melayu dan Islam.

Walaupun ada orang kata DAP kini menyokong Anwar, saya tidak rasa tanggapan ini benar.

Jika DAP menyokong Anwar, sudah lama Anwar telah boleh menjatuhkan Mahathir dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri, tetapi ini tidak berlaku.

Anwar masih menunggu dan bermain selamat. Dia tidak pasti DAP sebenarnya menyokong siapa. DAP masih menyokong Mahathir. Namun Mahathir tidak mahu orang Melayu tahu yang dia rapat dengan DAP atau mendapat sokongan dan mengikut telunjuk DAP.

Jika orang Melayu percaya yang DAP menyokong Anwar dan bukan Mahathir, ini akan menguntungkan Mahathir dan merugikan Anwar dari segi politik. Ini yang Mahathir mahu

Hakikatnya, adalah lebih menguntungkan kepada DAP jika mereka menyokong Mahathir daripada mereka menyokong Anwar.

Ini adalah kerana parti Mahathir adalah parti yang kecil, oleh itu selagi Mahathir menjadi Perdana Menteri DAP yang lebih besar boleh memeras lebih banyak konsesi dari Mahathir kerana Mahathir amat memerlukan sokongan DAP untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Penulis
ISHAM JALIL

Teruskan membaca Bahagian Kedua 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/06/bahagian-pertama-mengapa-umno-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Perlukan Mahathir Tapi Mahathir Yang Perlukan Umno

Umno Tak Perlukan Mahathir Tapi Mahathir Yang Perlukan Umno

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 3030 hits
UMNO akan mengambil langkah yang silap kalau ambil keputusan untuk terima MAHATHIR dan sisihkan NAJIB Yang merosakkan UMNO sampai UMNO jatuh dan hilang kuasa adalah MAHATHIR Dia caci UMNO dia hina UMNO dia cerca UMNO seolah olah UMNO tidak ...
Dr Mahathir Seorang Strategis Yang Hebat Kj Pesan Umno Waspada Dengan Dr M

Dr Mahathir Seorang Strategis Yang Hebat Kj Pesan Umno Waspada Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 339 hits
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengingatkan Umno berwaspada dengan keupayaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Walaupun sokongan rakyat pada PH kelihatan merosot namun Dr Mahathir merupakan negarawan dan pakar dalam menyusun strat...
Dahulu Pas Gelar Umno Kafir Sekarang Nak Bekerjasama Mahathir

Dahulu Pas Gelar Umno Kafir Sekarang Nak Bekerjasama Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 299 hits
BANGKOK PAS perlu mengesahkan UMNO sebagai parti Islam terlebih dahulu sebelum mewujudkan sebarang kerjasama politik dengan parti itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata ia...
Benarkah Tun Mahathir Mahu Bawa Bersatu Bergabung Dengan Umno

Benarkah Tun Mahathir Mahu Bawa Bersatu Bergabung Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 404 hits
Menjadi perbualan dan perbincangan yang makin melata ketika ini memperkatakan Tun Mahathir Mohamad dikatakan sedang berusaha untuk menyatukan Bersatu dengan UMNO Dikatakan penggabungan itu adalah pilihan yang akan membolehkan beliau dapat b...
Ph Boleh Mufliskan Umno Jika Mahu Mahathir

Ph Boleh Mufliskan Umno Jika Mahu Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan berupaya untuk mengambil tindakan dan menyebabkan UMNO muflis sekiranya mahu berbuat demikian Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata malangnya Kerajaan PH masih membenarkan Datuk Seri Najib Tun Ra...
Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 254 hits
Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Sh...
Bila Pas Nak Akui Umno Itu Islam Tun Dr Mahathir

Bila Pas Nak Akui Umno Itu Islam Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 306 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir beri respond kepada keputusan PAS bekerjasama secara rasmi dengan UMNO Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sidang media bersama media Malaysia sempena Persidangan ASEAN ke 35 di Bangkok Thailand JOHORT...
Tekanan Baru Mahathir Kepada Umno Melalui Sprm Supaya Umno Tunduk

Tekanan Baru Mahathir Kepada Umno Melalui Sprm Supaya Umno Tunduk

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 528 hits
Kunjungan Hormat Atau Terima Wahyu Pertama Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mengumumkan mereka telah failkan permohonan untuk lucut hak ke atas 41 individu kumpulan dan entiti untuk mendapat balik wang yang di dakwa dari 1MDB berjumlah ...
Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Selayang Kali Ke 31

Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Selayang Kali Ke 31

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 346 hits
RAWANG 16 JUN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan bersama Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Abdul Shukur Hj Idrus serta kepimpinan UMNO Bahagian bergambar bersama para perwakilan sebaik selesai majlis perasmian Mesyuarat Per...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans