Begitulah lebih kurang jalinan cerita mengenai hasrat dan keinginan Tun Mahathir mahu membawa Bersatu bergabung dengan UMNO yang ditumbangkannya pada PRU14 yang lalu.Benar atau tidak cerita ini atau sama ada ia mungkin berlaku atau sebaliknya belumlah dapat diketahui secara tepatnya, tetapi itulah cerita yang sedang berlegar-legar dan menjadi perbualan ramai ketika ini.Dikatakan semua perancangan ini tidaklah mustahil bagi Tun Mahathir kerana terbukti sebelum ini, dalam mengejar kuasa, beliau boleh melakukan apa saja termasuk bekerjasama dengan DAP dan berbaik semula dengan Anwar yang pernah dipecat dan dipenjarakannya.Khususnya dalam UMNO, cerita ini begitu berkembang pada waktu ini sehingga ramai yang memperkatakannya melalui tulisan dalam media sosial masing-masing.Ada yang setuju dan ada juga yang membantah. Namun, walaupun jika perkara ini menjadi kenyataan akan membolehkan UMNO kembali menjadi kerajaan, ternampak ramai yang tidak bersetuju dengannya.Bagi mereka, Tun Mahathir adalah musuh UMNO yang tidak boleh dimaafkan lagi berikutan tindakannya menghentam parti itu dan Najib Razak pada PRU lalu sehingga kecundang, walaupun realitinya UMNO itu ditubuhkan oleh beliau juga.Lagi pula, kata yang tidak bersetuju itu, kerjasama UMNO dan Pas ketika ini sudah memberi harapan yang cukup cerah untuk parti itu kembali berkuasa dalam PRU15 akan datang.Lalu, untuk apa UMNO bekerjasama dengan Bersatu yang tujuannya hanya membolehkan Tun Mahathir berkuasa dengan lebih lama lagi, tambah kumpulan itu.Kalangan yang bersetuju dengan penggabungan itu pula merasakan inilah peluang terbaik untuk UMNO kembali menjadi kerajaan, selain tentunya kerjasama itu akan membolehkan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Rahim dan lain-lain dengan sendirinya akan terelak daripada dihantar ke penjara.Maka, janganlah peluang ini dilepaskan, kata yang menyokong pula.Begitu meluas dan hangatnya orang dalam UMNO memperkatakan isu ini sejak beberapa hari lalu sehingga Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meredakan keadaan.Ternampak Asyraf Wajid bimbang perkara yang belum ada kepastian ini akan menjadikan UMNO berpecah dan lemah dalam perjuangannya.Menurut beliau, UMNO akan mengambil sikap berkecuali sama ada untuk menyokong Tun Mahathir atau Anwar serta menolak sebarang usaha melalui pintu belakang untuk kembali menjadi kerajaan.Dalam pada itu, meskipun Tun Mahathir dipercayai boleh mendapat sokongan majoriti daripada Bersatu dalam penggabungan dengan UMNO itu, beliau dikatakan tidak mendapat sokongan daripada Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti dalam isu ini.Muhyiddin dikatakan mahu melupakan terus UMNO daripada hidupnya, selain ingin kekal berpegang kepada janji peralihan kuasa yang telah PH persetujui terhadap Anwar.Muhyiddin turut dilaporkan tidak mahu mengkhianati pilihan rakyat yang memberi kemenangan kepada PH dalam PRU lalu yang antara asasnya adalah untuk membuang UMNO daripada persada kuasa.Selain kumpulan pro Muhyiddin dalam Bersatu yang menolak penggabungan dengan UMNO itu, masalah lain bagi Tun Mahathir ialah Amanah yang mungkin sama berpecah dalam hal ini.Bagi Amanah, selain ada yang akan bersama Tun Mahathir kerana terhutang budi dengan banyaknya jawatan dalam kerajaan yang diperolehi sebelum ini, yang lain pula menolak sama sekali kerana adanya Pas dalam kerjasama baru itu.Akhirnya, dengan segala halangan itu, mampukah Tun Mahathir melakukannya? (Shahbudindotcom 21/06/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |