Guangzhou Tianhe Taigu Huifen Ruipin Hotel


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Nama hotel penginapan kami kali ini agak mengelirukan kerana tidak sama dengan nama hotel yang ditempah. Tambah mengelirukan, nama yang tertera pada bangunan hotel juga jauh berbeza. Itulah sebabnya mengapa kami menghadapi masalah untuk sampai ke hotel ini. Kisahnya saya catatkan di entri sebelum ini

Hotel penginapan kami terletak di daerah Tianhe - salah satu dari 11 daerah di Guangzhou. Bangunan hotel ini bersambung dengan sebuah pusat beli-belah dan juga Stesen Gangding - stesen di Line 3, Guangzhou Metro (sistem kereta api bawah tanah). Mudahlah kami nak bergerak ke mana-mana, keluar dari pintu lif hotel terus menuju ke stesen Metro di pusat beli-belah

Bahagian hadapan bangunan hotel. Saya terlupa nak rakam foto penuh yang menampakkan tulisan nama hotel sebab setiap kali keluar, kami naik Metro jadinya tak perlu lalu pintu hadapan hotel ni. Foto ini dirakam pada hari kami daftar keluar dan saya sudah berada dalam sebuah kenderaan

Pada bangunan hotel tertera nama Elite Hotel dan James Joyce Coffetel. Memang jauh beza dengan nama hotel yang ditempah 😄
Foto ketika kami mendaftar masuk pada pukul 4.08 pagi hari Ahad, 22 September 2024. Masa ni ada dua orang staf di kaunter, staf lelaki boleh berbahasa Inggeris dan staf perempuan menggunakan aplikasi translation untuk berkomunikasi dengan kami

Ruangan lobi hotel bercantum dengan coffee bar. Terpesona saya dengan dekorasi gaya moden klasik hotel ini. Rasa selesa dan tenang. Tambah menarik dengan deretan susunan buku di rak tinggi, bersesuaian dengan nama James Joyce Coffetel
James Augustine Aloysius Joyce (2 Februari 1882 – 13 Januari 1941) merupakan seorang penulis novel dan penyajak Ireland, dianggap sebagai salah seorang penulis paling berpengaruh pada zaman avant-garde moden awal abad ke-20. James Joyce paling dikenali dengan novel Ulysses (1922). Karya utamanya yang lain ialah koleksi cerpen Dubliners (1914), dan novel A Portrait of the Artist as a Young Man (1916) dan Finnegans Wake (1939). (Sumber : wikipedia.org) Sebaik kaki melangkah masuk ke bilik penginapan, perasaan saya jadi teruja 😍. Biliknya luas dan nampak sangat selesa. Siap ada sliding door pemisah antara dua ruangan

Simpan foto sebagai inspirasi. Mana tau ada rezeki boleh tiru rekaan begini di rumah sendiri 😃
Tandas dan bilik mandi asing. Bagus dan selesa begini. Tapi tandasnya tak ada paip air. Saya tak terkejut sebab memang tahu tandas di negara China tak ada paip air kecuali tandas di masjid. Memang leceh jugalah kena sentiasa guna portable travel bidet.
Keadaan di dalam bilik. Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tv dengan skrin besar, tapi bila buka semua siaran bahasa Cina. Cerita orang putih pun cakap Cina 😄. Sesekali saya buka juga (walau tak menonton) bagi mewujudkan suasana berada di negara China

Lampu dan pemetik suis gaya klasik
Soket di sini berbeza, jadinya kami gunakan universal travel adapter
Siap ada notis peringatan di tepi katil - Say no to pornography, gambling and drugs. Cherish life from danger. Lebih kurang gitulah terjemahannya

Peti sejuk mini dan ada laci di atasnya yang memberi rasa hangat. Tak pasti ada alat pemanas di situ atau panas sebab kedudukan di atas peti sejuk mini. Yang pasti, minuman dan makanan yang saya letak di dalam ruangan seperti laci ini semuanya rasa panas (hangat)

Pertama kali saya jumpa hotel letak naskhah novel dalam bilik penginapan. Novel berjudul Ulysess ini merupakan karya terkenal oleh James Joyce. Tapi saya tak bacalah ya, sebab naskhah ini dalam bahasa Cina 😄
Pemandangan dari jendela bilik kami di aras 28

Foto hasil zoom-in. Situasi kesesakan jalan raya pada pukul 6.16 petang, hari Isnin, 23 September 2024. Saya dapati, jalanan di sini tak pernah sunyi tanpa kenderaan. Pukul 3 pagi pun masih banyak kenderaan, tapi tidaklah sesak padat seperti waktu siang. Di sini juga kerap kedengaran bunyi hon (hon dibunyikan sebagai amaran kepada kenderaan lain). Syukurlah bilik kami berada di aras cukup tinggi, bunyi hon yang kedengaran tak begitu mengganggu

Hiasan telefon klasik di pintu lif. Di sebelahnya pula disediakan pek kecil - antaranya ada mouthwash, dental floss stick dan glasses anti-fog wipes.
Penginapan di sini termasuk dengan sarapan. Kami cuma turun sarapan sekali je sebab tak banyak makanan yang diyakini halal untuk dimakan. Deretan pilihan makanannya memang nampak sedap, tapi hanya mampu dipandang sajalah. Naik bilik, kami makan roti dan kekacang yang di bawa dari tanah air 😁. Tapi kami tak kelaparan pun sebab setiap hari akan keluar makan di kedai makan Muslim

The Mall, Tianyu Plaza - pusat beli-belah yang bersambung dengan hotel. Tak begitu besar tapi nampak lengkaplah semua ada

Kad bisnes hotel. Kami minta kad ini supaya memudahkan urusan, contohnya kalau nak naik teksi. Kebanyakkan orang di sini cuma memahami bahasa Cina, jadinya sangat penting kita tunjuk nama dan alamat hotel tulisan Cina.
Seperti yang saya nyatakan, nama hotel ini mengelirukan. Nama hotel yang ditempah secara online - Guangzhou Tianhe Taikoo Hui Zhefei Ruipin Hotel. Tapi lain pula nama pada bisnes kad dan juga yang tertera pada bangunan hotel. Maka, saya letak tajuk entri ini menggunakan nama pada bisnes kad mereka

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuashati menginap di sini selama 3 malam. Tiada sebarang masalah, malah rasa sangat selesa dengan segala kemudahan yang disediakan kecuali berkenaan tandas tanpa paip air (itu memang budaya di sini). Begitu juga dengan staf hotel dan petugas housekeeping yang mesra dan pantas memberikan servis walaupun terdapat halangan komunikasi

Alhamdulillah









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/10/guangzhou-tianhe-taigu-huifen-ruipin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motac Pantau Isu Check In Lambat Keluar Awal Hotel

Motac Pantau Isu Check In Lambat Keluar Awal Hotel

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 147 hits
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menasihatkan ramai untuk membaca dan memahami terma ditetapkan hotel sebelum membuat tempahan PETALING JAYA Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya memantau rapat isu sesetengah hotel yang didakwa men...
Kalau Macam Ni Respon Bubar Saja Kementerian Netizen Pertikai Jawapan Motac Isu Daftar Check In Hotel Jam 4 Petang

Kalau Macam Ni Respon Bubar Saja Kementerian Netizen Pertikai Jawapan Motac Isu Daftar Check In Hotel Jam 4 Petang

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 113 hits
Baru baru ini Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya tampil membuat kenyataan balas berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada pukul 4 petang seperti yang dibangkitkan netizen sebelum ini Dalam kenyataan itu MOTAC menasihatkan ora...
Kerlasss Hatten Hotel Melaka Ni Cantik Dan Moden

Kerlasss Hatten Hotel Melaka Ni Cantik Dan Moden

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 237 hits
Cuti sekolah minggu lepas k fiezz family in law ke Melaka Bawa seorang anak buah tunggal tu cuti cuti Mak mertua yang pilih nak ke Melaka ni So onzzz walaupun tau Melaka ni bandar jammed hehe Redah je lah yeak Lagipun tengah cuti sekolah fa...
Hotel Milik Gisbh Tiba Tiba Bertukar Nama

Hotel Milik Gisbh Tiba Tiba Bertukar Nama

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 165 hits
Cubaan tukar senyap senyap waktu malam hotel milik GISBH tiba tiba bertukar namaSITI NUR ZAWANISebuah hotel milik Global Ikhwan Services and Business Holding yang dinamalan Ikhwan Hotel tiba tiba ditukar namanya selepas serbuan demi serbuan...
Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah Rm100 Di Hotel Lima Bintang Parkroyal Collection Kuala Lumpur

Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah Rm100 Di Hotel Lima Bintang Parkroyal Collection Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 213 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Jom kali ni Maha nak tunjukkan korang bufet makan tengah hari di bawah harga RM100 di sebuah restaurant dine in Ia dalam s...
Utm Hotel Residence Kuala Lumpur

Utm Hotel Residence Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 149 hits
Lepas keluar dari Taman Burung Terus lah kami cari jalan ke UTM Hotel Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Maktab Terletak belakang UTM Kuala Lumpur aje Mama Yan dan rakan rakan sepakat memilih hotel UTM ni sebab ini aje hotel yang...
Dari Ppr Ke Lobby Hotel Lima Bintang Wargamaya Kagum Hasil Kerjasama Penduduk

Dari Ppr Ke Lobby Hotel Lima Bintang Wargamaya Kagum Hasil Kerjasama Penduduk

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 161 hits
Wow macam kediaman bertaraf mewah Itulah yang boleh diperkatakan mengenai hasil kesepakatan penduduk PPR Lembah Subang 1 yang menghias ruang lobby blok kediaman mereka Ruang lobby seperti hotel yang dihias cantik itu dikongsikan menerusi sa...
Ajaran Sesat Ajar Makrifat Sambil Sedut Vape Meraba Jemaah Di Hotel

Ajaran Sesat Ajar Makrifat Sambil Sedut Vape Meraba Jemaah Di Hotel

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 175 hits
HarapandailyTerbongkar rakaman video seorang guru makrifat mengajar sambil menghisap vape Rakaman sama didedahkan Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia juga menunjukkan guru itu meraba jemaah wanita di Hotel Perdana Kuala Lumpur Menurut Pukas ...
Kembali Menjejak Bumi Guangzhou

Kembali Menjejak Bumi Guangzhou

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 117 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 BATIK AIR Kami ke Guangzhou dengan menaiki pesawat Batik Air di KLIA Terminal 1 yang berlepas pada hari Sabtu 21 September 2024 kira kira pukul 10 malam Semuanya berjalan lancar kecuali satu ha...