Bahagia Anak Ramai Di Usia Muda




NISSA ibu kepada lima cahaya mata anggun mengenakan busana hitam ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
TIDAK banyak pasangan sanggup memiliki ramai cahaya mata pada usia muda. Apatah lagi jika ada mulut nakal yang sering memberikan sindiran dan kata-kata kurang enak didengar. Pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan terhadap emosi dan jiwa si ibu
Bagi Nissa Hashim, dia tidak pernah menyangka dikurniakan cahaya mata dalam masa yang singkat sebaik mendirikan rumah tangga. Malah pada usia 25 tahun, kala rakan seusia masih menyambung pengajian di universiti atau mula mencari pekerjaan, wanita cantik ini sudah memiliki lima cahaya mata
Bercerita lebih lanjut, ujar wanita kelahiran Kedah ini, sebaik mendirikan rumah tangga selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia tidak pernah merancang untuk hamil pada usia belasan tahun. Ini kerana dia berasakan masih terlalu muda untuk memiliki anak dan pada masa sama dalam perancangan untuk menyambung pengajian ke universiti
“Namun rezeki Tuhan tiada siapa yang mampu menolak apabila saya disahkan hamil bunting pelamin. Oleh kerana suami menjalankan perniagaan sendiri, jadi dia membuat keputusan agar saya tidak menyambung pengajian demi menjaga kandungan. Pada masa sama dia ingin mengajar saya selok- belok berniaga,” katanya


Nissa bersyukur kerana walaupun hamil muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah dari segi kesihatan. Malah dia mampu melakukan aktiviti lasak seperti memasang pelamin dan kerja andaman yang ada kala berlarutan sehingga jam 4 pagi
“Akibat kurang rehat, cahaya mata pertama dilahirkan pada usia kandungan tujuh bulan iaitu pada 29 Disember 2012. Syukur kerana ibu memberikan perhatian dan menjaga saya sepenuhnya ketika dalam pantang. Suami pula sangat mengambil berat walaupun perlu berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan jaundis anak kami. Dia juga memberikan sokongan emosi kepada saya dengan menyediakan keperluan berpantang dan bersama-sama menjaga bayi pada waktu malam,” ujarnya

NISSA bersama suami tersayang yang banyak membantu dalam urusan penjagaan anak.
Tanpa menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga, ketika usia Adam Mikhail sembilan bulan, Nissa hamil untuk kali kedua. Pada mulanya wanita ini tidak dapat menerima kenyataan disebabkan Adam masih terlalu kecil dan menyusu badan sepenuhnya. Bagaimanapun, suami memberikan kata-kata semangat supaya menerima rezeki Allah dengan reda
“Pada usia masih terlalu muda saya terfikir mengapa perlu hamil lagi? Pasti selepas ini saya tidak dapat menikmati zaman muda sama seperti rakan lain. Bagaimana pula dengan bentuk badan yang semakin berubah? Apabila melihat perut yang semakin membesar lama-kelamaan timbul rasa sayang kepada janin dalam kandungan,” katanya
Anak kedua yang diberi nama Adrian Malique lahir pada tanggal 14 Mei 2014 tanpa sebarang komplikasi. Malah Nissa mula rapat dengan doktor yang bertugas memandangkan sering bertemu selepas itu

MENGANDUNG LAGI TANPA DIDUGAKandungan kali ketiga juga berlaku tanpa diduga, walaupun mengambil pil perancang, Nissa tidak mengamalkannya secara konsisten. Akibatnya dia hamil lagi ketika anak masih berusia di bawah 12 bulan. Ketika masih pada awal kandungan dia cuba merahsiakannya daripada keluarga kerana khuatir ibu memarahinya
“Tetapi sebaik perkhabaran kehamilan disampaikan kepada ibu, ternyata dia menerimanya. Ibu memberikan sokongan dengan mengatakan anak itu rezeki Allah jadi saya perlu menerima dengan reda dan syukur,” jelasnya yang melahirkan cahaya mata ketiga, Adeena Malaeka pada 2015 dengan perbezaan usia setahun

NISSA dapat zuriat pertama pada 2012 dan anak kelima pada 2017.
Walaupun terpaksa menjaga ketiga-tiga anak yang masih kecil, ia tidak sedikit pun memberikan tekanan kepada Nissa kerana dia mendapat sokongan penuh suami. Suami sangat mengambil berat dan membantu melakukan kerja rumah. Jadi rasa penat itu berkurangan
“Lama-kelamaan timbul keseronokan memiliki ramai anak apatah lagi apabila melihat keletah mereka. Saya mulai tidak kisah jika hamil lagi dalam waktu terdekat. Tambah pula sepanjang kehamilan saya tidak mengalami sebarang alahan. Boleh bekerja membantu suami menguruskan perniagaannya,” ujarnya
Mungkin disebabkan doa untuk memiliki anak seterusnya, Nissa hamil lagi buat kali keempat dengan jangkaan tarikh bersalin pada 2016. Tidak seperti kandungan ketiga yang membuatkan Nissa rasa tertekan, kali ini dia sudah lali dengan kritikan orang sekeliling
“Saya sudah menganggap melahirkan anak sebagai rutin, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan. Semuanya perlu dilalui seperti biasa. Kehamilan keempat juga sangat mudah, saya tidak mengalami sebarang alahan. Jadi semua urusan penjagaan anak dapat saya lakukan tanpa bantuan suami,” katanya
Selepas melahirkan Adeelea Marshanda, Nissa bercadang berehat seketika bagi memberikan sepenuh perhatian kepada keempat-keempat anaknya. Namun sekali lagi dia diuji dengan kehamilan kelima
“Ketika itu saya menunaikan umrah bersama suami dan mengambil pil untuk menghalang haid. Pulang dari umrah, haid jadi tidak teratur dan saya beranggapan ia perkara biasa kesan daripada pengambilan ubat-ubatan. Namun selepas tidak datang haid pada bulan seterusnya saya terus melakukan pemeriksaan sendiri
“Alangkah terkejutnya apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda positif. Antara gembira, terharu dan terkejut. Namun akhirnya saya reda dengan ketentuan Allah dan menerima kehamilan dengan gembira,” katanya melahirkan cahaya mata pada 2017
Sama seperti kandungan keempat, Nissa juga tidak mengalami sebarang alahan malah dia semakin kuat mengharungi kehidupan harian sebagai isteri dan ibu kepada lima orang anak
“Bohong jika mengatakan saya tidak penat pada saat anak masih kecil. Anak sulung baru berusia lima tahun tetapi dia sudah mempunyai empat adik yang masih kecil. Saya kuatkan semangat dan tekad menjalankan urusan rumah tangga kerana Allah. Akhirnya saya dapat melalui semua kesusahan dengan mudah,” katanya yang memberi nama anak kelima, Adzra Maryam
Menurut Nissa, sepanjang 2012 sehingga 2017 memang dia tidak pernah merancang. Walaupun doktor ada memberikan ubat perancang keluarga namun tidak diambil secara konsisten. Ini kerana timbul dalam diri keseronokan memiliki zuriat yang ramai. Jadi apabila mengandung, ia tidak mendatangkan masalah kepada dirinya
Ujarnya lagi, memang tidak mudah memiliki ramai anak pada usia muda dengan jarak setahun setiap orang. Sepanjang 2012 sehingga 2017 dia lebih banyak mendiamkan diri di rumah, hanya memberikan tumpuan kepada suami dan anak. Nissa juga tidak mempunyai rakan baik di Kedah jadi tekanan atau rasa rendah diri tidak terasa
“Dalam lima tahun memang saya tidak dapat memberikan tumpuan kepada diri sendiri terutama perkara berkaitan kecantikan. Namun sebagai isteri kecantikan diri perlu dijaga terutama dalam perkara asas seperti kecantikan kulit wajah dan kebersihan diri,” katanya
Tambahnya lagi, pengalaman dibesarkan dalam keluarga ramai iaitu enam beradik, menjadikan mereka sangat rapat antara satu sama lain. Malah arwah ibu menjadi pendengar setia dan sering memberikan nasihat sekiranya berhadapan sebarang masalah
“Didikan ibu bapa sejak kecil akan saya terapkan kepada anak. Saya juga berharap mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak dan mampu membahagiakan kami. Sekurang-kurangnya jika ada anak tinggal berjauhan, ada anak lain yang boleh menjenguk kami dan bergilir-gilir menjaga apabila kami tua kelak,” katanya



Active Search Results Search Engine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/08/bahagia-anak-ramai-di-usia-muda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 371 hits
Bagi anak kecil berumur 1 3 tahun ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat menyeronokkan Dalam bahasa Inggeris umur ini kita panggil toddler berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang Yang ...
5 Kuih Tradisional Paling Legend Perlu Diwarisi Anak Muda

5 Kuih Tradisional Paling Legend Perlu Diwarisi Anak Muda

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 523 hits
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati resipinya menghilang bersama orang lama yang membuatnya Jadi adik adik dan generasi baru semua ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan...
Zodiak Shio Primbon Atau Golongan Darah Survei Ini Menguak Mana Yang Paling Dipercaya Anak Muda

Zodiak Shio Primbon Atau Golongan Darah Survei Ini Menguak Mana Yang Paling Dipercaya Anak Muda

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 264 hits
Sebagian anak muda masih percaya tapi tak lantas semua mitos Mana yang paling dipercaya Mana yang kamu percaya
Lelaki Ini Kongsi Mengapa Anak Muda Bajau Laut Takut Pada Pensel Dan Kertas

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Anak Muda Bajau Laut Takut Pada Pensel Dan Kertas

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 307 hits
Jika anda pernah ke Sabah pasti anda pernah melihat bagaimana kehidupan masyarakat Bajau Laut di sana Tidak mempunyai pendidikan dan ada segelintir yang hanya duduk dalam perahu serta ada yang meminta makanan pada pelancong Pastinya ini sat...
Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

Bapa Kerjakan Anak Sejak Usia 6 Tahun Sekarang Dah Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 353 hits
Sejak akhir akhir ni kerap kita dengar berita mengenai bapa rogol anak datuk rogol cucu pakcik rogol anak saudara dan banyak lagi Tindakan mereka seolah olah mencabar undang undang negara sekaligus menafikan hubungan kekeluargaan sedia ada ...
Luahan Isteri Apabila Kahwin Di Usia Muda

Luahan Isteri Apabila Kahwin Di Usia Muda

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 426 hits
Luahan Isteri Apabila Kahwin Di Usia Muda Tanpa Periksa Latar Belakang Suaminya Perlahan2 saya mula salahkan didikan emak dan ayah dia Last sekali saya terpaksa halau abang dia dari rumah kami sebab abang dia isap ganja dan saya terjumpa pe...
Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 324 hits
Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak kanak Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip

Tentang Alam Quantum