
Perlahan2 saya mula salahkan didikan emak dan ayah dia.. Last sekali saya terpaksa halau abang dia dari rumah kami sebab abang dia isap ganja dan saya terjumpa perlatan tersebut selain saya terjumpa tab milik saya dalam beg sandang dia. Abang dia kerap kali bawak balik kawan2 yang perangai tak senonoh. Buat macam rumah sendiri tapi tak pernah hulurkan ape. Masa saya bersalin anak kedua mak mertua saya datang dari kampung nak jaga saya dalam pantang, saya pun layan baik jelah tapi setiap hari rasa sakit hati sebab bila saya ke dapur, pinggan mangkuk dan peralatan memasak berlonggok dalam singki.. Mula lah saya membebel2.. Suami saya marah jugak sebab saya tak jaga hati mak dia.. Dahla saya tensyen dengan abang dia, mak dia pulak macam ni. Bila mak mertua saya nk balik, suami ada hulurkan duit pada maknye dalam rm350. Saya biar je sebab ingat guna duit dia. Tapi bila check akaun bank saya tinggal seratus lebih je. Bila tanya suami kenapa guna duit saya bagi kt mak dia, dia boleh cakap yang mak dia susah2 datang dari kampung untuk jaga saya, ape salahnya dia bagi.Start dri tu saya mula simpan dendam kt suami.. Masa anak kedua berusia 4bulan, hari tu suami bagitau dia nak keluar dengan kawan sebab nak hantar kereta kawan dia nak jual. Sampai ke maghrib ada orang call bagitau saya yang suami kena tangkap sebab bawak kereta curi dan saya diminta datang kebalai. Saya menangis2 kenapa lah suami tipu saya. Last2 saya pergi jugak kebalai dengan adik saya dan tunang kawan suami tu. Nasib lah mak saya nak tolong jaga anak2 saya. Hampir 2minggu suami berada dalam lokap dan dibebaskan dengan jaminan polis. Saya ingat dia dah serik dan takkan buat hal, rupa2nya lagi teruk, atas pengaruh kawan dia isap batu/ice dan bila saya jumpa dia tak mengaku. Dia bagi alasan tolong simpankan kawan punya. Tapi saya memang dah tak percayakan dia. Kami kerapkali bertukar rumah sewa sebab suami dah tak bekerja dan tak mampu bayar sewa. Pernah sekali bil elektrik dipotong terus sebab dah banyak tertunggak dan akaun tersebut telah ditutup. Tuan rumah halau kami. Kami menumpang dirumah mal saya. Ayah saya mengamuk sebab suami tak kerja dan biarkan saya yang menanggung semua. Sampai satu saat saya buat keputusan untuk bercerai.. Tapi bila dipujuk mak mertua, hati saya jadi lembut dan saya bagi peluang lagi untuk dia berubah. Mula2 dia okay dan baik sangat. Jaga anak pun okay, tolong saya basuh baju lipat baju, basuh berak anak, jaga anak semua serba serbi baik lah..3bulan lepas tu dia berhenti kerja. Alasannya majikan tak bagi cuti untuk kami balik ke kampung masa buat kenduri aqiqah anak. Saya pun cakap takpe lah nanti ari kerja lain. Rupa2nya bukan majikan bermasalah tapi dia. Dia berhutang dengan hampir 1 pejabat dan mereka berpakat untuk datang cari saya mintak bayarkan hutang. Untuk kesekian kalinya saya menangis sebab terpaksa tanggung semua, sudah lah rumah, pengasuh, api air dan sekolah anak saya yang tanggung. Dia hanya tau bersenang2 dirumah. Pejabat saya dekat dengan rumah, dalam 5minit dah sampai.Pernah beberapa kali masa saya balik ada kawan2 dia dirumah dan tanya suami kenapa mereka datang, doa boleh kata saja sembang2. Dah la barang makanan kt dapur habis dijamu kawan2 dia. Bila saya call mak mertua bagitau yang suami tak kerja, saya yang terpaksa menanggung semua, mak mertu cuma diam dan dia tak bagi respon ape2. Saya dah tak tau nak buat macamana, hari2 kami bergaduh. Malu pada jiran2 sebab suami tak bekerja tapi taknak jaga anak2, dan anak2 dihantar kerumah pengasuh. Apa keputusan yang patut saya lakukan bila suami tak bertanggungjawab macam ni. Untuk pengetahuan, suami seorang yang tidak suka sembahyang dan keluarganya juga tidak sembahyang kecuali emaknya..Berharap yang kt luar sana yang nak kawin muda2 tu, selidik lah latar belakang sebelum menyesal tak sudah.NotaKaki:Perkahwinan ertinya perkongsian. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan berpasangan, perlulah bersabar. Kalau sebelum kahwin, bau kentut pun rasa wangi. Tapi selepas kahwin, takkan tersenggol sikit pun dah naik angin. Janganlah begitu. Kawal amarahmu, pertahankan kesabaranmu.
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |