Cara Solat Duduk Atas Kerusi Duduk Berlunjur Solat Secara Baring



Bagaimana cara solat duduk & baring untuk orang sakit?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat duduk atas kerusi, solat berlunjur dan solat baring.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan cara solat orang sakit ini juga dipermudahkan dengan gambar dan video untuk memudahkan pemahaman anda.
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Pengenalan Syarat solat atas kerusi Cara solat duduk atas kerusi Cara solat duduk tahiyat awal Cara solat duduk berlunjur Cara solat baring Q&A soalan lazim berkaitan solat orang sakit Berdiri secara bongkok Rukuk dan sujud ketika duduk Menggunakan isyarat mata Solat dalam hati Solat untuk wanita yang hampir bersalin Solat hormat waktu Pengenalan Keuzuran boleh ditafsirkan sebagai kesakitan, kecederaan, kecacatan, penyakit kronik atau kelumpuhan.
Orang yang sarat mengandung dan orang yang menjalani pembedahan iaitu dalam proses penyembuhan juga termasuk  dalam kategori ini.
Sebagai seorang muslim, solat tidak boleh dikecualikan meskipun bagi golongan yang mengalami keuzuran.
Islam adalah agama yang indah dan mudah.
Mereka yang mengalami keuzuran mendapat rukhsah (keringanan) dalam menunaikan solat.
Ini supaya umat Islam sentiasa berhubung dengan Allah SWT.
 
Syarat-Syarat Solat Atas Kerusi Golongan yang uzur ini biasanya menghadapi kesukaran untuk bergerak iaitu ketika berdiri ataupun duduk.
Kesukaran lain adalah seperti kesakitan pada anggota badan yang disebabkan oleh faktor usia, contohnya seperti sakit lutut dan gout.
Maka di sini, Islam memberi keringanan kepada mereka untuk bersolat dengan cara duduk di atas kerusi.
Syarat-syarat untuk solat duduk atas kerusi adalah seperti berikut:
Disebabkan oleh faktor usia dan kesakitan di bahagian lutut dan pinggang. Menghadap kiblat ketika mengerjakan solat.  
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Kaedah solat duduk atas kerusi adalah seperti yang dinyatakan dalam langkah-langkah di bawah:
1. Duduk menghadap kiblat. Selepas takbiratul ihram, kedua-dua tangan diletak di antara pusat dan dada sepertimana solat berdiri.

 
2. Apabila rukuk badan ditundukkan sedikit dengan niat rukuk dan kedua-dua tangan diletak di atas paha di pangkal lutut.

 
3. Iktidal, badan ditegakkan semula. Tangan dilepaskan ke bawah.

 
4. Sujud dilakukan dengan badan dibongkokkan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk.

 
5. Untuk duduk diantara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan dihujung pada seperti kedudukan awal.

 
6. Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.
 
Cara Solat Duduk Tahiyat Awal Cara solat duduk yang elok adalah duduk secara iftirasy (duduk tahiyat awal).
Sekiranya pesakit tidak mampu melakukannya, dia dibolehkan duduk berlunjur atau mengikut kemampuannya.
Sila tonton video di bawah:
1. Duduk mengadap kiblat. Selepas takbiratul ihram, kedua tangan diletakkan di antara pusat dan dada sepertimana solat berdiri.
2. Apabila rukuk badan ditundukkan sedikit dengan niat rukuk dan kedua-dua tangan diletak di atas paha di pangkal lutut. 3. Iktidal, badan ditegakkan semula. Tangan dilepaskan ke bawah. 4. Sujud dilakukan seperti biasa apabila mampu. Apabila tidak mampu, badan dibongkokkan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk dengan niat melakukan sujud. 5. Untuk duduk antara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan di hujung paha seperti kedudukan awal. 6. Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.  
Cara Solat Duduk Berlunjur 1. Duduk dengan kaki berlunjur menghadap kiblat dan tapak kaki diluruskan menghadap kiblat. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat berdiri.

 
2. Apabila hendak rukuk, boleh diisyaratkan dengan menundukkan badan sedikit dengan niat rukuk dan tangan disampaikan sekadar yang boleh di atas kepala lutut.

 
3. Badan ditegakkan semula untuk iktidal.
 
4. Sujud dilakukan dengan membongkokkan badan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk dengan niat melakukan sujud.

 
5. Untuk duduk antara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan di hujung paha.
 
6. Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.
 
Cara Solat Secara Baring Kepada mereka yang menghadapi kesukaran yang kronik dan hanya mampu terlantar sahaja di katil, maka dibolehkan untuk melakukan solat secara baring atau mengiring.
Bantal juga boleh diletakkan di atas riba untuk memudahkan solat kepada mereka yang memerlukan sokongan badan hadapan.
Sila tonton video di bawah:
1. Pilihan pertama, badan perlu mengiring di atas lambung kanan dengan dada menghadap kiblat.
2. Apabila tidak mampu atau tiada siapa yang dapat membantu mengalihkan badan, badan boleh mengiring ke sebelah lambung kiri. Kedudukan dada mesti mengadap kiblat. 3. Apabila tidak mampu juga, dibolehkan bersolat secara menelentang iaitu kaki dihadapkan ke arah kiblat.
kepala ditinggikan sedikit supaya dada dapat menghadap kiblat.
Semua pergerakan dalam solat dilakukan secara satu isyarat sahaja, seperti berikut:
Apabila hendak rukuk, diisyaratkan dengan menundukkan kepala atau menutup kelopak mata apabila kepala tidak boleh digerakkan lagi. Apabila hendak iktidal, angkat semula kepala atau buka kembali kelopak mata dengan niat sedang melakukan iktidal. Begitu juga dengan sujud, sama ada ditundukkan kembali kepala atau ditutup kelopak mata dengan niat melakukan sujud. Untuk duduk antara dua sujud, kepala diangkat kembali atau kelopak mata dibuka dengan niat melakukannya. Begitulah seterusnya hingga selesai memberi salam. 4. Untuk orang sakit hingga tidak terdaya menggerakkan sebarang anggota termasuk mata, boleh bersolat dengan niat di dalam hati. Segala bacaannya sama seperti solat biasa.
 
 
Soalan Lazim Berkaitan Solat Orang Sakit Di bawah ini dikumpulkan beberapa soalan-soalan yang berkaitan dengan rukhsah solat orang sakit:
1. Berdiri Secara Membongkok Apabila seorang yang sudah tua atau uzur tetapi masih mampu berdiri dan berjalan, walaupun secara membongkok, dia perlu mengerjakan solat fardu dengan berdiri walaupun secara membongkok.
Hukum asal solat fardu ialah berdiri tegak, maka perlu dia berdiri mengikut kemampuannya.
Apabila pada rakaat awal dia mampu berdiri tetapi pada rakaat berikutnya dia tidak mampu berdiri, dibolehkan meneruskan solatnya dalam keadaan duduk.
2. Rukuk dan Sujud ketika Solat Duduk Apabila tidak berupaya berdiri disebabkan uzur atau solat di atas kenderaan bergerak yang menyebabkan sukar untuk tetap berdiri tegak, dibolehkan solat dengan cara duduk.
Ketika rukuk, kepala ditundukkan sehingga setentang dengan lutut.
Tetapi yang lebih utama apabila dapat setentang dengan tempat sujud sepertimana rukuk ketika berdiri.
Begitu juga ketika sujud, kedudukannya adalah sama sebagaimana sujud untuk orang yang solat dengan berdiri.
Bagaimanapun, apabila tidak mampu melakukan pergerakan yang sedemikian, bolehlah melakukan setakat yang mampu.
3. Mengerjakan Solat Menggunakan Isyarat Mata
Solat dengan isyarat mata adalah dengan membuka kelopak mata sebagai isyarat berdiri, menutupnya separuh sebsgai isyarat rukuk, membuka mula sebagai tanda berdiri iktida) dan menutupnya sebagai isyarat sujud.
Mata dibuka semula semasa duduk, seperti semasa berdiri.
Begitulah seterusnya yang penting dapat bezakan kedudukan kelopak mata antara isyarat rukuk dan sujud.
Manakala bacaannya boleh dibaca seperti biasa, Apabila tidak mampu, boleh dibaca di dalam hati sahaja.
4. Mengerjakan Solat dalam Hati Apabila tidak mampu mengerjakan solat sekalipun dengan isyarat mata kerana terlalu uzur sebagai pilihan akhir, dibenarkan solat di dalam hati
Caranya dengan membayangkan pergerakan dirinya ketika berdiri, rukuk, iktidal dan sujud.
Segala bacaan pada setiap pergerakan perlu dibaca di bibir tetapi apabila tidak mampu, perlu membaca di dalam hati sahaja
5. Solat Wanita yang Hampir Bersalin Seorang ibu yang sudah sampai masa hendak melahirkan anak lalu waktu solat sudah masuk, sedangkan dia tidak mampu mengambil wuduk atau menutup aurat dan tidak dapat mengerjakan solat dengan sempurna kerana torlalu sakit, dia perlu mengerjakan solat dengan sebarang cara yang termampu sama ada secara isyarat atau solat di dalam hati.
Perlu diingatkan, seorang ibu yang hampir masa melahirkan anak. biasanya akan keluar tanda yang berupa darah dan sebagainya.
Ketika itu wanita tersebut masih wajib mengerjakan solat solagi belum melahirkan anak kerana darah itu bukan darah nifas atau haid yang boleh menggugurkan kewajipan solat
6. Solat Hormat Waktu Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas kerana tidak ada air untuk berwuduk atau tidak ada tanah untuk bertayamum serta solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Wajib digadha semula setelah mendapat air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat semula.
Kita juga boleh mengqadha solat hormat waktu secara jamak atau qasar dengan syarat masih dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah diqadha dengan sempurna.
Sekiranya kita musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwudhu atau tanah untuk bertayammum bagi mengqadha solat maka solat hormat waktu tadi sudah memadai untuk Allah terima
Sebaliknya apabila kita berpeluang untuk mengqadha solat hormat waktu setelah adanya air atau debu tanah tetapi kita melengahkannya maka dikira berdosa.
 
Penutup: Hikmah Rukhsah Solat Islam adalah agama yang mudah dan tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan solat walaupun ketika dalam keadaan sakit.
Antara hikmah diharuskan untuk rukhsah adalah:
Menunjukkan Islam agama yang mudah. Membuktikan Allah sayang akan hambanya. Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan dalam sebarang keadaan. Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah ditinggalkan pada ruangan komen di bawah.
Wallahuaklam.
The post Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-duduk-atas-kerusi-baring/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 671 hits
Assalamualaikum w b t Saya ingin bertanya berkenaan panduan solat di atas bot memancing yang kecil Umum mengetahui ramai rakyat Malaysia yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi Sebagai contoh situasi keluar memancing di laut dalam a...
Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 453 hits
Tutur kata dan perlakuan ibu bapa adalah cermin peribadi anak Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak anak Maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tin...
Cara Khusyuk Dalam Solat

Cara Khusyuk Dalam Solat

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 537 hits
Bagaimana untuk solat dengan khusyuk Antara masalah utama dalam solat adalah Sering lalai dan terlupa rakaat Tidak khusyuk dan memikirkan hal lain Tergesa gesa dalam solat Mendidik diri untuk sentiasa khusyuk semasa solat merupakan satu pro...
Mulia Betul Hati Eina Azman Siap Bersembang Sambil Duduk Bersila Atas Lantai

Mulia Betul Hati Eina Azman Siap Bersembang Sambil Duduk Bersila Atas Lantai

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 387 hits
Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman 24 berkongsi sebuah video di Instagramnya yang membantu tiga keluarga susah di sekitar Kelantan dan turut menarik perhatian netizen Dalam video tersebut Eina juga berasa sanga...
Cara Mudah Solat Dhuha

Cara Mudah Solat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 873 hits
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha sehingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor Paling afdhal antara pukul 8 hingga 9 pagi Caranya mudah saja Boleh buat minimum dua rakaat dan maksimum 12 rakaat Biasanya orang solat Dhu...
Lelaki Jadi Kerusi Manusia Biar Isteri Hamil Kepenatan Duduk Sebentar Rehatkan Diri

Lelaki Jadi Kerusi Manusia Biar Isteri Hamil Kepenatan Duduk Sebentar Rehatkan Diri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 406 hits
Wanita mengandung didapati cepat letih adalah kerana perubahan hormon yang berlaku keatas diri mereka terutama di awal kehamilan mereka Oleh itu wajar sekiranya kita menghormati mereka dengan memberikan beberapa kelebihan kepada mereka teru...
Mizan Dibawa Keluar Dewan Selepas Gagal Duduk Di Kerusi Pengerusi Tetap Amk

Mizan Dibawa Keluar Dewan Selepas Gagal Duduk Di Kerusi Pengerusi Tetap Amk

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 487 hits
Bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Mohd Noor bertengkar antara pegawai keselamatan ketika memasuki persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka f...
Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari

Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 954 hits
Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari Sekarang sedang berlaku Gerhana Matahari Anulus dimana kedudukan sejajar antara matahari bulan dan bumi Jika gerhana bulan maka kedudukan sejajar antara matahari bumi ...
Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous

Durian Durian Durian Imam


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025