Bagaimana Syukur Boleh Menambah Rezeki Ini Cerita Dia


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HIDUP ini adalah satu ujian. Ujian pula boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada insan yang diuji dengan kesusahan, keperitan, penderitaan dan kesakitan.

Ada pula insan yang diuji dengan kesenangan, kemewahan, keseronokan dan kebahagiaan. Antara dua bentuk ujian ini, setiap insan pasti akan menghadapinya kerana ujian adalah pelengkap kepada kehidupan.

Saat diuji dengan kesusahan, kebiasaannya ia akan membawa manusia untuk semakin hampir dengan Sang Pencipta. Rukuk dan sujud penuh keinsafan. Merasai kekerdilan, kehinaan dan kelemahan hakikat diri. Lalu, merayu dan mengadu agar dilepaskan dari segala kesusahan yang sedang dihadapi.

Tatkala diuji dengan kesenangan, kadangkala inilah detik merbahaya bagi sebahagian insan. Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, gagal membentuknya menjadi hamba yang semakin taat dan bersyukur. Bahkan, semakin lalai dan alpa kepada Pencipta. Sombong dan bongkak sesama manusia.

Kisah Teladan tentang ujian dan syukur Kisah tiga peribadi yang diabadikan di dalam al-Quran adalah salah satu contoh yang perlu sentiasa kita jadikan iktibar. Firaun, Haman dan Qarun. Apa sikap mereka terhadap ALLAH Azza wa Jalla?

Bagaimana mereka berinteraksi sesama manusia lain? Lalu bagaimana pula kesudahan hidup mereka?

Di dalam sebuah hadis, baginda pernah menceritakan perihal tiga orang lelaki dari kalangan Bani Israil yang diuji. Dua orang gagal dengan ujian ini akibat sombong dan alpa. Hanya seorang yang berjaya dek kerana rasa syukur dan sedar hakikat diri.

Kisah 3 lelaki Bani Israel Dari Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang menderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang lagi buta. ALLAH ingin menguji mereka bertiga, maka diutuskan seorang malaikat kepada mereka."

Lelaki pertama: pengidap penyakit kusta Pertama, malaikat itu pergi kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab: "Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang ramai ini hilang dari tubuhku."

Maka diusapnya kulit pesakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritainya, serta diberi rupa yang elok dan kulit yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya: "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya: "Unta atau lembu." Maka diberikan kepadanya seekor unta yang bunting dan didoakan: "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan unta ini."

Lelaki kedua: Lelaki botak Kemudian Malaikat itu pergi kepada orang yang berkepala botak dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab: "Rambut yang indah, dan hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang ramai."

Apabila Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya: "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya: "Lembu atau unta." Maka diberikan dia seekor lembu bunting dan didoakan: "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan lembu ini."

Lelaki ketiga: Si Buta Seterusnya Malaikat tadi pergi kepada si buta dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab: "Semoga ALLAH berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat."

Maka diusapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh ALLAH penglihatannya. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya: "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya: "Kambing." Maka diberikan seekor kambing bunting kepadanya.


Perintah Allah Waktu berlalu, maka berkembang biaklah unta, lembu dan kambing tersebut, sehinggalah lelaki pertama tadi mempunyai unta yang memenuhi sebuah lembah. Lelaki kedua pula mempunyai selembah lembu dan lelaki ketiga mempunyai selembah kambing.

Dengan perintah ALLAH datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata: "Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku." Tetapi lelaki pertama itu menjawab: "Hak-hak (tanggunganku) banyak."

Malaikat yang menyerupai orang pesakit kusta itu pun berkata kepadanya:
"Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang ramai jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu ALLAH memberi kamu kekayaan?"

Dia malah menjawab:
"Sesungguhnya, harta kekayaan ini aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat."

Maka Malaikat itu berkata kepadanya:
"Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu." Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta ALLAH mengembalikan semula penyakitnya dulu dan segala kekayaannya lenyap.

Kemudian malaikat tersebut pergi pula kepada orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata kepadanya seperti yang dikatakan kepada orang yang pertama. Namun dia ditolak juga sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu.

Maka berkatalah Malaikat kepadanya:
"Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu." Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga ALLAH mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.

Akhirnya, Malaikat tadi pergi pula kepada orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya dulu, dan berkata kepadanya:
"Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku."

Orang itu menjawab:
"Sungguh, dahulu aku buta, lalu ALLAH mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi ALLAH, sekarang ini aku tidak akan menyusahkan kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana ALLAH."

Malaikat yang menyerupainya pun berkata:
"Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh ALLAH. ALLAH telah reda kepada kamu, dan murka kepada kedua temanmu." (Riwayat al-Bukhari (3464), Muslim (2964).

UJIAN

Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita semua tahu semua yang dimiliki hari ini adalah milik dan kurniaan ALLAH. Kita tahu cuma kadang-kadang kita tidak sedar lalu membawa kepada kelalaian.

Kesedaran inilah yang membezakan manusia yang tahu untuk bersyukur dan yang lena dibuai kenikmatan dunia, lalu dia mengkufurinya. Semoga kita dikurniakan jiwa yang tahu dan sedar agar menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Salah satu tips mudah murah rezeki...

BERSYUKUR...

Syukurilah dengan apa yang Allah kurniakan...baik kesusahan atau kesenangan...
Syukur dengan perkataan ucap Alhamdulillah sentiasa...
Syukur dengan perkataan, lakukan amal soleh.. Ikut apa Allah suruh dan jauhi apa Allah larang.
Syukur dengan hati, yakin dengan rezeki Allah.


Kadang rezeki yang kita minta Allah tak nak kurniakan sebab rezeki dan nikmat yang telah Allah beri kita kurang syukuri...


Banyak syukur lebih dari kita meminta... Insha Allah.. Lagi banyak kita syukuri.. Akan bertambah nikmat kepada kita.

Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 ) Saja kongsikan kisah ini, untuk kita sama beringat dan bersyukur dengan musim sekarang ni... Dalam ramai dok merungut susah, tapi syukur kita di bumi Malaysia...

Lihatlah apa yang ada diluar sana yang lebih teruk dan susah, agar kita faham dan tahu erti syukur dan berterima kasih kepada Allah.... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2019/01/syukur-penambah-rezeki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan

7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 509 hits
Perkongsian ini untuk memberikan kalian beberapa idea bisnes yang boleh dilakukan dari rumah Bisnes ini boleh dilakukan secara sambilan sahaja
5 Amalan Untuk Menambah Rezeki

5 Amalan Untuk Menambah Rezeki

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 266 hits
Ramai di antara kita suka merungut dan stress bila duit sentiasa habis Walaupun sudah berjimat poket tetap akan kosong walhal baru masuk setengah bulan Oleh yang demikian Ohmedia nak kongsi lima perkara yang kita boleh amalkan untuk menamba...
Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 258 hits
IBU bapa dan penjaga kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang ditangkap kerana engkar Perintah Kawalan Pergerakan juga boleh dikenakan tindakan undang undang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ibu bapa dan penjaga terbabi...
40 000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara Ismail Sabri

40 000 Boleh Ditempatkan Di 409 Pusat Kuarantin Seluruh Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA 4 April Kira kira 40 000 orang boleh ditempatkan di semua 409 pusat kuarantin COVID 19 yang digazetkan di seluruh negara jika kesemuanya beroperasi pada satu satu masa kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berka...
Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh Suka Hentak Kepala Sekarang Hebat Mengira Baca Abc

Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh Suka Hentak Kepala Sekarang Hebat Mengira Baca Abc

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 432 hits
atau Eisya sudah mempunyai tiga orang anak sebelum Muhammad Aqil Rizqy Jadi ibu ini sudah mempunyai pengalaman melihat perkembangan anak anak di depan mata Jadi apabila dia melihat perlakuan Aqil yang berbeza sedikit dia tahu ada sesuatu ya...
Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

Pelik Kenapa Bayi Boleh Besar Dalam Kandungan Bahaya Ke Mama Tanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 204 hits
Soalan saya kenapa baby boleh besar dalam kandungan Bahaya ke baby besar Ibu dari Moms To Be Club Jawapan daripada Dr Izzat Doktor O G Macrosomia bayi terjadi disebakan si ibu ada kencing manis atau nama lain Gestational diabetes mellitus y...
Siri Oneplus 8 Menggunakan Teknologi Memc Pada Skrin Video 24 30 Fps Boleh Dimainkan Pada 60 120 Fps

Siri Oneplus 8 Menggunakan Teknologi Memc Pada Skrin Video 24 30 Fps Boleh Dimainkan Pada 60 120 Fps

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 225 hits
Berdasarkan spesifikasi yang tertiris 120Hz adalah terhad kepada OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 akan menggunakan 90Hz sahaja 13 Januari lalu Siri OnePlus 8 turut akan menggunakan teknologi Motion Estimation Motion Compensation untuk skrin mere...
Mungkin Boleh Adakan E Bazar Ramadan Makanan Dihantar Ke Rumah Dr Noor Hisham

Mungkin Boleh Adakan E Bazar Ramadan Makanan Dihantar Ke Rumah Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 242 hits
Kemungkinan konsep E Bazar Ramadan boleh diwujudkan bagi menggantikan bazar Ramadan sedia ada yang bakal menjelang kurang dua bulan dari sekarang menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ini berikutan amalan perhimpuna...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Selamat Hari Lahir Adik Makbudak

Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Remove Pm S Power To Appoint Judges Expert Says

Mengembangkan Kemampuan Menulis Profesional Dalam Bahasa Inggris Bersama Ef Efekta English For Adults