Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh Suka Hentak Kepala Sekarang Hebat Mengira Baca Abc


Aishah Abdul Rahman atau Eisya, sudah mempunyai tiga orang anak sebelum Muhammad Aqil Rizqy. Jadi ibu ini sudah mempunyai pengalaman melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jadi apabila dia melihat perlakuan Aqil yang berbeza sedikit, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Cari Maklumat Di Internet Dan Join Grup Autisme
“Ciri-ciri autism pada Aqil semakin ketara bila dia masuk dua tahun. Waktu kalau kita bercakap dengan dia, memang tak ada eye contact. Kita pun susah nak tahu sama ada dia mendengar atau tidak. Kalau dia marah lagi teruk, dia akan hentak kepala dia kuat-kuat di dinding.
Aqil juga tak suka berkawan dengan kanak-kanak lain. Dia suka menyendiri. Kalau dia main pun, dia suka dengan objek yang berputar. Kalau tidak, dia yang akan putarkan objek tu. Memang dia suka sangat dengan objek yang berputar. Saya lebih perasan akan ciri autisme ni bila saya lihat Aqil akan pegang tangannya sendiri kalau nak mencapai sesuatu objek. Kemudian kalau dia nakkan sesuatu pun, dia tidak akan tunjuk dengan jari. Memang tak pernah tengok dia pointing finger.
Saya tak nak buang masa, saya cari maklumat tentang autisme ni. Bukan saja pencarian di internet, saya juga join grup berkaitan autisme. Untuk tambah pengetahuan. Waktu bawa dia untuk check up di Klinik Kesihatan, saya beritahu doktor semuanya. Kemudian kes Aqil ni dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan oleh pakar pula.

Suami Banyak Membantu, Cari Kelas Terapi Untuk Aqil
Bila dah nampak semua ciri-ciri ni dan kumpul maklumat, saya ceritakan hal ini pada suami. Dia tak cakap apa pun, cuma mendengar dengan tenang. Waktu tu, Aqil ni tak disahkan lagi ada austime tapi suami nasihatkan saya untuk redha walau apa pun yang berlaku. Katanya lagi, kalau kita redha, semua urusan Allah SWT akan permudahkan.

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan penerimaan suami. Kami tak putus berusaha untuk memahami tentang autisme. Suami memang banyak membantu, dialah yang cari pusat terapi untuk Aqil sebab kalau di hospital sesinya cuma sebulan sekali. Suami saya juga daftarkan Aqil untuk mengikuti kelas renang khas untuk anak autisme. Kami juga hantar anak kami ni ke sesi playgroup untuk terapi pertuturan di Bangi.
Selain kelas-kelas yang kami daftarkan untuk Aqil, saya sendiri ambil kursus berkaitan terapi anak autisme. Saya percaya, terapi terbaik adalah apabila ibu dan ayah tu sendiri buat bersama dengan anak. Saya ikuti kelas autisme secara online dan mengikuti playgroup juga. Selain itu, kalau ada seminar yang dianjurkan oleh Permata Kurnia, saya akan join sekali.
Boleh Mengira 123 Dan Obses Dengan ABC
Alhamdullilah, sebelum ini anak saya speech delay dan non verbal tetapi hasil terapi yang dibuatkan dia mula sebut beberapa patah perkataan sepertti ‘I want eat’ bila dia lapar. Jika tidak, sebelum ini Aqil akan masukkan tangan ke mulut dan gigit-gigit tangannya bila lapar. Bila dia pegang sesuatu dia akan sebut ‘What it is’, dan ketika itulah juga saya terangkan pada Aqil untuk membantu Aqil menyebut lebih banyak perkataan.
Paling membanggakan kami, Aqil dah boleh baca ABC dan mengira 123. Dia sangat obses dengan ABC. Sekarang ni, dia dah mula ada eye contact bila bercakap dan boleh menerima arahan. Aqil juga boleh bermain dengan kanak-kanak lain cuma ada kesukaran untuk berkomunikasi.

Tantrum Takutkan Haiwan Tunggangan
Kesukaran pada awalnya tu sebab tak faham lagi apa itu autisme. Waktu tu kita pelik bila tengok perkembangan anak tak selaras dengan umurnya. Bila pergi berjalan ke shopping complex, memang tak boleh lalu langsung di Kawasan yang ada kanak-kanak bermain atau taman permainan. Dia akan tantrum, menangis sekuat hati. Kalau nak dipujuk, hanya saya yang boleh. Kalau suami cuba nak pujuk, dia punya mengamuk tu, tenaganya lebih kuat daripada ayahnya.
Ada satu hari tu, kami bawa dia ke IOI Mall. Kebetulan ada haiwan yang boleh kanak-kanak tunggang untuk keliling satu kawasan tu. Kami tak tahu yang dia takut, habis dia mengamuk. Menangis sekuat-kuatnya. Tantrum dia waktu tu sangat teruk sampai dia hentak-hentakkan kepalanya pada suami saya. Waktu itu kiranya dia memang mengamuk habislah.
Untuk mulakan terapi sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak boleh putus asa. Autisme ni adalah spektrum, berwarna-warni seperti pelangi. Ada cara dan keunikan sendiri.
Mula-mula sahaja rasa sukar tapi bila kita dah mula faham kehendak dan keperluan anak yang mengalami autisme ini, maka kita akan mudah menguruskannya. Alhamdulillah sekarang Aqil sudah banyak perubahan yang dia tunjukkan. Awal tahun ni, dia dapat bersekolah di Genius Kurnia di Sentul. Dah tak ada mengamuk dan boleh ikut kita solat sampai selesai. Memang kami bangga sangat dengan dia.”
Sesungguhnya anak autisme ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Biasanya mereka akan menunjukkan minat terhadap sesuatu dan jika diberi sokongan yang betul, anak-anak ini akan cemerlang dalam bidang yang mereka suka.
 
The post Asalnya Bercakap Pun Tak Boleh, Suka Hentak Kepala. Sekarang Hebat Mengira & Baca ABC! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asalnya-bercakap-pun-tak-boleh-suka-hentak-kepala-sekarang-hebat-mengira-baca-abc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Pemimpin Sekarang Yg Kita Percaya Boleh Selamatkan Malaysia

Siapa Pemimpin Sekarang Yg Kita Percaya Boleh Selamatkan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 244 hits
Semestinya dia harus mampu atasi tekanan dari pihak lain Semua sudah teruji najib Mahathir Anwar Zahid dll gagal Muhyiddin sekarang masih di para uji Atas pengalamannya lalu dan situasi sekarang boleh dijangka akan turut gagal Means negara ...
Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

Dr Zulkefly Nak Tunjuk Hebat Selangor Pun Tak Boleh Kawal

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 299 hits
Kehebatan Dr Zulkefly memang tak dapat disangkal kehebatan dalam menangani covid 19 Semenjak dia mengetuai misi khas tangani Covid 19 di Selangor Dia telah berjaya mencipta rekod dari 92 kes pada tarikh 14 mac dia start operasi terus mencan...
Hebat Menteri Ni Tak Perlu Ulas Banyak Masing Masing Boleh Ulas

Hebat Menteri Ni Tak Perlu Ulas Banyak Masing Masing Boleh Ulas

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 316 hits
Perghhhh dahsyat cara fikir pemimpin Pas sejak jadi menteri ini sampai dalam sitem pembentungan pun nak dikajinya virus Covid 19 Ini bukan lagi cara fikir di luar kotak tapi langsung tak pakai kotak Masa jadi pembanggang dulu kemain hang ca...
Kerajaan Selangor Keras Kepala Bagi Tentera Ambil Alih Pemerintahan Selangor Jela Boleh Tak

Kerajaan Selangor Keras Kepala Bagi Tentera Ambil Alih Pemerintahan Selangor Jela Boleh Tak

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 185 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan membenarkan mana mana premis perniagaan dibuka atau ditutup semasa tempoh perintah kawalan pergerakan terletak pada Majlis Keselamatan Negara Beliau berkata demikian ketika mengulas keputu...
Instruksi Mendagri Untuk Kepala Daerah Dalam Pencegahan Hingga Penanganan Corona

Instruksi Mendagri Untuk Kepala Daerah Dalam Pencegahan Hingga Penanganan Corona

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 201 hits
Surat yang ditandatangani pada 2 April 2020 itu ditujukan kepada gubernur bupati wali kota se Indonesia
Pungli Rp700 Juta Camat Kepala Kampung Di Berau Ditangkap

Pungli Rp700 Juta Camat Kepala Kampung Di Berau Ditangkap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 199 hits
Kasus itu terungkap dimana pada Desember 2019 lalu salah satu perusahaan batubara PT MBL melakukan pembebasan lahan kelompok tani yang masuk di areal izin usaha pertambangan PT MBL
Resipi Kari Kepala Ikan Tenggiri Dan Sambal Belacan

Resipi Kari Kepala Ikan Tenggiri Dan Sambal Belacan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 979 hits
Sepanjang kena Perintah Kawalan Pergerakan ni macam macam lauk kena masak sendiri sebab kedai makan tutup Dari sarapan pagi makan tengahari makan petang dan juga malam haaa masak la sendiri Maka kali ni aku masak kari kepala ikan Biasa ikan...
Cegah Corona Kepala Daerah Bisa Minta Kereta Api Tak Singgah Di Daerahnya

Cegah Corona Kepala Daerah Bisa Minta Kereta Api Tak Singgah Di Daerahnya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 182 hits
Tidak adanya larangan mudik menjadi salah satu hal yang menjadi perhatian dalam upaya pencegahan penyebaran Covid 19
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya