Bagaimana Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau Membantu Perokok Berhenti Merokok


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sumber Gambar : TheVocket
Merokok membahayakan kesihatan. Itulah ayat yang sering didengari, dibaca dan juga diperkatakan oleh ramai pihak terutamanya apabila kempen-kempen anti merokok dan pelbagai lagi. Umum sememangnya mengetahui akan bahaya merokok tetapi masih ramai yang merokok walaupun sedar akan bahaya yang menanti

Pakar dan pengkaji melakukan beberapa kajian untuk memudahkan seseorang perokok itu untuk berhenti merokok dan jalani hidup yang lebih sihat. Antara hasil kajian itu termasuklah kaedah pengurangan kemudaratan tembakau

BAGAIMANA KAEDAH PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU MEMBANTU PEROKOK BERHENTI MEROKOK?{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}
APA ITU PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAUKaedah pengurangan kemudaratan tembakau atau Tobacco Harm Reduction (THR) merupakan strategi kesihatan awam bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap individu sering menggunakan produk tembakau. Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau kini semakin popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat

Walaubagaimanapun, kesedaran di Malaysia tentang strategi mengurangkan kemudaratan tembakau masih di peringkat awal.  Persepsi terhadap kaedah alternatif masih berbeza terhadap kemudaratannya, walaupun pakar di luar negara melihat kaedah pengurangan kemudaratan tembakau dapat mengurangkan risiko kesihatan berbanding rokok tradisional


Sumber Gambar : Berita HarianMUDARATNYA TEMBAKAULebih tujuh juta orang meninggal dunia akibat merokok atau menghidup asap rokok setiap tahun menurut kenyataan yang didedahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 
Menurut Osman Lisut (2018), sebatang rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun yang mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida dimana ia sangat berbahaya dan memudaratkan kepada kesihatan.  
BAHAN-BAHAN DI DALAM ROKOK DAN KESANNYASumber Gambar : PBS
Menurut Haris Asyraf (2021), merokok memberikan kesan kepada anggota tubuh dan organ seperti paru-paru, jantung, saluran darah, otak dan sistem pencernaan. Selain itu, merokok juga memberikan kesan negatif pada hubungan kelamin dan juga penampilan diri. 
Antara bahan-bahan utama di dalam rokok adalah nikotin, tar, karbon monoksida, arsenik, formaldehid, plumbum, benzena,kadmium, hidrogen sianida dan aseton. 
NIKOTINFungsi nikotin secara amnya adalah untuk merancang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa pula dopamin? Dopamin adalah hormon yang menyebabkan seseorang berasa gembira dan teruja. Bagaikan dadah, dopamin berfungsi melatih otak untuk mengulang pengambilan nikotin. Setiap kali seseorang itu menghisap rokok, semakin sukar untuk meninggalkannya.  
Antara simpton-simpton yang dialami adalah rasa keinginan kuat untuk merokok, cepat marah, kerisauan dan tidak dapat tumpukan perhatian. Kesan nikotin pada badan pula menyebabkan saluran darah rosak dan risiko penyempitan saluran darah, sering pening kepala, gangguan pada sistem pencernaan dan juga ulser pada perut. 
TARPelbagai bahan kimia yang menyebabkan kanser berada di dalam tar. Lebih 60 bahan kimia yang dijumpai dalam tar bersifat karsinogen. Tar menyebabkan paru-paru menjadi hitam, menghasilkan permukaan melekit pada dinding dalaman paru-paru dan menyebabkan kanser dan penyakit kronik pernafasan. Selain itu, kanser mulut, kerosakan gigi dan penampilan yang kurang baik juga boleh disebabkan oleh bahan ini. 
KARBON MONOKSIDAKarbon monoksida merupakan satu gas yang tidak mempunyai bau dan warna. Gas ini akan meningkat di dalam darah apabila merokok. Oksigen akan bercantum dengan gas ini apabila mula memasuki saluran darah, kemudiannya oksigen disekat daripada diserap ke dalam sel-sel tubuh.  Kesan akibat keracunan karbon monoksida ialah mudah letih, pening kepala, loya, kekeliruan dan muntah. 
Ini baru penjelasan bagi tiga kandungan utamanya sahaja tetapi anda boleh lihat fungsi bahan itu dan kesannya terhadap tubuh. Walaubagaimanapun, mengikut pakar, nikotin bukanlah punca utama bagi penyakit berkaitan merokok tetapi asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran

ALTERNATIF KEPADA ROKOKBerikut adalah alternatif kepada rokok tradisional melalui kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (THR)

VAPESumber Gambar : The Atlantic
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dipanggil 'rokok elektronik'. manakala bagi peranti yang tidak mengandungi nikotin dipanggil vape.  Komponen utama bagi peranti ini adalah bateri, atomiser dan katrij. 
Kandungan utama rokok elektronik adalah nikotin, propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna. Kandungan utama vape adalah propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kini terdapat 1.12 juta penghisap vape di Malaysia. 
Menurut Pakar Perunding Respiratori Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Dr Muhammad Redzwan S Rashid Ali, menjelaskan ketika ini, vape tampak “selamat” sebagai alternatif kepada rokok tembakau, walaupun tiada bukti jelas dari sudut perubatan

Menurut kajian oleh Kesihatan Awam England (PHE) vape atau e-rokok adalah akedah berkesan membantu perokok berhenti merokok. Vape adalah 95% kurang bahaya berbanding rokok tradisional. Laporan itu turut mendedahkan bahawa lebih 50,000 perokok berhenti merokok pada tahun 2017 melalui bantuan vape. 
Pakar kesihatan awam dalam pengurangan kemudaratan dan tembakau di United Kingdom (UK), Clive Bates berkata, salah satu kajian utama adalah kajian biomarker yang dilakukan dan menunjukkan risiko kesihatan direkodkan adalah sangat rendah

Kajian biomarker ini mengukur tahap bahan toksik dalam darah, air liur atau air kencing pengguna vape dan apabila dibandingkan dengan individu merokok, ia adalah di tahap yang tidak dapat dikesan atau jauh lebih rendah

PEMANASAN TEMBAKAUSumber Gambar : Truth Initiative
IQOS memanaskan tembakau yang disediakan dan di adun khas pada suhu di bawah 350°C, tanpa pembakaran, api, abu, atau asap. Proses ini menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa, yang membebaskan rasa sebenar tembakau dipanaskan. Tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran. 

TEEPS memanaskan tembakau bagi mengeluarkan rasa sebenarnya. Tetapi TEEPS menggunakan sumber pemanasan alternatif untuk mengekstrak rasa tembakau dan nikotin daripada daun tembakau: ia dipanaskan dengan karbon dan ianya menyerupai sebatang rokok, tetapi ia bukanlah rokok

TERAPI GANTIAN NIKOTINSumber Gambar : QMUL
Terapi gantian nikotin atau nicotine replacement therapy (NRT) bertindak membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan yang mungkin berlakusemasa berhenti merokok

Terdapat beberapa jenis produk NRT  boleh diperolehi mengikut bentuk dan kesesuian mengikut tahap kebergantungan terhadap nikotin. Lima jenis produk NRT adalah gum nikotin, inhaler nikotin, lozenge nikotin, semburan hidung nikotin, dan patch nikotin

KESIMPULANNYAMerokok sememangnya satu perkara yang membahayakan. Bukan sahaja kepada perokok itu sendiri tetapi kepada mereka yang berada di sekeliling mereka yang turut sama terhidu asap rokok. Mungkin agak sukar untuk berhenti merokok dalam jangka masa yang cepat tetapi dengan adanya kaedah pengurangan kemudaratan tembakau ini serta alternatif yang tersedia, setidaknya perokok dapatlah bertukar kepada sesuatu yang kurang memudaratkan dan seterusnya akan berhenti terus secara perlahan-lahan

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau, anda bolehlah layari laman sesawang https://haahub.com.my/

#TobaccoHarmReduction
RUJUKAN :https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/868152/majoriti-rakyat-malaysia-setuju-strategi-kemudaratan-tembakauhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/766673/kaedah-pengurangan-kemudaratan-tembakau-alternatif-berhenti-merokokhttps://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/12/511215/bebas-asap-kurangkan-kemudaratan-tembakauhttps://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/10/pengurangan-kemudaratan-tembakau-bantu-perokok-tegar-berhenti-merokok/https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/07/tingkatkan-strategi-pengurangan-bahaya-tembakau/https://www.kosmo.com.my/2021/03/06/vape-berkesan-untuk-membantu-perokok-berhenti-merokok/https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/761077/penggunaan-vape-kurang-berisiko-berbanding-rokok-tembakauhttps://www.pmi.com/markets/malaysia/bm/science-and-innovation/breakthrough-products-for-smokershttp://www.myhealth.gov.my/terapi-gantian-nikotin-nrt/https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadar-wap-airhttps://www.astroawani.com/berita-bisnes/beban-rm7-4-bilion-kos-rawatan-penyakit-akibat-rokok-189783https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kesan-merokok



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/11/bagaimana-kaedah-pengurangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatnya Lelaki Dan Perempuan Tanpa Rokok Tiga Tips Pengurangan Kemudaratan Tembakau Bagi Seorang Perokok Tegar

Hebatnya Lelaki Dan Perempuan Tanpa Rokok Tiga Tips Pengurangan Kemudaratan Tembakau Bagi Seorang Perokok Tegar

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 274 hits
Anda seorang perokok Tegar Jika ya anda tidak terlambat lagi untuk amal tiga tips yang julia kongsikan di blog Tahukah anda statistik dalam Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 43 golongan lelaki dianggarkan mempunyai tabiat m...
Menjadi Seorang Perokok Alternatif Untuk Mengurangkan Kemudaratan Tembakau

Menjadi Seorang Perokok Alternatif Untuk Mengurangkan Kemudaratan Tembakau

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 289 hits
Tabiat merokok antara salah satu tabiat yang sukar dihentikan terutama bagi seorang perokok tegar yang menjadikan ianya sebagai satu rutin wajib selepas makan ataupun ketika bekerja dengan alasan untuk mengurangkan tekanan kerja Tabiat ini ...
Inilah Yang Terjadi Apabila Seorang Perokok Berhenti Merokok Sangat Lumayan

Inilah Yang Terjadi Apabila Seorang Perokok Berhenti Merokok Sangat Lumayan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Dari FB Shiedah Mawahid Nak share cerita ni suami tekad berhenti merokok 2010 17 thn usia perkahwinan kami dh hampir putus asa meleterinya raya cina masa tu dia bawak blk tong biru ni katanya mulai saat tu dia akan isi tong ni dgn duit yg s...
Berubah Sekarang Pengurangan Kemudaratan Tembakau

Berubah Sekarang Pengurangan Kemudaratan Tembakau

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 218 hits
Merokok memudaratkan kesihatan Ini adalah satu fakta yang semua orang ketahui Namun begitu masih ramai perokok di luar sana yang masih kurang kesedaran untuk berubah Masih ramai yang suka hisap rokok secara konvensional yang menggunakan tem...
Rupanya Ada Klinik Khas Untuk Berhenti Merokok

Rupanya Ada Klinik Khas Untuk Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 278 hits
Bagi sesiapa yang dah cuba untuk berhenti sendiri tapi gagal boleh cuba pergi ke klinik ni Boleh dapatkan baju yang speaker pakai di sini https shp ee 3z6nrkb najwasafian kesihatan
Bolehkah Rokok Elektronik Menolong Anda Berhenti Tabiat Merokok

Bolehkah Rokok Elektronik Menolong Anda Berhenti Tabiat Merokok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 162 hits
Kajian klinikal menunjukan bahawa rokok electronik dapat membantu perokok tegar berhenti dari tabiat merokok Kajian terhadap dua individu yang telah merokok melebihi dari 10 tahun dapat berhenti dari merokok melebihi 6 bulan dari tarikh set...
Berhenti Merokok Vol 4 0

Berhenti Merokok Vol 4 0

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 141 hits
Assalammualaikum wbt Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11 2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan ak...
Bitcoin Berhenti Berkelakuan Seperti Saham

Bitcoin Berhenti Berkelakuan Seperti Saham

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 192 hits
Minggu ini bitcoin jatuh sebanyak 7 dan pada satu ketika menghampiri 58 000 manakala Nasdaq 100 menunjukkan sedikit peningkatan Bagi sesetengah orang fakta dimana penarikan semula harga tidak mempunyai kesan yang lebih luas menunjukkan bitc...
Dah Tak Sanggup Nak Tanggung Rindu Wanita Dedah Sanggup Berhenti Kerja Di Luar Negara Untuk Beri Kejutan Pada 4 Anaknya

Dah Tak Sanggup Nak Tanggung Rindu Wanita Dedah Sanggup Berhenti Kerja Di Luar Negara Untuk Beri Kejutan Pada 4 Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 297 hits
Wahida membuat kejutan kepada anak anaknya selepas dua tahun mereka terpisah kerana pandemik CvdI9 Mempunyai kerjaya yang stabil dan selesa di luar negara namun wanita ini memilih untuk melepaskan cita cita demi keluarga tersayang
The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Hoya Pro1 Uv Filter

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka


11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat

Certot Minyak Masak Peket

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Microsoft Nak Edge Jadi Browser Gamers Dengan Edge Game Assist