Menjadi Seorang Perokok Alternatif Untuk Mengurangkan Kemudaratan Tembakau
Tabiat merokok antara salah satu tabiat yang sukar dihentikan, terutama bagi seorang perokok tegar yang menjadikan ianya sebagai satu rutin wajib selepas makan ataupun ketika bekerja dengan alasan untuk mengurangkan tekanan kerja. Tabiat ini tidak boleh lagi dinafikan sebagai satu perkara yang mudah untuk membuang ketagihan apatah lagi mahu berhenti meskipun sudah tahu kesan buruk yang bakal terjadi. Seorang perokok perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat selain mendapat sokongan moral dari orang sekeliling untuk berhenti merokok.
Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction, THR) adalah salah satu strategi yang digunakan oleh institusi kesihatan awam bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap pengguna tegar produk tembakau. Bukan sahaja institusi kesihatan awam Malaysia menggunakan kaedah seperti ini, malah negara seperti United Kingdom (UK), Norway, Sweden, Jepun dan Korea Selatan menjadikan "Vape" sebagai dalah satu alternatif lain kepada produk tembakau.
Berdasarkan data dari Imperial College London, sebanyak 98 juta pengguna di seluruh dunia telah bertukar kepada produk alternatif yang kurang memudaratkan seperti vape atau Heat-Not-Burn Devices bagi menggantikan produk tembakau.
Pendekatan yang boleh diambil bagi membantu pengurangan bahaya tembakau adalah dengan kaedah pendekatan dan penyelesaian yang lebih memahami situasi serta keadaan seorang perokok yang mengalami masalah ketagihan produk tembakau. Menurut kajian yang dibuat oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), sebanyak 88% pengguna vape adalah seorang penghisap rokok yang telah berjaya berhenti merokok.
3 Kandungan Di Dalam Rokok Yang Memudaratkan
Kandungan yang ada di dalam rokok adalah boleh merosak tubuh badan seseorang. Kesan daripada bahaya asap rokok ini boleh terjadi pada siapa sahaja yang sering merokok termasuk ibu mengandung. Antara bahan yang terkandung didalam rokok adalah seperti berikut :
Tar
Tar adalah bahan yang bersifat karsinogenik. Tar yang dihirup oleh seorang perokok akan kekal berada di dalam paru-paru dan akan menyebabkan penyakit berisiko tinggi seperti Kanser Paru-Paru dan Emfisema.
Nikotin
Nikotin berfungsi sebagai perantara dalam sistem saraf otak yang menimbulkan kesan menyenangkan dan menenangkan. Hal ini akan meningkatlan tekanan darah, denyutan jantung dan pernafasan yang disebabkan nikotin telah terserap ke saluran arah kemudian membuat tubuh badan terangsang untuk menghasilkan hormon adrenalin yang banyak.
Pembakaran
Walaupun nikotin adalah bersifat ketagihan, tetapi ia bukan penyebab utama penyakit berbahaya yang berkaitan dengan merokok. Masalah utama adalah pembakaran. Pembakaran terhasil apabila rokok dibakar pada suhu mencecah 900 darjah celcius yang dapat menghasilkan asap. Asap yang terhasil itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan memudaratkan tubuh badan. Sebanyak 100 bahan yang telah dikelaskan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.
Pengalaman dan Pandangan Seorang Faiq Najmi
Faiq seorang yang tidak merokok atau menghisap vape, tetapi Faiq dikelilingi oleh orang yang merokok. Dari pandangan mata Faiq, ramai yang seperti kecanduan dengan produk tembakay. Sebagai contoh, selepas selesai makan sesorang yang merokok mesti mengambil produk tembakau sebagai pencuci mulut mereka. Kebanyakannya mereka yang menghisap rokok tidak memandang atau mengambil cakna tentang persekitaran mereka kerana mereka hanya menghembuskan asap yang terhasil dari pembakaran produk tembakau sesuka hati tanpa melihat kiri atau kanan tanpa mempunyai rasa bersalah sedikit pun. Jika ada anak kecil yang masih bayi, ia akan menyebabkan anak tersebut mengalami masalah pernafasan yang kurang sihat dan dapat mengakibatkan masalah kesihatan lain.
Bukan itu sahaja, merokok juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga pencemaran udara sekeliling. Hal ini akan meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu asap produk tembakau. Seorang perokok tegar juga akan menjejaskan penampilan diri mereka sendiri. Mengapa Faiq berkata begitu, ia kerana ramai individu di sekeliling Faiq mendapat kesan dari ketagihan merokok. Antara kesan yang ketara dapat dilihat adalah seperti gigi yang kuning, mempunyai nafas yang berbau serta bibir sedikit menjadi gelap. Hal ini membuat penampilan diri mereka terjejas malah menimbulkan pandangan negatif daripada masyarakat sekeliling.
Faiq mempunyai rakan seorang perokok, setelah diberi nasihat dan pandangan tentang bahayanya rokok ini, dia telah bertekad untuk mula mengurangkan dan berhenti menghisap rokok secara pelan-pelan. Dia mengambil alternatif lain yang kurang berbahaya bagi menggantikan produk tembakau dengan menghisap vape atau pos. Setelah beberapa bulan menggunakan alternatif tersebut, dia telah berkongsi kesan yang terjadi setelag mengambil alternatif lain seperti dia dapat menyimpan duit gajinya yang sebelum ini habis digunakan untuk membeli rokok. Dia juga berasa sangat gembira dapat mengurangkan pencemaran udara disebabkan oleh asap rokok yang berbahaya untuk kesihatan diri dan persekitaran.
Heat-Not-Burn Devices Sebagai Alternatif Lain Berhenti Merokok
Kebanyakkan perunding khidmat berhenti merokok bersetuju memilih vape dan produk Heat-Not- Burn seperti IQOS sebagai alternatif bagi membantu mereka yang mempunyai hasrat ingin berhenti merokok.
Vape adalah produk mengandungi cecair berperisa yang telah terbukti membantu perokok tegar menghentikan tabiat menghisap dan menghilangkan rasa ketagihan pada produk tembakau. Manakala produk Heat-Not-Burn pula, berfungsi dengan tidak membakar tembakau seperti rokok-rokok tradisional lainnya.
Penjualan vape ini dijadikan acuan pihak berkuasa United Kingdom (UK) bagi menangani masalah ketagihan rokok. Namun, di Malaysia, pelbagai persepsi berbeza mengenai vape terhadap kemudaratannya, walaupun pakar di luar negara melihat vape dapat mengurangkan risiko kesihatan berbanding produk tembakau.
Produk Heat-Not-Burn dipasarkan di Malaysia sebagai alternatif yang lebih selamat daripada tembakau atau rokok tradisional. Produk ini memanaskan tembakau menggunakan device yang disertakan dengan tenaga bateri yang boleh di isi semula. Produk Heat-Not-Burn ini akan menghentikan proses pemanasan secara automatim setelah had penggunaan lebih enam hingga tujuh minit atau 14 hisapan (puff).
Saranan yang Faiq boleh berikan buat individu yang ingin berhenti merokok adalah dengan mengambil pendekatan pengurangan bahaya tembakau dengan menggunakan produk seperti alternatif Heat-Not-Burn. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan risiko terjangkit penyakit yang disebabkan oleh merokok.
Rujukan :
https://www.alodokter.com/9-kandungan-rokok-yang-berefek-mengerikan-untuk-tubuhhttps://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/07/tingkatkan-strategi-pengurangan-bahaya-tembakau/https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/766673/kaedah-pengurangan-kemudaratan-tembakau-alternatif-berhenti-merokok
https://www.who.int/tobacco/publications/surveillance/trends-tobacco-smoking-second-edition/en/
https://hnbdevice.blogspot.com/2019/12/heat-not-burn-device-cara-baru-merokok-dan-menikmati-tembakau.html
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pertimbang-strategi-pengurangan-kemudaratan-tembakau-buat-perokok-216944
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://najmi-faiq.blogspot.com/2021/11/menjadi-seorang-perokok-alternatif.html