Bagaimana Jika Keadaan Ini Berlaku Untuk Majikan
Terima kasih PM untuk bantuan-bantuan yang diberikan. Sangat membantu mereka yang berpendapatan rendah dan mereka yang bekerja sendiri (tanpa pekerja).
.
Cuma ada sedikit kemusykilan saya nak tanya kawan-kawan sekalian.
.
Saya bagi contoh. Seorang pekerja yang berpendapatan 3 ribu sebulan, akan dapat bantuan tunai tambahan, di samping dapat GAJI PENUH sebab majikan tak dibenarkan potong gaji, di samping dapat penjimatan wang sebab tak keluar duit untuk transport ke tempat kerja, di samping dapat keluar duit KWSP, dan jimat tak perlu spend duit beli lunch di luar seperti hari kebiasaan. Malah tak perlu bekerja tapi masih dapat gaji.
.
Manakala majikan kepada pekerja ni, katalah pendapatannya sebelum PKP adalah 10 ribu sebulan, masih perlu bayar sewa kedai, carum KWSP pekerja dan bayar gaji pekerja secara penuh, sebab tak dibenarkan potong gaji. Majikan perlu keluar duit simpanan atau meminjam dengan bank utk selesaikan bayaran-bayaran ni, kerana tak ada pendapatan masuk dalam tempoh PKP. Pendapatan majikan zero, malah negatif, semasa tempoh PKP. Majikan tiada KWSP. Majikan masih ada keluarga untuk ditanggung.
.
Malah majikan tak dapat nak claim bantuan sebab kalau ikut pendapatan bulanan sebelum PKP, adalah melebihi 8k sebulan. Yang ada bantuan hanyalah dalam bentuk pinjaman untuk SME, itupun akan jadi hutang yang perlu dibayar, yg menambahkan beban sedia ada. Tak ada bantuan tunai one-off untuk majikan. Kesannya, majikan yang tiada simpanan, atau tak cukup untuk simpanan, akan terpaksa BERHUTANG untuk tanggung gaji pekerja, dan untuk sara hidup sendiri.
.
Malah nak claim rm600 sebulan utunk setiap pekerja, pun masih perlu buktikan pendapatan syarikat berkurang 50% bermula 1 januari 2020. Dah tentu ini bermakna bantuan rm600 ni tak akan dapat terus, kena melalui proses pembuktian dokumentasi pelbagai terlebih dahulu untuk tunjukkan akaun dan sebagainya.
.
Kalau kita compare pendapatan majikan dan pekerja dalam tempoh PKP ni, majikan ni sebenarnya yang jadi ORANG MISKIN dalam hal ni. Kita kena ingat, tak semua majikan itu kaya walaupun namanya majikan. Dalam situasi tertentu, pekerja yang berpendapatan lebih banyak dari majikannya sendiri.
.
Kemusykilan di sini, kenapa majikan tak dibenarkan saja untuk tolak gaji pekerja setakat bantuan yg pekerja dah terima dari kerajaan sepanjang tempoh PKP? Pekerja sudah dapat lebih dari status quo gaji selepas dibantu kerajaan, jadi kenapa masih wajibkan majikan bayar penuh? Contohnya, kalau pekerja layak dapat rm800 sebagai bujang, kenapa majikan tak boleh tolak rm800 ni dari gaji pekerja?
.
Atau, kenapa tak beri bantuan one-off kepada majikan, terutama dari kalangan sole proprietor atau syarikat kecil. Bantuan yang bukan berupa hutang.
.
Maybe kawan-kawan yang tahu boleh share di sini apa langkah-langkah bukan hutang yang boleh diambil oleh “majikan-majikan miskin” sebegini. Hakikatnya, inilah realiti yang dihadapi oleh kebanyakan majikan di Malaysia. Majikan kaya sangat sedikit sebenarnya. 
.
Membantu majikan juga sangat penting, kerana jika majikan gulung tikar, pekerjanya juga hilang sumber pendapatan.
.
Kemusykilan ni khas berkenaan situasi pekerja-majikan. Bukan yang bekerja sendiri.
.
.
Adil pada semua ❤️
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/03/bagaimana-jika-keadaan-ini-berlaku.html