Ingkar Pkp Majikan Didenda Rm800


TAWAU: Seorang majikan didenda RM800 selepas mengaku bersalah atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di Mahkamah Majistret Tawau, di sini, hari ini.

Tertuduh Simon Tiong Hang King, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 50 Check Point Semporna-Tawau, pada 29 Mac 2020, pukul 5.25 petang.

Berdasarkan pertuduhan, Simon ditahan ketika memandu sebuah kereta pacuan empat roda jenis Hilux dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Tawau.

Sebaik ditahan, tertuduh dikatakan tidak berpuas hati dengan teguran berkaitan MCO, memandu kenderaannya dalam keadaan berbahaya ketika membuat pusingan U, sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota polis bertugas.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 7, Peraturan yang sama, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Jhesseny Kang, berkata, anak guamnya yang bekerja sebagai majikan sebuah kedai di Semporna perlu ke Tawau untuk melakukan urusan perbankan dan mengeluarkan wang tunai gaji pekerja setiap hujung bulan.

Selain itu, tertuduh juga perlu membeli bekalan kedai di Tawau untuk dijual di kedainya di Semporna.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Dayang Nur Azarinawaty Ag Kachee meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang agar mematuhi MCO.

Majistret Dzul Elmy Yunus kemudian menetapkan hukuman denda sebanyak RM800 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal menjelaskannya.

Menurut Dzul, walaupun majikan dibolehkan keluar untuk melakukan urusan kerja, tertuduh perlu menyediakan semua dokumen berkaitan bagi menyokong alasan munasabah untuk keluar dari rumah.

Dalam masa sama, Dzul menasihatkan tertuduh untuk sentiasa bertenang dalam mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak melakukan sebarang bentuk protes.

“Kamu perlu ingat mereka (pihak berkuasa) telah bertugas di situ mengawal MCO sejak 18 Mac lalu, justeru, adalah perlu untuk bertenang dan mematuhi arahan yang diberikan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/ingkar-pkp-majikan-didenda-rm800.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingkar Pkp Seramai 367 Lagi Didakwa Ada Dipenjara Didenda

Ingkar Pkp Seramai 367 Lagi Didakwa Ada Dipenjara Didenda

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 233 hits
Jogging menyamar polis melepak antara kesalahan dilakukanKUALA LUMPUR Jogging ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan menyamar polis sehingga menahan orang awam dan melepak dengan rakan antara kesalahan yang dilakukan 367 individu...
Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 258 hits
ALOR GAJAH Seorang pemain bola sepak Kuala Lumpur antara 19 individu yang didenda RM900 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Jumaat lalu Tertuduh Abdul Azim Rahim 23 dan tiga ...
Individu Beli Makanan 4 Kali Sehari Antara Ditahan Ingkar Pkp

Individu Beli Makanan 4 Kali Sehari Antara Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 416 hits
Seorang individu yang mendakwa dia keluar rumah untuk membeli makanan antara yang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Walaupun PKP membolehkan seorang individu iaitu ...
73 Individu Dituduh Di Mahkamah Ingkar Arahan Pkp

73 Individu Dituduh Di Mahkamah Ingkar Arahan Pkp

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 304 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Seramai 649 individu telah ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurut Menteri Pert...
Degil Tak Mahu Duduk Rumah Lelaki Ingkar Pkp Sanggup Terjun Laut Lari Dari Polis

Degil Tak Mahu Duduk Rumah Lelaki Ingkar Pkp Sanggup Terjun Laut Lari Dari Polis

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 424 hits
Gara gara tidak mahu dicekup polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan seorang lelaki sanggup bertindak terjun ke dalam laut dan berenang kira kira 50 meter di jeti pendaratan ikan di Jelutong di George Town hari ini Malah dia ...
Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 255 hits
Sepertimana semua tahu Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sejak 18 Mac lalu Namun sehingga hari ini masih ada lagi yang mengingkar perintah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidd...
30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 262 hits
SHAH ALAM 29 MAC Polis menahan 30 individu dalam Op Covid 19 kerana ingkar arahan kerajaan dengan berada di luar kediaman tanpa alasan munasabah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata penahanan ya...
828 Ditahan Hari Ke 12 Pkp Masih Ramai Ingkar

828 Ditahan Hari Ke 12 Pkp Masih Ramai Ingkar

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Seramai 828 individu di ditahan Polis Diraja Malaysia semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pelaksanaan perintah sudah memasuki hari ke 12 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tangkapan i...
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 249 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya jumlah individu yang ditah...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Fru Coretan Isteri Koperal Syed Isfan Kongsi Keadaan Terkini Suami Undang Sebak

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc