Lapor Polis Jika Majikan Bukan Perkhidmatan Perlu Paksa Kerja


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Laporan polis boleh dibuat terhadap majikan yang tidak tersenarai sebagai perkhidmatan perlu yang masih beroperasi dan mengarahkan pekerja hadir bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam soalan lazim melibatkan kementerian itu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan berkata jika majikan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan itu, ia adalah satu kesalahan jenayah.
“(Kesalahan) di bawah Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” menurut KSM.
Sementara itu, KSM berkata majikan dalam perkhidmatan perlu pula harus mengurangkan bilangan petugas yang hadir bekerja kepada tahap paling minimum atau sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah semasa, dalam tempoh itu.
Menurut kementerian itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac dalam usaha menangani wabak COVID-19, majikan juga perlu memastikan pergerakan pekerja terbabit dihadkan. Perkara ini berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Tambah KSM, majikan juga perlu menyediakan alat saringan suhu badan, mengambil bacaan suhu badan pekerja setiap hari serta memastikan pekerja mematuhi prosedur pencegahan COVID-19.
Selain itu, majikan hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman, melaksanakan proses sanitasi dan pembersihan perlu serta memastikan garis panduan amalan terbaik penjarakan sosial disediakan dan dilaksanakan.
Tegas KSM, majikan tersenarai dalam perkhidmatan perlu, berhak untuk tidak membayar gaji pekerjanya jika didapati enggan bertugas sepanjang tempoh ini.
KSM menyatakan majikan wajib membayar gaji penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan pekerja bergaji harian dibayar mengikut kadar upahan yang telah dipersetujui antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan atau surat kenaikan gaji terkini.
“Untuk pekerja yang upahnya tidak tetap maka kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020,” kata KSM. Dalam tempoh itu juga, majikan boleh meminta pekerjanya untuk menjalankan kerja bersesuaian dari rumah, dan perlu membayar gaji pekerja berserta elaun yang berkaitan hendaklah dibayar.
KSM berkata sekiranya majikan enggan membayar gaji dalam tempoh tersebut, pekerja boleh mengemukakan aduan secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
“Majikan juga wajib membayar upah atau gaji pekerja di luar skop Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) kerana perkara ini telah termaktub dalam kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara majikan dan pekerja,” kata KSM.
Jelas KSM, majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji pekerja sepanjang tempoh ini kerana perintah telah dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sebarang pertanyaan berhubung isu majikan dan pekerja boleh berurusan dengan Bilik Gerakan Pemantauan Pekerjaan COVID-19 KSM, menghubungi talian 03-8889 2359 / 8886 2409 / 8890 3404 atau e-mel [email protected] ; [email protected] ; [email protected]
Sumber: BERNAMA
The post Lapor Polis Jika Majikan Bukan Perkhidmatan Perlu Paksa Kerja appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/20/lapor-polis-jika-majikan-bukan-perkhidmatan-perlu-paksa-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 576 hits
Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Lim Wei Jiet berkata tiada majikan d...
Covid19 Pekerja Majikan Digesa Guna Pakai Akta Kerja 1955 Kementerian Sumber Manusia

Covid19 Pekerja Majikan Digesa Guna Pakai Akta Kerja 1955 Kementerian Sumber Manusia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 487 hits
Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dan majikan mengguna pakai Seksyen 60F dan Seksyen 60E Akta Kerja 1955 susulan penularan Covid 19 di negara ini Kenyataan kementerian itu menyebut bahawa Seksyen 60F antara lain memperuntukkan men...
Terkini Alasan Ingin Cari Kerja Polis Halau Warga Asing Pulang Rumah

Terkini Alasan Ingin Cari Kerja Polis Halau Warga Asing Pulang Rumah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 354 hits
Ingin mencari kerja di ibu kota itu alasan yang diberikan oleh seorang warga asing yang didapati berada dalam bas dua tingkat RapidKL ketika pemeriksaan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Ampang hari ini Bagaimanap...
Polis Sahkan Tahan Lelaki Di Labuan Untuk Paksa Jalani Ujian

Polis Sahkan Tahan Lelaki Di Labuan Untuk Paksa Jalani Ujian

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 246 hits
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi kerjasama untuk menjalani ujian saringan wabak Covid 19 di Labuan Sabah Ketua Polis Daerah Labuan Muhamad Farid Ahmad mengesahkan beberapa rakaman video yang tular ...
Majikan Paksa Dan Ugut Potong Gaji

Majikan Paksa Dan Ugut Potong Gaji

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 283 hits
TIDAK berpuas hati dengan tindakan majikan yang memaksa dan mengugut supaya tetap bekerja walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekumpulan pekerja membuat laporan polis Wakil kumpulan pekerja di sebuah kilang kaca di Lipat Kajan...
Gambar Gambar Harap Ada Makanisme Lain Polis Pulak Bertambah Bebanan Kerja

Gambar Gambar Harap Ada Makanisme Lain Polis Pulak Bertambah Bebanan Kerja

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 243 hits
Ibrahim Mat IsaSatu kerja pulak PDRM kena buat melayani permohonan orang nak balik kampung report Harapnya ada la mekanisma yang lain lebih lancar Polis pun tak perlu ada tambahan beban kerja Ini pun satu bala juga ni Ermm kesian Covid19
Pemuda Umno Perak Lapor Polis Terhadap Portal Berita

Pemuda Umno Perak Lapor Polis Terhadap Portal Berita

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 305 hits
Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan laporan berbentuk fitnah terhadap kepimpinan Umno negeri kelmarin Pengerusi Sekretariat Undang undang Pemuda Umno negeri Faridzul Azlan...
Berita Palsu Ahli Parlimen Labuan Lapor Polis

Berita Palsu Ahli Parlimen Labuan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 262 hits
LABUAN Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita yang berpangkalan di Sabah yang didakwa beliau menyiarkan laporan berbentuk fitnah semalam yang dianggapnya telah mejejaskan reputasi...
Fitnah Di Laman Sosial Pemuda Umno Perak Lapor Polis

Fitnah Di Laman Sosial Pemuda Umno Perak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 328 hits
IPOH Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu mengenai dakwaan UMNO cuba membeli wakil rakyat Pakatan Harapan oleh akaun Facebook menggunakan nama sebuah portal berita
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice