Bagaimana Ekonomi Rakyat Dapat Dibela Kalau Perbahasan Di Parlimen Mati




Oleh YASIR TAMIZIJune 9, 2020 
Di sebalik pergerakan angka ahli-ahli Parlimen yang ligat bergerak sejak seminggu lepas, walaupun mungkin ada kebarangkalian sesuatu berlaku di hujung Syawal ini, kita sebagai rakyat harus tetap dengan prinsip bahawa apa parti pemerintah pun, kita mahu negara dan bangsa melalui tempoh sukar selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan lebih baik.Rakyat Malaysia mahu ekonomi yang lebih makmur, pembelaan kebajikan rakyat yang lebih terjamin dan adanya perubahan atau reformasi sistem yang lebih mendasar.Apa antara masalah yang kita hadapi sekarang? Bukan kita maksudnya diri kita sahaja tetapi kita dalam konteks lebih luas, dalam pemerhatian sekeliling.Pertama, makin ramai kalangan kita yang menganggur tidak bekerja – pengangguran meningkat 17.1 peratus mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia.Kedua, ekonomi negara bakal menyusut dengan pendapatan rakyat semakin berkurang. Bank Dunia mensasarkan untuk tahun ini ekonomi kita menguncup 0.1 peratus (negatif) manakala maklumat perangkaan menunjukan seramai 610,000 orang tiada pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.Ketiga, beban sara hidup makin meningkat. Harga bahan mentah makanan harian naik mendadak dan berulang kali naik sehingga ke sekali ganda harga jual.Keempat, dasar pentadbiran yang dilaksanakan pula khususnya dalam ancaman Covid-19 ini, nampak jelas ada kekurangan dan masalah dalam pelaksanaan.Malangnya, bahas tidak boleh, kritik secara rasmi tidak boleh. Kalau pun ada rungutan kecil suara rakyat berbunyi di media sosial, kalau sekadar ciapan Twitter yang hambar atau hantaran Facebook yang terpencil, tidak didengar.Wakil rakyat yang menjunjung amanah, yang mendesak untuk bahas pelaksanaan dasar dan kelulusan belanjawan, pun tertangguh-tangguh.Walhal penyelesaian untuk masalah rakyat ini harus dipercepat. Lagi lambat wakil kita berbahas, lagi berlarutan masalah yang kita hadapi, malah mungkin tidak diperbetulkan pun.Kecuali kalau suara rakyat itu cukup besar, dengan ratusan retweet atau shared, sehingga berhari-hari, baru pihak berkuasa buka mata. Ini jelas terbukti contohnya dalam isu moratorium hutang bank tempoh hari. Pemerintah terpaksa respon kepada rungutan ribuan warganetWalhal, kalau Dewan Rakyat dibuka untuk berbahas lebih awal, pelaksanaan dasar boleh diulas awal, dibaiki cepat dan dasar yang lompong boleh diisi dengan dasar baharu yang lebih melengkapi.Kadang-kadang kita pandang ringan atau tidak nampak akan kekuatan suara rakyat yang diwakili oleh wakil rakyat itu sebenarnya. Ketumbukan seorang ahli Parlimen sebenarnya jauh lebih berganda daripada ratusan retweet di Twitter atau shared post di Facebook kerana seorang ahli Parlimen mewakili suara jauh lebih banyak daripada 10,000 orang pengundi.Contohnya, YB Fahmi Fadzil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya bukan mewakili dirinya tetapi mewakili ketumbukan lebih 70,000 pengundi dan ratusan ribu rakyat yang tinggal di Parlimen Lembah Pantai.Oleh itu, jika ribuan RT dan ratusan hantaran FB boleh mengubah satu dasar kerajaan, bayangkan kekuatan seorang ahli Parlimen yang membawa ketumbukan raksasa sebegini.Seorang ahli Parlimen dengan berbahas di Parlimen, boleh memberi tekanan yang kuat kepada pentadbiran sekaligus membela nasib rakyat dengan cepat dalam keadaan ekonomi dan masyarakat yang belum pulih sepenuhnya.Di sini datang peri pentingnya perbahasan sidang Dewan Rakyat itu dicepatkan dan dipanjangkan tempohnya. Kalau diteladani amalan demokrasi negara lain, Britain misalnya, UK Parliament masih aktif berbahas, dengan sesi soal jawab dengan Perdana Menteri, bukan dengan melewatkan perbahasan Dewan Rakyat sehingga berbulan-bulan.Tindakan melewatkan perbahasan Dewan Rakyat juga bermaksud melewatkan penambahbaikan dasar ekonomi dan kebajikan kepada rakyat khususnya berkait perihal pengurusan Covid-19.Ini juga bermaksud membiarkan perbelanjaan ratusan ribu juta ringgit oleh pentadbiran kerajaan berlaku tanpa keabsahan atau kelulusan Dewan Rakyat, yang mana sebenarnya wajib mengikut undang-undang negara.Jadi, sebab itu penting untuk wakil-wakil rakyat yang mewakili 37 juta rakyat Malaysia ini (atau jutaan Retweet di Twitter dan jutaan shared posting di Facebook ini) supaya dapat berbahas di Parlimen.Manfaatnya, kebajikan rakyat dapat diperbaiki secepat mungkin, dan rakyat yang terkesan teruk dengan PKP ini dapat terbela dengan pantas dan berkesan, efisien dan efektif.Apapun yang berlaku akhir Syawal ini, semoga perubahan mendasar dan reformasi dapat dilaksanakan dengan azam padu dengan kepimpinan yang lebih bertenaga.Nasib rakyat yang memerlukan jelas dibela, pendapatan rakyat kembali pulih, pentadbiran berjalan dengan amanah, kerajaan ditadbir dengan demokratik, integriti dan semangat islah yang berkobar-kobar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/bagaimana-ekonomi-rakyat-dapat-dibela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

Pakej Ransangan Ekonomi Sepatutnya Dibentang Di Parlimen Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 279 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi bertindak mengunci Parlimen dengan tidak membentangkan pakej ransangan ekonomi yang dinamakan Penjana bagi menghadapi kesan wabak Covid 19 itu di Parli...
Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 555 hits
1 Saya ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya semalam 2 Kenyataan beliau yang meletakkan jawatan kerana mementi...
Ekonomi Menggigit Rakyat Tersepit Sakit Menjerit

Ekonomi Menggigit Rakyat Tersepit Sakit Menjerit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 331 hits
MOHD IRFAN ABDULLAHSempat tengok video Tun M masuk pejabat Bersatu tadi Cool ke Secara peribadi langsung tak cool Nampak sangat janggal hati kusut tak keruan dan hilang arah Bila masuk ofis kosong Mungkin orang lain malas nak layan kerenah ...
Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

Berapa Banyak Pakej Ransangan Diumum Ekonomi Rakyat Teruk Juga

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 414 hits
Pakej rangsangan ekonomi digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Te...
Bukan Rakyat Sahaja Tak Setuju Tukar Kerajaan Pakar Ekonomi Pun Setuju Kekal Pn

Bukan Rakyat Sahaja Tak Setuju Tukar Kerajaan Pakar Ekonomi Pun Setuju Kekal Pn

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 509 hits
Ekoran khabar angin tentang kemungkinan pertukaran kerajaan sekali lagi dalam waktu terdekat ini ada pihak menyuarakan kebimbangan akan kesan perubahan tersebut kepada ekonomi negara yang semakin meruncing Bagi pakar ekonomi Prof Dr Barjoya...
Kenyataan Media Oleh Isnaraissah Munirah Majilis Ahli Parlimen P 169 Kota Belud 9hb Jun 2020

Kenyataan Media Oleh Isnaraissah Munirah Majilis Ahli Parlimen P 169 Kota Belud 9hb Jun 2020

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 413 hits
Saya terkejut bila ada portal yang menyebut 4 orang ahli parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral bermula petang tadi Saya adalah satu satunya ahli parlimen wanita daripada Warisan dengan ini menafikan bahawa s...
Anwar Pertikai Muhyiddin Sogok Jawatan Glc Kepada Ahli Parlimen

Anwar Pertikai Muhyiddin Sogok Jawatan Glc Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 380 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat syarikat berkaitan kerajaan adalah langkah kebelakang Ia juga bertentangan dengan...
Punya Lah Penakut Nak Masuk Parlimen

Punya Lah Penakut Nak Masuk Parlimen

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 322 hits
Punyalah penakut nak masuk Parlimen macam nak jumpa Malaikat Maut Agaknya dalam waktu senggang tak bersidang sempat lagi kalau nak lepaskan penyangak agaknya Dengan izin Allah jua namun adakah Allah redha perbuatan kalian Rakyat Malaysia se...
Ph Dan Sekutu Ada 107 Kerusi Parlimen Anwar

Ph Dan Sekutu Ada 107 Kerusi Parlimen Anwar

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 319 hits
Dikemaskini Hari ini 3 48 pmDikemas kini dengan laporan penuh Pakatan Harapan dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat kata Anwar Ibrahim Ketua pembangkang mendedahkan perkara itu semasa sesi siaran lang...
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft