Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal Ini Jawapan Mufti Wp


Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal, Ini Jawapan Mufti WP
Tidak dinafikan, banyak restoran dan kedai-kedai makanan viral semakin bertapak bagai cendawan tumbuh selepas hujan khususnya di dalam pusat beli-belah.
Sebagai seorang yang beragama Islam, setiap makanan yang dicicipi mestilah datang dari sumber yang halal selain mendapat pengesahan halal daripada pihak berkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Namun, sesetengah premis ini rata-rata tidak mempunyai logo atau sijil halal, sekali gus timbul persoalan mengenai adakah sah dari sudut syarak untuk makan di kedai yang tidak mempunyai logo halal ini?
Sehubungan itu, SK ingin berkongsi hukum makan di restoran yang tiada logo halal menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah
HUKUM MAKAN DI RESTORAN TIADA LOGO HALAL
SOALAN
Assalamualaikum, mohon penjelasan. Bolehkah makan di restoran-restoran viral di shopping mall yang tidak ada logo halal tetapi ramai orang Melayu makan?
RINGKASAN JAWAPAN
Hukum mencari yang halal adalah wajib. Namun begitu, makan di restoran yang tidak mempunyai logo halal sama ada di pusat membeli-belah mahupun di tepi jalan adalah diharuskan selagi makanan tersebut diyakini tidak mengandungi bahan yang haram dan proses penyediaannya menepati kehendak syarak. Sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan tersebut, maka perlu ditinggalkan dan mencari restoran makanan halal yang lain.
Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar memilih restoran yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti tempatan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengelakkan sebarang keraguan dan syubhat.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari kiamat.
Umat Islam perlu mengambil berat berkenaan status halal dan haram sebelum memilih sesuatu makanan atau minuman. Mencari yang halal merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim berdasarkan sabda Rasulullah SAW berikut:
‌أَيُّهَا ‌النَّاسُ! ‌إِنَّ ‌اللَّهَ ‌طَيِّبٌ ‌لَا ‌يَقْبَلُ ‌إِلَّا ‌طَيِّبًا. ‌وَإِنَّ ‌اللَّهَ ‌أَمَرَ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌بما ‌أمر ‌به ‌المرسلين. فقال: {يا أيها الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بما تعملون عليم}. وقال: {يا أيها الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ}. ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ. أَشْعَثَ أَغْبَرَ. يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ. يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وغذي بالحرام. فأنَّى يُسْتَجاب لِذَلِك؟
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para rasul. Firman Allah: “Wahai para rasul, makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” Firman Allah juga: “Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (halal) yang telah kami berikan kepada kamu.” Kemudian Rasulullah SAW menceritakan keadaan seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (berdoa): “Ya Tuhanku, Tuhanku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Oleh yang demikian, bagaimana doanya akan dimakbulkan?”
(Riwayat Muslim)
Status halal bagi sesuatu makanan atau minuman boleh ditentukan melalui bahan yang terkandung dalam penghasilan makanan atau minuman tersebut. Selagi makanan atau minuman tersebut diyakini tidak menggunakan sebarang bahan yang haram, maka ia dihukumkan halal.
Antara ciri-ciri makanan dalam kategori haiwan yang halal dimakan ialah haiwan yang telah disembelih secara syarak serta tidak mengandungi sebarang campuran khinzir, lemak, gelatin atau daging daripada haiwan yang tidak disembelih secara syarak. Begitu juga makanan lain yang tidak berunsurkan arak. Semua perkara ini jelas disebutkan dalam firman Allah SWT berikut:
قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-An‘am : 145)
Justeru, sebagai pengguna dan pelanggan, kita wajib mengambil maklum berkenaan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan atau minuman dan memastikan tiada sebarang bahan yang haram dimakan.
Selain itu, status halal bukan sahaja dilihat berdasarkan bahan yang terkandung dalam makanan tetapi juga diambil kira tahap kebersihan, baik dan selamat selari dengan kaedah halalan toyyiban iaitu halal lagi baik. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
Maksudnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”
(Surah al-Ma’idah: 88)
Oleh yang demikian, makanan dan minuman tersebut perlu dipastikan halal lagi baik dan proses penyediaannya menepati kaedah yang ditetapkan oleh syarak walau siapa sahaja yang menyediakannya sama ada beragama Islam mahupun tidak. Sebarang makanan yang berkemungkinan bercampur penyediaannya dengan makanan tidak halal adalah diragui kehalalannya dan perlu ditinggalkan serta berusaha mencari makanan halal yang lain. Keadaan ini sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW berikut:
دَعْ ما يَريبُك إلى ما لا يَريبُك
Maksudnya: “Tinggalkan apa yang kamu ragukan dengan mengambil apa yang kamu tidak ragukan.”
(Riwayat al-Tirmidzi)
KESIMPULAN
i. Makan di restoran yang tidak mempunyai logo halal sama ada di pusat membeli-belah mahupun di tepi jalan adalah diharuskan selagi makanan tersebut diyakini tidak mengandungi bahan yang haram dan proses penyediaannya menepati kehendak syarak. Sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan tersebut, maka perlu ditinggalkan dan mencari restoran makanan halal yang lain.
ii. Sebagai pengguna muslim, kita perlu berusaha mencari yang halal dan menjauhi sebarang perkara yang meragukan kerana ia lebih dekat kepada takwa. Berikut merupakan sedikit panduan untuk memilih makanan dan minuman di luar negara:
Mencari restoran atau kedai makan yang menyediakan makanan halal atau mempamerkan logo halal. Pastikan makanan dan minuman yang dibeli tidak mengandungi bahan yang diharamkan. Elakkan diri daripada membeli makanan atau minuman yang diragui kehalalannya. iii. Begitu juga dinasihatkan agar memilih restoran yang mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh pihak berautoriti tempatan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengelakkan sebarang keraguan.
Wallahu a’lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BACA: Saintis Turunkan Kamera Dalam Lubang Ais Antartika, Ini Yang Dirakam Di Dasarnya
BACA: Senarai Pemain Berstatus ‘Bintang’ Yang Gagal Layak Ke Piala Dunia 2026
The post Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal, Ini Jawapan Mufti WP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/21/hukum-makan-di-restoran-tiada-logo-halal-ini-jawapan-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti Wp

Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 123 hits
Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji Ini Jawapan Mufti WP Setiap tahun hampir jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berduyun duyun memenuhi tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah Dua amalan mulia ini melamba...
Awas Logo Halal Dimanipulasi

Awas Logo Halal Dimanipulasi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 139 hits
Yusmizal Dolah Aling Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassanam hmetro com mySIJIL Pengesahan Halal Malaysia mendapat pengiktirafan dunia Kuala Lumpur Bagai cop pelaris sesuatu produk Itu umpama tanda halal bagi sesuatu produk sehingga ada ...
Makan Di Restoran Top One Ikan Bakar Puteri Habour

Makan Di Restoran Top One Ikan Bakar Puteri Habour

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum WBTBERITA baik bagi penggemar Ikan Bakar di Top One BBQ Seafood Ikan Bakar dah buka cawangan baharu di Marina Walk Puteri Habour Iskandar Puteri Isnin lepas PI ajak ke sana Patutlah sejak awal dia cakap malam ni kita makan k...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

Mufti Wp Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 128 hits
Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian Dalam era moden ini pelbagai urusan jual beli dapat dilakukan dengan mudah hanya melalui hujung jari Barang kemas aksesori dan juga kepingan emas juga boleh ditempah terus se...
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wp

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 210 hits
Hukum Tunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid Di Surau Diri Jumaat Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Sudah menjadi kewajipan bagi seorang lelaki beragama Islam yang menepati syarat untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah Berikutan itu s...
Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 313 hits
Usahawan dan pempengaruh tampil memberi respon mengenai video yang tular di mana memaparkan bekas suaminya Dr Munzir Shokri sedang makan bersama seorang pelakon wanita Ujar Puteri Zarith dia tidak ambil tahu mengenai hubungan yang terjalin ...
Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 286 hits
Usai urusan di singgah makan dulu Kat mana lagi kalau bukan di LaPaROTI Dah tu je tempat makan yang ada dalam kepala ni Tak boleh fikir tempat lain dah Sebab dekat dengan rumah pun ye Senang on the way balik rumah singgah je situ Lambat sik...
Makan Di Oriental Kopi

Makan Di Oriental Kopi

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA hari ni PI ajak tengok filem di NF sama sama Hari tu tengok filem tamil Idli Kadai Kisah seorang anak yang balik ke kampung selepas ayahnya meninggal dan membuka kembali bistro ayahnya yang menjual idli Tak habi...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid