Anwar Pertikai Muhyiddin Sogok Jawatan Glc Kepada Ahli Parlimen


Wartawan MalaysiaGazette Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR – Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang.
Ia juga bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui ‘scheme of things’. Sehingga hari ini beliau masih belum memberikan apa-apa respon terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai ‘deafening silence’,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya malam ini.
Beliau mengulas perkara itu sempena 100 hari kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin yang didakwanya terbina atas babak pengkhianatan sesetengah pemimpin politik terhadap mandat rakyat.
Anwar juga mempersoalkan ikrar Muhyiddin kepada rakyat Malaysia agar ahli-ahli Kabinet akan melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti.
“Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan,” katanya.
Perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman juga didakwanya memberi gambaran jelas kepada orang ramai bahawa akan ada ramai lagi jerung lain yang akan dibebas dan dilepaskan.
“Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?
Kerajaan hari ini seolah-olah berusaha keras untuk membalikkan usaha Pakatan Harapan memperbaiki Malaysia di mata dunia. Transparency International Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 51 pada tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018. Apakah tahun 2020 akan tenat berbanding tahun-tahun sebelum ini?” soalnya.
Muhyiddin juga, katanya, telah melakukan beberapa pengumuman terkait Covid-19 yang melibatkan berbilion ringgit tanpa diimbangi Parlimen.
“Telah saya suarakan dalam pelbagai medium bahawa kerajaan mesti membentangkannya di Parlimen agar perincian dapat dipastikan, dan apa yang mustahak adalah untuk mengelak kebocoran dan ketirisan dari berlaku dan seterusnya menafikan hak kumpulan sasar.
“Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres. Apa yang menghalang Perdana Menteri dari mengambil contoh dan teladan yang sama? Legasi jenis apakah yang Perdana Menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?” soal Anwar.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/anwar-pertikai-muhyiddin-sogok-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Sprm Terhadap Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin Isu Sogok Jawatan Glc

Laporan Sprm Terhadap Pm Tan Sri Muhyiddin Yassin Isu Sogok Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 338 hits
Pemuda Parti Amanah Negara membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa berlaku suapan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan oleh kerajaan Perikatan Nasional
Laporan Polis Dibuat Terhadap Ahli Parlimen Yang Memegang Jawatan Glc

Laporan Polis Dibuat Terhadap Ahli Parlimen Yang Memegang Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 364 hits
AIMEkoran sebuah klip video yang mengandungi audio yang dikatakan mirip suara Muhyiddin Yassin yang berupa cadangan sogokan GLC kepada Ahli Parlimen dari UMNO satu laporan polis telah dibuat oleh aktivis Pakatan Harapan Laporan polis itu be...
Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 354 hits
Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah kata Dr Mahathir Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 13
Anwar Bidas Muhyiddin Diam Diri Dakwaan Tawar Jawatan Pada Pemimpin Umno

Anwar Bidas Muhyiddin Diam Diri Dakwaan Tawar Jawatan Pada Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 374 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim membidas Muhyiddin Yassin mendiamkan diri berhubung rakaman audio tidak disahkan yang mengaitkan perdana menteri itu didakwa menjanjikan jawatan dalam kerajaan kepada pemimpin Umno untuk menyertai PP...
129 Ahli Parlimen Masih Dalam Proses Kata Anwar

129 Ahli Parlimen Masih Dalam Proses Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 367 hits
Persoalan sama ada Pakatan Harapan mempunyai 129 ahli parlimen di pihaknya masih dalam proses dan belum dimuktamadkan kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Namun menurut beliau perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat ahli parlimen PKR semal...
Bolehkah Ahli Parlimen Memegang Jawatan Berpendapatan

Bolehkah Ahli Parlimen Memegang Jawatan Berpendapatan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 481 hits
Pada 12 Mei lalu Kerajaan Tebuk Atap yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik bekas Menteri Pendidikan Dato Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad Tahun lepas Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain lain ...
Adun Pun Tidak Ahli Parlimen Pun Tidak Khairuddin Yang Hilang Jawatan Perlu Bertenang

Adun Pun Tidak Ahli Parlimen Pun Tidak Khairuddin Yang Hilang Jawatan Perlu Bertenang

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 365 hits
Merujuk kepada apa yang dilaporkan saya menyedari betapa pahitnya Khairuddin otak udang ini menghadapi situasi hilang segala galanya apabila kerajaan PH tumbang angkara gerombolan pengkhianat Semua tahu mamat yang tewas bertanding di Jasin ...
Muhyiddin Cadang Beli Wakil2 Rakyat Umno Dgn Jawatan Glc

Muhyiddin Cadang Beli Wakil2 Rakyat Umno Dgn Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 440 hits
Kita ambik sorang2 UMNO Kita tawar jawatan GLC Kita tawar jawatan menteri Rakaman diambil pada mesyuarat BERSATU pada 23hb Februari sejurus sebelum Langkah Sheraton Di dalam rakaman ini dapat diambil beberapa fakta 1 Tan Sri Muhyiddin meman...
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Baju Raya Haji 2025

Kurma Muda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support