Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal



Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? Mendengar kisah pasangan suami isteri ini tentunya ia memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu memulakan perniagaan. Ini kerana bagi sesetengah perniagaan ia memerlukan modal yang banyak. 
Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? Sebenarnya tidak, tanpa modal sesiapa boleh menjana pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu asalkan tahu caranya

Bagi usahawan muda Che Eddie Asuan Che Aziz, 23, yang dikenali sebagai Eddie Asuan - dia mula berniaga pada usia 21 tahun tanpa modal yang hanya sebagai ejen dropship menjual monopod

“Ketika itu saya masih menuntut dalam jurusan diploma perniagaan di Politeknik Shah Alam. Keuntungan yang saya kumpul ketika itu sekitar RM5 hingga RM15 saja. Sebagai pelajar tentulah ianya sangat menggembirakan dan menyuntik semangat untuk terus meningkatkan hasil jualan,” katanya

Selepas tamat pengajian, disebabkan kemahuan menambah ilmu mengenai perniagaan menebal, Eddie menyertai pelbagai seminar keusahawanan dan bersahabat dengan rakan yang turut berniaga. 
Pada masa yang sama seorang sahabat Eddie memesan 100 monopod dari China

Disebabkan masa itu Eddie belum bekerja, dia mengambil inisiatif menjual monopod menerusi Facebook dan Instagram

“Dengan ilmu pemasaran yang saya pelajari, kurang sebulan 100 monopod habis terjual. Saya terpaksa menambah stok disebabkan permintaan sangat tinggi. Namun pada waktu memuncak ramai pesaing mula menjual pada harga jauh lebih murah. Ini menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain dengan mempelbagaikan produk,” katanya

Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? 
Antara produk yang dipasarkan adalah aksesori telefon bimbit seperti powerbank dan FisheyeLens. Namun Eddie tidak menjual secara bersendirian, sebaliknya mencari ejen dropship menerusi Instagram sehingga berjaya mengumpul hampir 450 ejen

Eddie tidak membiarkan ejennya begitu saja, sebaliknya mengajar mereka teknik menghasilkan jualan dengan hanya duduk di rumah. Kebanyakan ejen adalah pelajar universiti yang ingin mencari pendapatan sambilan

“Dengan adanya 450 ejen saya tidak sangka jualan menjadi ‘huru-hara’. Pesanan menerusi WhatsApp mencecah 100 hingga 200 sehari menyebabkan bahagian pengeluaran jadi tidak menentu

“Bayangkan dengan tiada pekerja semua perkara saya lakukan sendiri termasuk membungkus barang, mengepos dan mengambil stok. Apabila keadaan tidak ‘terkawal’ saya terpaksa meminta emak dan abang untuk sama-sama membungkus barang di rumah

“Saya terpaksa mengambil beberapa pekerja yang ditugaskan menjawab pesanan menerusi WhatsApp dan membungkus barang. Keadaan ini memaksa saya menyewa pejabat bagi memudahkan urusan menyimpan stok dan menjalankan kerja pejabat,” katanya

Bermula zaman kejatuhan
Sampai satu masa Eddie mendapati teknik pemasaran yang diamalkan menjadi kurang berkesan. Iklan yang dijalankan menerusi Facebook dan Instagram tidak lagi mampu menarik pelanggan. Ini menyebabkan pendapatan bersih yang diperoleh sekitar RM30,000 hingga RM40,000 sebulan merosot teruk

“Saya cuba mencari puncanya. Selepas muhasabah diri, saya mula menyedari yang saya lalai mengingati Allah. Disebabkan terlalu sibuk bekerja, saya mula lewatkan solat dan meninggalkan sedekah

“Lalu saya kembali mendekatkan diri kepada Allah, bersyukur dan memperbanyakkan sedekah. Alhamdulillah hidup kembali tenang perniagaan saya berkembang semula,” katanya yang mula beralih kepada menjual produk membakar lemak pula kerana tidak suka kekal dengan satu produk saja

Tidak sangka dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari menerusi seminar perniagaan, produk membakar lemak ini Eddie berjaya mengumpul 50 ejen di seluruh Malaysia sehing­ga terpilih sebagai stokis terbaik selama sembilan bulan berturut-turut

Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? 
“Sudah tentu kejayaan ini sangat membanggakan kerana ia membuktikan dengan ilmu dan teknik yang betul sesiapa juga boleh berjaya dalam perniagaan,” katanya

Hasilkan produk sendiri
Berkahwin pada usia 23 tahun dengan Nurhasinah Mohd Idris, Eddie semakin bersemangat untuk terus membina empayar perniagaan sendiri

Dengan semangat yang diberikan Nurhasinah, Eddie mula terfikir sampai bila mahu menjual produk orang lain

“Selepas membuat kajian dan meneliti kehendak pasaran akhirnya kami mengeluarkan produk Deina iaitu untuk pelangsingan dan menurunkan kolesterol. Sejak dikeluarkan dua bulan lalu hampir 2,000 botol sudah dijual menerusi sistem ejen,” kata Eddie

Mereka memanfaatkan kelebihan masing-masing dengan sebaiknya - Eddie di bahagian operasi dan pemasaran manakala Nurhasinah dalam kewangan - menjadikan perniagaan suami isteri ini bertambah mantap

Dengan pendapatan sekitar RM120,000 sebulan, bagi Eddie sesiapa juga boleh berjaya asalkan mempunyai ilmu memasarkan produk serta mentor dalam bisnes, selain perlu bertindak bagi memastikan apa yang dipelajari dipraktikkan

“Jangan terburu-buru menghasilkan produk sendiri walaupun anda lahir dalam keluarga berpendapatan tinggi. Sebaliknya gunakan modal paling rendah atau menjadi ejen dropship terlebih dulu kerana tidak memerlukan modal dan tak perlu simpan stok

“Paling penting jaga hubungan dengan Allah, solat pada awal waktu, sedekah dan bersyukur. Walaupun sedikit yang anda peroleh, perlu bersyukur bagi mendapat rezeki lebih besar,” katanya yang turut mengadakan seminar pemasaran untuk stokis dan ejen

Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? 

Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Hanya Mengumpul Email

Bagi menjana pendapatan tambahan, anda hanya memperkenalkan peluang menjana pendapatan kepada mereka yang dahagakan pendapatan tambahan tanpa modal

Kami akan menyediakan laman web khas untuk anda promote di Fbook, group whatsapp dan group telegram

Jika mereka berminat mereka akan melanggan cara-cara membina pendapatan tambahan. 
Aktiviti menjual produk akan dbuat oleh sistem. Ini termasuk follow-up setiap hari kepada pelanggan hingga 'close sale'. 
Bila terjual, anda akan mendapat 40% komisyen. Jadi tugas anda hanya promote laman webkhas sahaja

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 
Sila klik:
Cara Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Hanya Mengumpul Email

Untuk keterangan lanjut sila layari Bagaimana Eddie Memulakan Perniagaan Tanpa Modal? 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/04/bagaimana-eddie-memulakan-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Modal Ruu Akta 355 Mula Dimainkan Semula Setelah Hadi Sendiri Gagal

Modal Ruu Akta 355 Mula Dimainkan Semula Setelah Hadi Sendiri Gagal

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 304 hits
MODAL RUU AKTA 355 MULA DIMAINKAN SEMULA SETELAH HADI SENDIRI GAGAL Sewaktu awal2 dulu Pas nak bawa usul RUU Akta 355 kita dah beritahu elok bincang lebih mendalam elok bawa dalam select komiti yg dianggotai oleh pakar2 dlm bidang undang2 I...
Kuartal I 2019 Pasar Modal Himpun Dana Rp 28 34 Triliun

Kuartal I 2019 Pasar Modal Himpun Dana Rp 28 34 Triliun

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 230 hits
Otoritas Jasa Keuangan menilai stabilitas sektor jasa keuangan masih terjaga dengan baik hingga kuartal I 2019 OJK juga mencatat penghimpunan dana di Pasar Modal sepanjang kuartal tersebut mencapai Rp 28 34 triliun
Modal 150 Remaja Kaya Sekelip Mata Trade Dalam Forex

Modal 150 Remaja Kaya Sekelip Mata Trade Dalam Forex

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 409 hits
Hanya dengan bermodalkan wang 150 siapa sangka Edward Ricketss 16 yang melabur dalam pasaran matawang atau Forex mampu mengaut pulangan lumayan selepas berjaya menggandakan modal kecil miliknya menerusi teknik yang hanya dipelajari menerusi...
Tkn Sebut Modal Jokowi Di Debat Pamungkas Pengalaman Jadi Walkot Hingga Presiden

Tkn Sebut Modal Jokowi Di Debat Pamungkas Pengalaman Jadi Walkot Hingga Presiden

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 261 hits
Debat kelima diselenggarakan di Hotel Sultan Sabtu Tema yang diangkat adalah ekonomi kesejahteraan sosial keuangan dan investasi serta perdagangan dan industri
Hingga Minggu Kedua April Modal Asing Masuk Ri Capai Rp 91 Triliun

Hingga Minggu Kedua April Modal Asing Masuk Ri Capai Rp 91 Triliun

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 250 hits
Bank Indonesia mencatat hingga pekan kedua di bulan April capital inflow atau aliran modal asing yang masuk ke Indonesia telah mencapai Rp 91 triliun Dana tersebut masuk melalui berbagai instrumen keuangan ke pasar domestik terutama di pasa...
Perusahaan Efek Daerah Bakal Ciptakan Lapangan Kerja Bidang Pasar Modal

Perusahaan Efek Daerah Bakal Ciptakan Lapangan Kerja Bidang Pasar Modal

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 215 hits
Kepala Eksekutif Pengawas Pasar Modal OJK Hoesen menuturkan perusahaan efek daerah tersebut dapat memperluas akses pasar modal mulai dari produk lapangan pekerjaan dan investor ke depannya
Lindungi Investor Ojk Siapkan Aturan Untuk Kumpulkan Uang Denda Di Pasar Modal

Lindungi Investor Ojk Siapkan Aturan Untuk Kumpulkan Uang Denda Di Pasar Modal

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 202 hits
Kepala Eksekutif Pengawas Pasar Modal OJK Hoesen menuturkan saat ini pihaknya menyiapkan sistem disgorgement fund Sanksi dari denda pelaku yang melanggar kegiatan di pasar modal akan dibagikan kepada investor yang dirugikan
Bi Beberkan 2 Modal Indonesia Tarik Investasi

Bi Beberkan 2 Modal Indonesia Tarik Investasi

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 168 hits
Modal pertama yang dimiliki kawasan ASEAN yakni kondisi perekonomian yang kondusif Ini tampak dalam pertumbuhan ekonomi rata rata negara di kawasan yang melampaui pertumbuhan ekonomi global
9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan

9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1209 hits
9 Daripada 10 Pintu Rezeki Datangnya Daripada Perniagaan Ada orang keje kuat tak kaya ada orang keje sikit kaya kenapa Jawapanya senang je 9 daripada punca rezeki datang daripada berniaga Apa maksudnya Jika anda berniaga anda dapat sembilan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value