Bagaimana Dadah Dan Kongsi Gelap Membiayai Kegiatan Pengganas Komunis
Kedatangan imigran Cina dan India membawa bersama kemasukan candu dan ganja ke Tanah Melayu. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, banyak lombong bijih timah dan kilang-kilang tidak dapat berfungsi akibat dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Ini menyebabkan pengangguran yang tinggi dalam kalangan masyarakat Cina.
Pengaruh Parti Komunis Malaya yang semakin kuat disebabkan sokongan kuat dari kalangan penganggur-penggangur Cina. Akibatnya, ramai yang terlibat dengan kegiatan haram penjualan dadah candu dan ganja melalui kongsi-kongsi gelap. Kongsi-kongsi gelap ini kemudian menyokong PKM dan memberi bantuan kewangan dan moral. Malahan kesatuan-kesatuan sekerja yang ditubuhkan juga terlibat dengan perniagaan dadah dan candu.
Pada tahun 1948, apabila Darurat diisytiharkan oleh British menyebabkan ahli-ahli PKM melarikan diri ke hutan. Kegiatan subversive PKM kemudian mendapat dana daripada perniagaan dadah kongsi gelap. Denai-denai lorong tikus digunakan oleh ahli-ahli PKM untuk membawa masuk dadah dari segitiga Indochina melalui Thailand dalam tahun 50an hingga 70an. Kejayaan rancangan Briggs menyebabkan PKM tidak boleh bergantung kepada pensimpati-pensimpatinya apabila Rancangan Kampung Baru dilaksanakan oleh British. Ini menyebabkan PKM begerak secara bawah tanah bersama dengan ahli-ahli kongsi gelap bagi meneruskan kegiatan PKM.
Sebagai tindak balas British dengan permasalahan ini, British membenarkan kegiatan-kegiatan kongsi gelap yang disahkan dengan undang-undang perniagaan. Ini bermaksud, terdapat syarikat-syarikat perniagaan yang sah di sisi undang-undang menjalankan kegiatan perniagaan haram seperti dadah dan senjata api. Matlamat British adalah untuk menyusupkan perisik-perisiknya ke dalam jaringan perniagaan kegiatan bawah tanah yang dikongsi bersama PKM dengan kongsi gelap sebenar.
Kegiatan ini selaras dengan fasa kedua Darurat yang berlangsung antara 1961 hingga 1990. Ini menyebabkan operasi PKM terjejas teruk selepas berlakunya beberapa siri tangkapan dan pembunuhan ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Kejayaan demi kejayaan dalam pembanterasan perniagaan haram ini akhirnya melumpuhkan kewangan PKM dan memaksa PKM berundur dan beberapa pemimpinya melarikan diri ke China.
Satu perjanjian damai yang ditandatangani di Hadyai pada tahun 1990 menandakan berakhirnya gerakan penentangan bersenjata PKM. Selepas tahun 1990, syarikat-syarikat perniagaan ini telah beralih kepada politik sebenar. Akibatnya pemonopolian kuasa, wang dan perniagaan haram mulai tumbuh secara tidak langsung. Ada kalanya terdapat pembiayaan wang politik hasil daripada syarikat-syarikat tersebut. Kini kegiatan ini masih hidup walupun sukar dibuktikan penglibatannya dalam dunia politik.
Kongsi gelap masih lagi wujud di Malaysia dan apakah masih ada hubungan mereka dengan parti-parti politik?, fikir-fikirkan-KM
Rujukan:
Burleigh, Michael (2013). Small Wars, Faraway Places: Global Insurrection and the Making of the Modern World 1945-1965. New York: Viking - Penguin Group. p. 164. ISBN 978-0-670-02545-9
Bruce Cumings (1998). The Global Politics of Pesticides: Forging Consensus from Conflicting Interests. Earthscan. p. 61.
Malayan Emergency, 1950–60". Australian War Memorial. Archived from the original on 3 May 2008. Retrieved 23 October 2011
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.krissmerah.com/2020/06/bagaimana-dadah-dan-kongsi-gelap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))