Tak Semua Ada Rumah Dan Ruang Besar Arkitek Kongsi Panduan Letak Rak Buku Yang Sesuai Di Rumah
Bagi yang benar-benar gemar membaca buku, pastinya merasakan bahawa ruang-ruang yang ada di dalam rumah tidak cukup untuk menampung buku yang banyak.
Ruang atau bilik seperti perpustakaan mini di dalam rumah semestinya menjadi idaman setiap penggemar buku.
Pun begitu, tidak semua orang mempunyai rumah dan ruang yang besar terutama yang dihuni oleh ahli keluarga yang ramai.
Sedar akan hal ini, pereka bentuk hiasan dalaman, Khairunnisa Hamzah memberikan panduan untuk meletakkan rak buku di dalam rumah.
Rak buku sepatutnya letak di mana?
Sebagai seorang pembaca buku tegar dan sebagai seorang perekabentuk hiasan dalaman dan juga perkakas kediaman, suka saya kongsikan hal ini.
Letaklah buku di mana-mana sahaja yang mudah untuk dicapai dan dibaca.
Asasnya ialah, letak di mana ia akan dibaca.
Jika ada ruang bacaan khas, Alhamdulillah.
Jika ada bilik bacaan khas, Alhamdulillah.
Itu rezeki namanya.
Rezeki orang tidak sama.
Ada juga yang tiada ruang, maka walau di situ ruang tamu, di situ jugalah ruang letaknya buku.
Kerana ruang tamu itulah ruang multipurpose buat mereka sekeluarga.
Di situ membaca,
Di situ menonton,
Di situ solat,
Di situ makan,
Hatta ada juga disitulah tidur
Iaitu seperti kami anak beranak yang tinggal dalam rumah studio 400 sqft ini saja.
Saya pernah buat makeover rumah orang dan hampir ke semua rumah yang saya buat makeover ini ada koleksi buku mereka tersendiri.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Ada yang dimuatkan di ruang tamu, ada yang punya ruang membaca khas, ada yang punya ceruk-ceruk rahsia dan istimewa, hatta ada yang sanggup melaburkan peruntukkan untuk bina loteng bagi mewujudkan perpustakaan di rumah mereka sendiri.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Kebanyakkannya persifat peribadi. Buku-buku yang dimiliki mampu mencerminkan watak dan peribadi seseorang. Jadi terpulang kepada tuan rumah sama ada mahu berkongsi gagasan pemikirannya atau tidak.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Semasa membuat homestay buku, saya mengaplikasikan rak buku di ruang buku bakal dibaca.
Jadinya, rak buku berada di merata tempat mengikut kategori buku. Kerana setiap kategori buku ada mood dan suasana tersendiri yang akan memungkinkan ia diambil dan dibaca.
Misalnya,
1.Buku masakan di dapur
2.Buku kanak kanak di bilik kanak-kanak
3.Buku motivasi diri di ruang kerja
4.Buku motivasi agama di sisi katil
5.Buku perlancongan dan hobi di ruang keluarga
6.Majalah di ruang tetamu
7.Buku amalan di ruang ibadah
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Apabila buku merupakan pemilikan peribadi, adalah menjadi hak si pemilik untuk meletakkan buku di mana
Pemilik berhak menentukan sama ada buku-bukunya menjadi pemilikan eksklusif atau boleh dikongsi baca dengan orang ramai sekali.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Oh, ya. Teringat saya masa membuat salah satu projek makeover rumah, kata si ibu :
“Puan, di sini buku anak saya. Dia simpan buku koleksinya di dalam almari baju ini. Dia tidak mahu adik-beradiknya usik kerana khuatir koyak dan rosak. Mungkin puan ada idea bagaimana nak keluarkan buku-buku ini dari almari baju ini tetapi masih terpelihara dari diusik dan dirosakkan”
Maka, di situ kita dapat melihat bagaimana usaha seseorang bagi melindungi pemilikannya.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Jika seorang budak pun pandai menjaga bukunya, apa lagi orang dewasa yang kadang kala banyak melabur pendapatan ke atas buku-bukunya.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Jika tuan rumah meletakkan buku di ruang tamu dan mahu berkongsi bukunya dengan tetamu, itu adalah bonus buat tetamu.
Sebagai tetamu pula, kita hendaklah beradab. Sebelum mengambil dan baca buku tuan rumah, perlu minta izin kerana itu adalah pemilikan tuan rumah yang sama perlu kita hormati pemilikannya.
Gambar: Khairunnisa Hamzah
Teringat saya akan arwah pakcik Dusun Buku yang menginfakkan 10,000 buah buku di Dusun bukunya untuk dibaca ramai oleh sesiapa sahaja yang datang berkunjung.
Semoga pahala arwah melimpah-limpah dengan sumbangan arwah sepanjang hidup dan setelah meninggal dunia.
Memberi izin orang lain membaca buku kita juga adalah satu kebaikan. Kerana apabila seseorang dapat membaca walau satu ayat dan terkesan ke dalam sanubarinya lalu dia mengamalkan apa yang dibaca, maka kita juga ada saham pahala di situ. Kerana memberi pinjam baca walau sebentar saja.
Hari ini saya dapat idea baru dengan kepadatan isi rumah kami ini dengan buku yang tidak berkesudahan, “Bang, boleh tak kita buat loteng pink tu jadi perpustakaan? Sebab nak semua buku pada aras mata dan mudah dicapai”
“Okey, jom kita buat projek perpustakaan loteng Mommy”
Wah! Perpustakaan bersilalah jawabnya. Nak baca buku di rumah kami, akan ada satu pengalaman baru. Membaca sambil bersila di atas lotenglah jawabnya.
Alhamdulillah, pujukkan berjaya.
Bagaimana rupa?
Kita tunggu, ya
Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Penulis buku Dekor Dekor Cinta
http://bit.ly/DekorDekorCinta
#malaysiamembaca
#rakbuku
#mommydaddydecor
#dekorbersebab
#dekormengikutfungsi
Sumber: Khairunnisa Hamzah
The post “Tak Semua Ada Rumah Dan Ruang Besar,” Arkitek Kongsi Panduan Letak Rak Buku Yang Sesuai Di Rumah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/28/tak-semua-ada-rumah-dan-ruang-besar-arkitek-kongsi-panduan-letak-rak-buku-yang-sesuai-di-rumah/