Umpan Nak Beri Duit Raya Entah Siapa Minta Gambar Anak Kita Pun Kongsi Bahaya


Bahaya ada di mana-mana. Hatta di media sosial juga. Dengan itu, ibu ayah perlu lebih berhati-hati ketika mengakses internet. Adalah normal status seperti “Jom kongsikan gambar anak-anak Mama. Saya nak beri duit raya.” Adakah pemilik akaun tersebut benar-benar ikhlas atau dia sebenarnya seorang pedofilia?
Di laman Facebooknya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi ada bercerita tentang hal ini:

Parents, tolonglah berhati-hati di media sosial ni!
Ni bukan kali pertama hal begini berlaku. Seseorang individu yang berkemungkinan besar awak tak kenal pun tiba-tiba menulis,
“Hai semua, cuba tempek gambar anak ampa yang comel-comel. Nak bagi duit raya ni.”
Artikel Menarik: [Jangan Makan Jajan Depan Anak. Makan Makanan Yang Sihat Kalau Nak Anak Contohi]
Maka, menderu-deru emak-emak letakkan gambar raya anak. First thing first, fikirlah dulu yang menulis tu siapa. Kalau nama pemilik acc perempuan, kau yakin ke tu betul-betul perempuan dan bukan fake acc?

Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar budak untuk tujuan yang tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophlie? Kalau dimasukkan ke laman web child porn?
Fikir panjang sikit. Jangan orang tu letak caption nak bagi duit raya, kau kemain excited dok tempek gambar anak. Walau orang tu real acc sekalipun, jangan bagi!
Dulu pernah juga viral hal yang mirip-mirip begini. Datang seorang lelaki dalam satu group, kenalkan diri dia doktor, kemudian minta gambar faraj budak perempuan. Katanya, nak check kot ada keputihan/ kulat (lebih kurang begini caption).
Gilanya adalah, menderu-deru emak-emak letakkan gambar kemaluan anaknya di situ. Siap tanya ni normal ke doktor.

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Puan oi, nak dapatkan konsultansi kesihatan samada untuk kau, suami atau anak, bukan di media sosial. Dr Imelda tu rasanya dah banyak kali membebel pasal ni, kena pergi klinik, pergi hospital, jumpa doktor, bukan di media sosial.
Dan sekarang, mari fikirkan bersama, apa yang ‘doktor’ tu nak buat dengan gambar kemaluan anak? Dan saya ulang kembali ayat perenggan yang kelima.

Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar kemaluan budak untuk tujuan tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophile? Kalau disebarkan ke laman web child porn?
Sahabat saya, Tuan Akhtar Syamir pun pernah berhadapan situasi begini di group telegram beliau. Modus operandi yang sama, muncul di situ, klaim sekian-sekian individu dan minta gambar kemaluan anak perempuan, kot-kot ada masalah kesihatan.
Dengar ya, negara Malaysia ni nombor 1 paling banyak mengakses child pornography di Asia Tenggara!
Artikel Menarik: [Duit Raya Anak, Hak Anak. Jika Terguna Ibu Ayah Wajib Bayar Semula]
Pedofilia (remaja atau dewasa) yang ada ketertarikan secara seksual kepada kanak-kanak yang belum akil baligh ni ada di sekeliling kita. Kita tak kenal siapa mereka.
Bila viral, baru orang sedar golongan sebegini wujud. Kes adik Nurin Jazlin dahulu, kes mahasiswa Malaysia di Eropah yang menyimpan puluhan ribu gambar serta video lucah kanak-kanak.
Begitu juga kes seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia ditahan di airport sebab simpan lebih 900 gambar video kanak-kanak, kes kanak-kanak perempuan dicabul lelaki dewasa di kedai serbaneka di Rawang.

Ditambah pula kes kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dicabul di dalam tandas Mall di Ipoh. Itu belum lagi kes yang betul-betul gila dan menjijikkan, seorang tua 68 tahun nak merogol cucu berusia 11 tahun.
Ini semua kisah yang real ya tuan puan! Bukan direka-reka. Mak ayah tolonglah jadi pandai sikit, terutamanya emak-emak ni.
Janganlah ikut trend emak bapak yang nak anak jadi instafamous, ikut artis sana sini, nak anak possing macam orang dewasa, pakaikan anak pakaian seksi untuk secebis likes dan followers dan paling teruk share gambar zakar anak lelaki yang dilukis gajah demi meraih perhatian netizen.
Nak upload gambar anak boleh, tapi biarlah gambar bersama mak ayahnya, bukan gambar seorang penuh, bukan gambar pakai pakaian renang, bukan gambar pose gedik macam budak tiktok dan bukan pula gambar kemaluan anak.
Saya harap sangat kawan-kawan sebarkan post saya ni. Biar ramai lagi faham pasal benda ni.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Maaf, gambar telah dikaburkan. Saya perolehi gambar ini pun dari Dr Chaku Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberi pendedahan kepada ibu ayah tentang bahaya yang ada sekiranya kita terlalu taksub berkongsi gambar dan maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam kalangan kita, ada ‘buaya’ yang menunggu mangsanya. Sungguh malang, kerana kita tidak mengenali golongan pemangsa ini. Maka, berhati-hatilah.
The post Umpan Nak Beri Duit Raya. Entah Siapa Minta Gambar Anak, Kita Pun Kongsi. Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/umpan-nak-beri-duit-raya-entah-siapa-minta-gambar-anak-kita-pun-kongsi-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Raya Anak Hak Anak Jika Terguna Ibu Ayah Wajib Bayar Semula

Duit Raya Anak Hak Anak Jika Terguna Ibu Ayah Wajib Bayar Semula

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 654 hits
Setiap kali raya anak anak pasti teruja mengumpul duit raya Ada sesetengah tu duit raya akan di simpan dalam bank dan ada juga anak anak yang menggunakan duit raya untuk membeli barang yang diidamkan Bagaimanapun ada ibu bapa yang terpaksa ...
Resipi Sate Paling Simple Nak Buat Rasa Sedap Hidang Masa Raya Anak Pun Suka

Resipi Sate Paling Simple Nak Buat Rasa Sedap Hidang Masa Raya Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 539 hits
Selain rendang ketupat dan lemang sate juga turut digemari untuk dijadikan juadah ketika musim perayaan Orang kata renyah sikit nak buat sate ni tapi perkongsian yang dibuat oleh Mufidah Jamil menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni mudah...
Hukum Ibu Ayah Ambil Dan Guna Duit Raya Anak

Hukum Ibu Ayah Ambil Dan Guna Duit Raya Anak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 758 hits
Hukum Ibu Ayah Ambil Pakai Duit Raya Anak Duit raya anak anak tak boleh mak pak pakai walaupun seringgit biarpun untuk membeli keperluan susu dan lampin anak anak itu sendiri Hukumnya haram kalau Ibu ayah tak ganti semula duit anak anak yan...
Elizad Dah Bersedia Nak Jawab Persoalan Tentang Anak Di Hari Raya Mohon Doa Yang Baik Baik Sahaja

Elizad Dah Bersedia Nak Jawab Persoalan Tentang Anak Di Hari Raya Mohon Doa Yang Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 475 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri Namun itu semua ketentuan dari Ilahi sama ada rezeki anak itu datang dengan cepat atau lambat Pelakon dan pengacara Siti Elizad akui sudah bersedia berdepan ...
Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

Beraya Dalam Norma Baru 20 Gambar Selebriti Sambut Hari Raya Meriah Dengan Anak Anak Sedondon Ceria Semuanya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 533 hits
Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun tahun terdahulu Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid 19 Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan m...
Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya Macam Mana Nak Report Dm Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya Macam Mana Nak Report Dm Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 593 hits
Sebelum ini Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah kepada orang ramai membuat aduan terhadap sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan kepada pihak berkuasa Patuh dengan arahan seorang wanita dipercayai tinggal di Kedah membu...
Sharnaaz K0ngsi Gambar Raya Anak Nabila Sekali Dato Aliff Komen

Sharnaaz K0ngsi Gambar Raya Anak Nabila Sekali Dato Aliff Komen

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 385 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad tetap menyambut Hari Raya bersama anaknya Jebat Jayden di rumah keluarga Noor Nabila meskipun mereka masih dalam proses percera1ian Sharnaaz K0ngsi Gambar Raya anak Nabila sekali Dato Aliff komen
Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 368 hits
Perkembangan sosial kanak kanak bermula sejak bayi lagi Ia merupakan satu proses dimana mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan budaya dan masyarakat setempat Apabila anak sudah mula pandai bercakap me...
Lagu Di Hari Yang Mulia Dari Senario Ni Buat Peminat Terubat Rindu Tak Sabar Nak Raya

Lagu Di Hari Yang Mulia Dari Senario Ni Buat Peminat Terubat Rindu Tak Sabar Nak Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 578 hits
small Cover image via Instagram senariounion span span small Kebanyakan 90s kids pasti ingat kumpulan pelawak Senario Suatu ketika dahulu kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air br br p...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad