Masak Australian Wagyu Striploin


 Assalamualaikum WBT


 PAGI tadi, adik Sk, Cikwa beritahu, KL hujan lebat. Masa tu Sk dah sampai Kempas, tengok langit cerah, tak ada tanda-tanda nak hujan. Sampai kolej, pergi kantin, tapau nasi lemak. Hari-hari ada jer nasi lemak kat kantin tapi Sk jarang la nak makan nasi lemak. Tapi, tadi terasa nak makan nasi lemak, rasa jemu pulak asyik makan mihun goreng, hehehe. Lepas makan, tengok cuaca mula mendung. Tak lama hujan, tapi sekejap ajelah. Hujan lalu jer, tanah pun tak basah.




Cerita hari ahad lepas, punyalah rajin ek, siang tu Sk masak Kari Ikan. Biasanya kalau dah makan tengahari kat rumah, petang-petang tu kami jalan-jalan kat mall dan terus pergi makan malam sekali, kan. Tapi, hari tu, tak ya, malam tu Sk masak Australian Wagyu Striploin yang PI beli kat Lee's Fandbee, masa balik dari kenduri kahwin anak En Nas.



PI beli dua keping daging Wagyu Australia ni. Sekeping tu RM50+. Merasalah makan daging Wagyu Australia, ni kalau makan kat restoran, dah berapa harganya. Jadi, kita keluar modal sikit, masak sendiri. Penat sikitlah tapi, hihihi. Lagipun, murahlah harga daging Wagyu kat Lee's Fandbee tu. Kalau dekat Jaya Grocer, jangan berangan la dapat wagyu harga 50




Fries ni pun beli dekat Lee's Fandbee jugak. Ini jenama güd. PI kata, sedap fries ni. Sk cakap, kalau tak pandai goreng pun tak sedap jugak, hihi. Fries ni kalau nak sedap kena goreng dengan api sederhana kecil dan lama. Baru dia garing di luar gebus di dalam. Lepas angkat tu, toskan minyak, tabur garam dan serbuk lada hitam. Biasanya, kalau nak masak steak atau yang sepertinya, mula-mula Sk akan goreng fries dulu. Minyak tak perlu banyak asalkan sepertiga fries terendam dalam kuali, nanti boleh balik-balikkan. Tapi, kalau tak sayang minyak, boleh jugak goreng terendam terus




Sambil tu boleh sediakan salad. Ni Sk beli salad ready to eat dekat pasaraya maslee. Tomato tu Sk tambah lain. Selalu salad ready to eat ni tomatonya dua tiga biji jer dia letak dalam satu bekas tu




PI minta buatkan kacang panggang jugak. Ni kerja mudahlah, panaskan butter dalam kuali, letak kacang panggang dalam tin dan renihkan. Dah ada tiga side dish ni, PI nak ada brokoli jugak. Sk kata, tak payah. Banyak sangat side dish. Kalau dekat kedai, boleh pilih dua side dish jer kan, hihi




Untuk sos steak, Sk tuang aje sos bbq dari botol, tambah air sikit, letak lada hitam tumbuk kasar. Demi glace powder untuk sos steak tu dah Sk buang sebab dah lama, nasib baik la jumpa sos bbq ni dalam esbox. Malas nak buat from the scratch , biasa guna yang ready made jer senang




Dah siap semua side dish dan sos, baru Sk mula panggang daging. Tak mahulah beli daging mahal-mahal tapi salah teknik, jadi semua ni dah siap baru Sk mula memanggang. PI tak tolong langsung ni, Sk cakap tak payah. Lagipun dia dah belanja daging tu, kan, takpe la kita buat sorang. Sebenarnya nanti makin berkecah kalau dia masuk dapur sekali, hihi




Teknik memasak daging Wagyu:
1. Panaskan kuali (api sederhana) dan tuangkan minyak zaitun atau mentega. (Sk letak mentega). Biarkan ianya memanas sehingga paling panas. Letakkan daging atas kuali, biarkan selama 1 minit. Jangan tekan daging, biar sahaja


2. Selepas 1 minit, terbalikkan daging. Ambil sudu atau senduk kecil, curahkan minyak dari kuali tu ke atas daging. Lakukan selama 1 minit jugak. (Jika suka boleh letak bawang putih dan daun tyhme atau rosemary - Sk tak ada stock)




Kemudian, tutup api. Angkat daging dan rehatkan di atas papan kayu selama 8 minit. Oh, lupa nak cakap, daging ni, lepas defrost, kita cuci bersih dan bilas, kemudian lap dengan tisu dapur. Ni Sk cuma perap dengan garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar sahaja




Sementara tunggu daging rehat, kita minum dulu Jus Tembikai yang PI buat siang tu




Ceduk sendiri side dish dalam pinggan masing-masing. Aduhai, lembut betullah daging wagyu ni. Nak hiris tu, tak payah beriya, dua kali hiris jer dah terpotong habis. Tu pun hiris dengan penuh gemalai, hahaha. Kunyah pun tak struggle. Jus dia tu macam pecah dalam mulut, cair gitu. Ni PI kata, nanti Yaya (Iman) balik, kena buat lagi. Eleh, padahal dia tu yang nak lagi, hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/masak-australian-wagyu-striploin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Masak Nasi Biar Matang Sempurna Pemula Anak Kos Anak Perantauan Merapat

5 Cara Masak Nasi Biar Matang Sempurna Pemula Anak Kos Anak Perantauan Merapat

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 213 hits
Cara masak nasi agar pulen tidak mudah basi tidak lengket 1 Gunakan perbandingan 1 1 antara air dan beras 2 Tambahkan bubuk agar agar plain 3 Gunakan minyak sayur 4 Gunakan perasan jeruk nipis dll
Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 231 hits
Klik Iklan Hebat Hillton Klik iklan dari laman Blogger kerana tertarik dengan posisi Hilton Hotel seluruh Dunia termasuk Hotel Hillton di Malaysia Lalu ternampak harga atau kos Hotel terkemuka juga di Malaysia di Kuala Lumpur Cuba lah klik ...
Masak Lemak Cili Api Keladi Lambuk Campur Udang

Masak Lemak Cili Api Keladi Lambuk Campur Udang

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 249 hits
Keladi lambuk atau dipanggil keladi kemumu ni tidaklah gatal seperti keladi biasa malah ada yang memakan keladi ni sebagai ulam cicah sambal belacan Rangup kata peniaga tu Memang rangup dan tak lembik macam keladi minyak yang memang banyak ...
Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 279 hits
ayam masak kicap dengan daun kunyit mayangBahan bahan 5 ketul ayam1 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 batang serai 1 batang cili hijau 1 batang cili merah 1 2 cawan kicap 1 sudu besar sos tiram1 sudu kecil lada hitamGaram...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Masak Kari Ayam Bersantan

Masak Kari Ayam Bersantan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum WBT SIAP dah Sk masak Kari Ayam dan Ayam Goreng untuk lunch hari ni Bukan siap masak aje Tapi dah siap makan hehehe Masak awal sebab awal pagi tadi PI bertugas membuat liputan Larian Johor International Marathon 2025 di Data...
Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 289 hits
Discover the surprising simplicity behind this truly unforgettable dish Our family s best kept secret for decades this wagyu beef joint recipe This isn t just another wagyu beef joint recipe it s a culinary journey that promises a texture y...
Hiburan Jofliam Buat Video Tunjuk Kualiti Daging Wagyu Lain Pula Komen Netizen Kenapa Nampak Menggelikan

Hiburan Jofliam Buat Video Tunjuk Kualiti Daging Wagyu Lain Pula Komen Netizen Kenapa Nampak Menggelikan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 152 hits
Usahawan dan pempengaruh sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video piza Wagyu yang dibuatnya di Insta Story Dalam video tersebut Jofliam dilihat mencuba piza hasil air tangannya sambil memuji kelembutan daging dan doh p...
Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus

Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 256 hits
First time makan masak lemak ayam dengan black fungus ni kat rumah kakak waktu dia buat kenduri dan suami dia masakkan lauk ni Memang terus jatuh cinta dan semestinya makan pun bertambah Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus Bila da...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord