Baba Nyonya Halal Yang Bakal Buat Hati Anda Tertinggal Di Melaka
Kunjungan anda ke bandaraya bersejarah Melaka tak akan lengkap tanpa merasai makanan asli Baba Nyonya. Perkahwinan campur antara orang Cina dan Melayu ketika abad ke-15 dan 16 telah meninggalkan legasi dan makanan tradisi yang disukai ramai sehingga ke hari ini.
Seperti komuniti ini, gaya masakannya juga mempunyai campuran teknik masakan Cina dan Melayu dengan rasa rempah ratus dan perisa yang tersendiri. Rasai sendiri hidangan Peranakan yang terbaik di restoran yang mesti dilawati di Melaka.
1. Kocik Kitchen
Tersembunyi di Jonker Street, Kocik Kitchen agak kecil tapi menarik. Di sini, hidangan Peranakan membawa kejutan menggembirakan kepada deria rasa anda. Kami masih teringat-ingat rasa Ikan Asam Nyonya dan telur dadar cincaluk – patut rasa!
Dekorasi dalaman restoran ini seperti lapik meja corak batik, lukisan yang teliti dan peralatan dapur porselin, memberikan aura tradisional dan kekeluargaan. Jika anda mencari makanan tempatan yang ‘simple’ dan sedap, anda patut cuba makanan di sini. Kocik Kitchen juga di sahkan Halal!
Tip: Banyak kedai yang kelihatan hampir sama dengan restoran ini, cari papan tanda besar “Kocik Kitchen Nyonya Restaurant”.
2. Jonker 88
Cuaca panas terik di Jonker Street pasti berbaloi dengan adanya cendol Baba Nyonya di Jonker 8 – ais parut, gula melaka, jeli hijau, santan dan kacang merah atau cendol musang king. Penghilang dahaga yang sangat bagus untuk cuaca seperti ini.
Di Melaka asam laksa didatangkan dalam tiga versi: Asam Laksa Nyonya pedas masam, Laksa Baba pedas berkrim dan gabungan unik, Bab Laksa Kahwin Nyonya Asam Laksa. Sebelum anda menjelajah lebih jauh, jalan-jalan di sekitar kafe muzium dan lihat pelbagai barangan vintaj dan klasik.
Fakta menarik: Jonker 88 menghasilkan gula melaka mereka sendiri. Ia pekat, cukup rasa dan wangi! Restoran ini juga tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan daging halal.
3. Seri Nyonya Peranakan Restaurant
Walaupun Seri Nyonya Peranakan Restaurant di Hotel Equatorial mempunyai hiasan yang mewah dengan dekorasi dalaman yang tradisional tapi elegan, ruangnya yang luas dan hospitaliti yang baik serta hidangan dengan harga yang berbaloi!
Makanan popular di sini ialah ayam pongteh, ayam goreng dalam perisa kacang manis dengan cendawan Cina dan kentang asam ikan gerang, dan fillet ikan yang dimasak dengan kuah asam jawa pedas. Dan tentulah, anda perlu mencuba pencuci mulut terkenal, cendol durian. Semuanya Halal!
Semua hidangan dalam menu di sini disediakan dalam tiga saiz – kecil, sederhana dan besar, yang menjadikan ia sesuai untuk perjumpaan atau makan malam untuk dua orang.
Fakta menarik: Restoran ini dibina untuk meniru rumah Baba Nyonya tradisional, membolehkan anda merasai budaya dan tradisi ini dengan sepenuhnya sambil menjamu selera.
4. Cottage Spices Nyonya Restaurant
Kredit: Facebook Cottage Spices Nyonya Restaurant
Saiz hidangan di Cottage Spices mungkin agak kecil, tapi rasa hidangan di sini tentu sekali penuh perasa dan enak. Restoran ini menyediakan masakan asli Peranakan seperti ayam buah keluak, kangkung belacan, telur dadar udang, otak-otak dan banyak lagi. Dan hidangannya tentunya menepati citarasa semua!
Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu kerana restoran ini mempunyai ruang yang terhad dan hanya boleh memuatkan 10 buah meja pada satu satu masa. Restoran ini juga tidak menyediakan daging khinzir atau lemak khinzir.
Fakta menarik: Masakan patut cuba, Asam Pedas Ikan dan Kari Ikan dimasak dengan menggunakan 10 jenis rempah ratus yang berlainan.
Kredit: Facebook Cottage Spices Nyonya Restauranthttps://mykmu.net/2020/09/23/meletup-asam-pedas-madu-tiga-pasti-terangkat/
Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka
The post Baba Nyonya halal yang bakal buat hati anda tertinggal di Melaka appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/09/25/baba-nyonya-halal-yang-bakal-buat-hati-anda-tertinggal-di-melaka-bahagian-1/