Hati Hati Kluster Prn Sabah




HAMDAN TAHA
Pendapat pakar kesihatan yang patut di ambil kira. Paling tidak kerajaan buat keputusan sesiapa sahaja balik dari sabah wajib di kuarantin 14 hari bukan di rumah tapi pusat kuarantin. Jika tidak rakyat yang tak terlibat politik di semenanjung berada dalam kebimbangan. Termasuk lah PM ke Menteri kanan ke siapa sahaja yang berkempen balik dari sabah wajib kuarantin
Pertambahan kluster, pakar kesihatan saran PRN Sabah ditangguhOleh Ilah Hafiz AzizSeptember 22, 2020 @ 5:52pmKUALA LUMPUR: Penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah adalah jalan terbaik untuk mengelakkan situasi COVID-19 bertambah buruk memandangkan jangkitan pandemik di negeri itu semakin membimbangkan
Pakar kesihatan awam, Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata situasi di Sabah tidak ubah seperti 'bom jangka' yang akan meletus sekiranya pilihan raya itu diteruskan memandangkan negeri itu sudah dikesan mempunyai tujuh kluster dan jangkitan juga sudah melepasi generasi
Beliau berkata, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan kerajaan ketika ini iaitu menangguhkan pilihan raya atau melakukan undian secara pos atau dalam talian untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 semakin buruk
"Tetapi bagi saya, jalan terbaik adalah orang awam tidak keluar rumah dan penangguhan PRN adalah salah cara yang perlu dipertimbangkan memandangkan wabak hari ini dikesan tidak mempunyai simptom
"Kebimbangan utama saya adalah mereka yang dijangkiti tidak sakit atau mempunyai simptom... mereka inilah adalah pembawa. Apabila bercampur di pusat undi, bayangkan berapa ramai akan dijangkiti," katanya kepada BH, hari ini
Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat menjelaskan, kerajaan boleh mengadakan PRN namun perlu sedar tahap kekuatan untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak
"Jika pilihan raya secara tradisional dilakukan, adakah mampu untuk mengawal orang awam kerana dalam setiap dewan perlu memastikan tidak ramai orang ada, mungkin 10 sahaja termasuk pengundi dan kakitangan
"Mungkin di dalam dewan atau pusat mengundi boleh dikawal tetapi sekiranya di luar dewan, orang datang bepusu-pusu bagaimana mahu memastikan mereka mengikuti kawalan itu. Aktiviti mengundi ini membabitkan orang awam di seluruh negeri, cukupkah tenaga kerja untuk mengawal semua mereka," katanya
Tambahnya, isu-isu kecil juga harus dipandang secara serius dalam mengawal jangkitan ini contohnya seperti penggunaan pen untuk memangkah serta bas yang membawa orang mengundi
"Setiap aktiviti keluar masuk di pusat undi perlu dikawal sepenuhnya, oleh itu masa juga akan bertambah. Jika sebelum ini pusat undi biasanya ditutup lewat petang, mungkin ia akan berlarutan sehingga lewat malam atau mungkin berhari-hari kerana kawalan itu perlu dilakukan dengan rapi," katanya
Dr Sharifa Ezat juga meminta kerajaan memberi perhatian khusus terhadap mereka yang pulang mengundi dan datang dari daerah yang berisiko tinggi seperti Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu
"Tiga daerah ini mencatat jumlah jangkitan paling tinggi di Sabah dan sekiranya adalah tinggal dan bekerja di kawasan berisiko ini, pulang ke kampung di daerah lain untuk mengundi, apa risiko yang akan berlaku khususnya apabila bertemu dengan golongan berusia dan berisiko. Ini semua perlu difikirkan dalam tempoh ini," katanya
Beliau menjelaskan, isu lain yang perlu dititik beratkan kerajaan ketika ini adalah mengenai kemampuan kerajaan untuk menghadapi risiko jangkitan besar-besaran termasuk persediaan kakitangan kesihatan dan kakitangan awam lain di Sabah
BHARIAN.COM.MYPertambahan kluster, pakar kesihatan saran PRN Sabah ditangguh | Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/hati-hati-kluster-prn-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 367 hits
KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 Calon DUN Tamparuli Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi Jahid ...
Prn Sabah Tolak Pemimpin 039 Beli 039 Pengundi

Prn Sabah Tolak Pemimpin 039 Beli 039 Pengundi

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 289 hits
KIMANIS Rakyat Sabah perlu memilih pemimpin yang bukan hanya aktif dalam tempoh dua minggu ketika berkempen pilihan raya sahaja sebaliknya mengutamakan yang sentiasa turun padang membantu rakyat tanpa mengira masa Presiden Kehormat Parti Li...
Polis Dapat Info Rakyat Negara Jiran Akan Buat Kacau Hari Prn Sabah

Polis Dapat Info Rakyat Negara Jiran Akan Buat Kacau Hari Prn Sabah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 370 hits
Polis mendapat maklumat mengenai kemasukan besar besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali Sempena PRN Sabah kita da...
Prn Sabah Jiwa Besar Salleh Keruak Mohon Maaf Atas Kesilapan Lalu Video

Prn Sabah Jiwa Besar Salleh Keruak Mohon Maaf Atas Kesilapan Lalu Video

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 414 hits
KOTA BELUD Setelah hampir dua tahun mendiamkan diri dari arena politik tempatan dan nasional Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional untuk kerusi DUN Usukan Bekas Ketua Ment...
Prn Sabah Isu Ekonomi Ma63 Dan Pembangunan Jadi Tumpuan

Prn Sabah Isu Ekonomi Ma63 Dan Pembangunan Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR 18 Sept Isu ekonomi Perjanjian Malaysia 1963 dan pembangunan wilayah di Sabah bakal menjadi modal kepada calon pilihan raya negeri itu Bagaimanapun Felow Akademi Sains Malaysia Dr Madeline Berma berkata isu tersebut tidak sehar...
Prn Sabah 2020

Prn Sabah 2020

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 287 hits
Ini adalah hasil dari Kaji selidik yg telah dilakukan dijalankan oleh Prof Dr Mahmud Ajmain di bantu oleh pelajar dari beberapa Universiti2 tempatan di Sabah dgn berdasarkan tinjauan pendapat 10 000 orang pengundi2 di sana dan ianya telah m...
Prn Sabah Kkmm Pantau Penularan Berita Palsu

Prn Sabah Kkmm Pantau Penularan Berita Palsu

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 286 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bersama Pengendali City Lounge Kong Chung Vui melihat ruang rehat pada Majlis Perasmian Media Lounge sempena Pilihan Raya Negeri Ke 16 Sabah di City Lounge Kota Kinabalu Sabah foto ...
Jawatan Km Sabah Ditentukan Lepas Prn Khalednordin

Jawatan Km Sabah Ditentukan Lepas Prn Khalednordin

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 262 hits
JAWATAN KM SABAH DITENTUKAN LEPAS PRN Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah lebih awal merupakan taktik untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Neger...
Prn Sabah Gabungan Rakyat Sabah Meletakkan 92 Calon Di 73 Dun

Prn Sabah Gabungan Rakyat Sabah Meletakkan 92 Calon Di 73 Dun

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1540 hits
PRN SABAH PERTEMBUNGAN CALON CALONGABUNGAN RAKYAT SABAH A LATAR BELAKANG Pada mulanya Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sahaja yang bersekutu di Sabah Akhirnya tertubuhlah GABUNGAN RAKYAT SABAH yang dianggotai oleh BN PN dan PBS dan P...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian