Azmin Sekutu Tak Mahu Berada Di Dewan Kerana Anwar Gagal Penuhi Janji




Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu tidak mahu berada di dewan persidangan kongres nasional tahunan PKR kerana Presiden Anwar Ibrahim gagal memenuhi janji memastikan pembahas patuh kepada suatu perimeter ucapan.
Pada satu sidang media hari ini, Azmin bersama sekumpulan pemimpin parti dan wakil rakyat berkata majlis pimpinan pusat mencapai beberapa persetujuan minggu lalu, antaranya:
Perbahasan hanya akan tumpu kepada isu-isu dasar serta pengukuhan PKR.
Komposisi pembahas mewakili semua pihak, dengan jaminan membawa agenda parti.
Pembahas tidak dibenarkan menyinggung, menyindir dan menyerang mana-mana pihak.
“Presiden telah memberi jaminan bahawa semua pembahas akan mematuhi perimeter dan garis seperti yang dipersetujui,” kata Azmin.
Azmin berkata beliau sudah melaksanakan persetujuan itu dan ia boleh dilihat pada ucapan perasmian Kongres Pemuda dan Wanita yang menumpukan kepada penyatuan anggota dan peranan PKR dalam kerajaan.
“Ucapan presiden yang bermula dengan sorotan klasik tentang kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar jelas membuka laluan kepada para pembahas yang lain untuk terus melakukan serangan peribadi dan memecahkan perpaduan pimpinan dan anggota PKR,” katanya.
Azmin berkata ini memperlihatkan Anwar gagal memenuhi janji memastikan pembahas patuh kepada perimeter yang dipersetujui.
Berikutan kejadian itu, adalah tidak munasabah baginya dan sekutu untuk terus berada di dewan kongres untuk mendengar kenyatan-kenyatan yang provokatif.
Ketika ditanya adakah beliau akan keluar parti selepas ini, Azmin menjawab: “Tidak”.
“Ini parti kita; ini parti yang kita bina selama 20 tahun.
“Kita pernah berdepan banyak krisis. Kami yakin krisis ini juga boleh diatasi.”
Beliau juga menafikan dakwaan seorang pemimpin PKR Johor bahawa satu kongres alternatif ada dirancang.
Beliau berkata hanya satu acara yang dianjurkan iaitu taklimat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk perwakilan PKR di Kuala Lumpur, terutama bagi mereka yang datang dari jauh.
“Saya sendiri undang Anwar menghadirinya.”
Ditanya adakah beliau dan pemimpin lain akan menghadiri kongres esok, Azmin berkata mungkin jika ada usaha untuk membetulkan keadaan.
Azmin berkata beliau dan pemimpin lain yang membina PKR semasa zaman yang mencabar “sayang parti” tetapi kesal “orang baru” cuba mengusir mereka apabila parti sudah kuat.
“Ini tidak adil. Kami dipanggil pengkhianat. ‘Pengkhianat’ inilah yang bina parti ini selama 20 tahun.”
Beliau tidak menamakan “orang baru” itu.
Azmin juga berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kata dua kepada Anwar dan semua isu berbangkit harus dibincangkan.
“Anwar masih ketua saya, presiden saya.
“Sebab itu saya berunding dengan beliau dan bercakap dengannya. Saya akan terus berbuat demikian. Tiada masalah.”
Turut hadir pada sidang media hari ini Naib Presiden Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju, Ketua Wanita Haniza Talha dan timbalannya, Daroyah Alwi, dan Timbalan Ketua Pemuda, Hilman Idham.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/07/azmin-sekutu-tak-mahu-berada-di-dewan-kerana-anwar-gagal-penuhi-janji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Dakwa Anwar Gagal Penuhi Janji Punca Keluar Dewan

Azmin Dakwa Anwar Gagal Penuhi Janji Punca Keluar Dewan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 454 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan pada Kongres Nasional Keadilan kali ke 14 hari ini berjalan tanpa sebarang unsur provokatif dan sindiran Loading Timb...
Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 349 hits
Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka Anwar Ibrahim selepas Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu menolak keputusan parti memecat beberapa ahli baru baru ini dan mahu Anwar memohon maa...
Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 353 hits
Diterbitkan Hari ini 6 47 petangBERITAKetika spekulasi berhubung pergeseran dalam PKR timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dari kalangan pimpinan pusat yang dipilih akan bermesyuarat dengan presiden mereka Anwar Ibrahim d...
Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 444 hits
Saya antara pimpinan parti yang hadir menyaksikan pertemuan serta terlibat dalam mesyuarat Biro Politik Khas tersebut Alhamdulillah ia satu perbincangan yang baik dan sudah pasti mengukuhkan kekuatan parti disamping menangkis persepsi yang ...
Kalau Azmin Terasa Itu Masalah Dia Anwar

Kalau Azmin Terasa Itu Masalah Dia Anwar

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 346 hits
AYER KEROH Eh itu sejarah Melayu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang kenyataan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ucapan dasar presiden tidak inklusif dan menyerang ahli parti termasuk menggunakan perlambangan ...
Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 403 hits
Permusuhan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya berpunca daripada usaha DAP untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan DAP di belakang Anwar...
Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 513 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim secara tiba tiba bersetuju membenarkan timbalannya Azmin merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka Kerelaan Anwar secara tiba tiba timbangkan semula pemecatan Zakaria dan me...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

On Dennis Ignatius Podcast

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Benefits Of Eating Papaya And When Should It Be Eaten

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th