Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali



Presiden PKR, Anwar Ibrahim secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Azmin, merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka...

Kerelaan Anwar secara tiba-tiba timbangkan semula pemecatan Zakaria dan membenarkan Azmin merasmikan kedua-dua kongres sayap pemuda dan juga wanita dipercayai berpunca dari dakwaaan liwat terbaru terhadap beliau (BACA DI SINI)...

Anwar juga panik melihatkan penguasaan Azmin atas MPP dan dikhabarkan bersedia untuk bekerjasama sebelum perbincangan lanjut diadakan berhubung masalah-masalah berbangkit dalam parti...

Anwar dikhabarkan secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Azmin, merasmikakan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, persetujuan tersebut dicapai malam semalam selepas kedua-dua mereka bertemu...

Ianya dipercayai bagi membincangkan kemelut yang melanda PKR dan masalah-masalah berbangkit, termasuk pemecatan Zakaria Abdul Hamid, bekas setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian...

Difahamkan bahawa Anwar bersetuju mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria bersama-sama pemecatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi sayap pemuda Keadilan, Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad...


Anwar pada ketika ini berada dalam keadaan panik susulan kemerosotan sokongan terhadapnya dari kalangan pemimpin PKR di peringkat negeri dan juga nasional...

Azmin pula berada dalam kedudukan paling kukuh dalam PKR...

Sebilangan besar Ahli Parlimen PKR dan ketua-ketua cabang dikhabarkan setia bersamanya dan inginkan beliau mengambil alih jawatan Presiden parti daripada Anwar...

Sebelum ini, Baru Bian dan Azmin mengadakan sidang media berasingan bersama sebilangan signifikan pemimpin PKR sebagai bukti pengaruh Azmin dalam parti dan penguasaannya di peringkat kebangsaan dan juga negeri...


Pada 21hb November 2019, Bian mengetui satu rombongan seramai 32 pemimpin PRK Sarawak ke Putrajaya bagi mengadakan pertemuan dengan Azmin sebelum melangsungkan sidang media, di mana kepimpinan pusat dimaklumkan keputusan PKR Sarawak membatalkan rancangan mengadakan Kongres AMK peringkat negeri...


Sembilan hari kemudian, Azmin pula menonjolkan dirinya sebagai kuasa utama parti apabila memimpin 2/3 daripada ahli dipilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menolak pemecatan Zakaria secara terbuka (BACA DI SINI)...

Keadaan ini benar-benar membuatkan Anwar panik...

Kesemuanya bermula apabila kem beliau bertindak membatalkan jemputan AMK kepada Azmin untuk merasmikan kongres sayap tersebut di Melaka hari ini (Sabtu)...

Dalam satu kenyataan, ahli AMK yang dipilih menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman yang dibuat oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berhubung pembatalan surat jemputan sayap tersebut kepada Azmin...

Walaubagaimanapun, apabila ditanya, Saifuddin mengambil jalan selamat dengan menafikan dakwaan beliau terlibat dengan pembatalan surat jemputan AMK itu dan mendakwa bahawa ianya keputusan sayap pemuda itu sendiri...

"Tidak timbul soal Setiausaha Agung PKR membatalkan jemputan kerana Kongres Nasional AMK dikendalikan oleh AMK"...

"Semua urusan dan perjalanan kongres adalah urusan AMK termasuk siapa merasmikan dan hal berkaitan yang diuruskan oleh AMK," katanya...

Tetapi lain pula halnya dengan Anwar...

Bercakap kepada pemberita selepas berucap pada Konvensyen Keadilan Negeri Terengganu dan Kelantan, Anwar mendakwa pembatalan tersebut dibuat oleh MPP, sekaligus mencadangkan Saifuddin menipu kedua-dua media dan AMK...


Anwar berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Azmin bahawa terdapat 'tangan ghaib' yang cuba menghalangnya daripada berucap di kongres nasional AMK (BACA DI SINI)...

"Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan"...

"Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang"...

"Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden," kata Azmin...

Dakwaan Azmin ternyata benar apabila Anwar mula berlagak seperti diktator dan bertindak memecat beberapa ahli PKR yang bersekutu dengan timbalannya, termasuk pengerusi sayap pemuda yang sememangnya mampu mempengaruhi nada keseluruhan kongres AMK...

Azmin turut membuktikan penguasaannya terhadap MPP apabila berjaya memimpin dua per tiga ahli dipilih majlis berkenaan menolak pemecatan Zakaria, sekaligus membuktikan bahawa ada 'tangan ghaib' yang mengenepikan keputusan yang diambil majoriti ahli majlis tertinggi parti (BACA DI SINI)...

Tidak lupa juga kenyataan-kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua sayap pemuda berhubung pembatalan jemputan Azmin, di mana kenyataan-kenyataan tersebut sah menunjukkan bahawa kepimpinan tertinggi AMK tidak bersekutu dan tidak mampu membuat keputusan kolektif sepertimana yang didakwa oleh Saifuddin...

Pemerhati berpendapat, apa yang sedang berlaku sekarang adalah pengesahan mengenai keretakan yang sedang dalam parti PKR hanya menunggu masa untuk terbelah...

Memang benar, demi untuk menyelamatkan maruahnya dan nama besar beliau dalam pentas politik tanah air, kali ini Anwar terpaksa tunduk kepada anak didiknya sendiri...

Tapi dijangkakan, sebaik saja selesai Kongres Nasional PKR, pasti team Anwar akan mengatur strategi untuk menyerang balas team Kartel Azmin bagi menebus maruah Anwar...

Anwar tidak akan sekali-kali rela melihat parti yang beliau tubuhkan dirampas dengan begitu saja oleh Azmin yang satu ketika dulu pernah menjadi macai setia beliau...

Di pihak Azmin, sudah pasti merasakan kedudukan mereka sudah cukup kukuh kerana telah berjaya 'melanggar' tonggak PKR dan ini akan memberikan amaran yang keras kepada siapa saja yang berada dalam PKR supaya tunduk kepada team Kartel Azmin...

Niat dan cita-cita Azmin untuk menjadi Perdana Menteri ke 8, sudah semakin jelas kelihatan dan ianya sekali gus akan menyingkirkan Anwar...

Sekali lagi kita dapat melihat, sama ada dalam PPBM atau PKR, matlamat utama mereka adalah jawatan Perdana Menteri...

Sebab itu mereka tidak mempunyai masa untuk melihat, memikir dan mengambil tindakan apabila DAP semakin bermaharajalela di dalam kerajaan Pakatan Harapan!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/12/takut-tersingkir-akhirnya-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 424 hits
Saya antara pimpinan parti yang hadir menyaksikan pertemuan serta terlibat dalam mesyuarat Biro Politik Khas tersebut Alhamdulillah ia satu perbincangan yang baik dan sudah pasti mengukuhkan kekuatan parti disamping menangkis persepsi yang ...
Pendedahan Rahsia Mengapa Pas Takut Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Pendedahan Rahsia Mengapa Pas Takut Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 451 hits
PENDEDAHAN RAHSIA MENGAPA PAS TAKUT ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI Kalau dilihat di kerusi2 yg PAS menang 2018 lepas ia adalah kerusi2 di mana terdapat sokongan tradisi kepada PAS Kawasan2 ini juga antara yg paking keras dan ganas menol...
Annuar Musa Anwar Ibrahim Bukan Penyelamat Negara Tiada Rekod Cemerlang

Annuar Musa Anwar Ibrahim Bukan Penyelamat Negara Tiada Rekod Cemerlang

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 416 hits
KESEMUA 18 Ahli Parlimen Pas akan MEMPERTAHANKAN Tun Dr Mahathir Mohamad jika ada pemimpin tertentu membawa usul undi TIDAK PERCAYA terhadap Tun Nampaknya Pas lagi hebat dari pemimpin pemimpin Bersatu sendiri dalam mempertahankan Tun Dah ha...
Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Kemelut antara pemimpin nombor satu dan dua dalam PKR akan dapat ditangani jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama sama beralah ujar Penganalisis Politik Prof Dr Hamidin Abdul Hamid Katanya ketika in...
Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 390 hits
Permusuhan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya berpunca daripada usaha DAP untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan DAP di belakang Anwar...
Saya Cabar Anwar Ibrahim

Saya Cabar Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 357 hits
ADALAH LEBIH BAIK ABDUL AZIZ BARI DUDUK DIAM DIAM KALAU TAK ADA FAKTA SAYA CABAR ANWAR IBRAHIM MENGADAP KE BAWAH DYMM AGUNG SECARA KADAR SEGERA SEKIRANYA DIA MEMPUNYAI CUKUP SOKONGAN DI KALANGAN AHLI PARLIMEN Analisa abdul aziz bari ini sel...
Anwar Pemaaf Azmin Selamat

Anwar Pemaaf Azmin Selamat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 460 hits
Lewat persengketaan Anwar Azmin semalam Timbalan Presiden PKR itu masih boleh meneruskan tugasnya seperti biasa di dalam parti apabila Anwar menegaskan beliau tidak akan memecat sesiapa Anwar berkata demikian pada sidang media selepas seles...
No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 269 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s meeting with his estranged deputy Datuk Seri Azmin Ali yesterday disproved views of rival factions in the party Fahmi Fadzil asserted today The two leaders met in the Parliament building yesterday to...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti