Azmin Saifuddin Juara Lompat Kenapa Bisu Kes Rasuah Tokoh Ph



 
Sekumpulan ahli parlimen yang berpihak kepada Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mempertikaikan dakwaan PKR bahawa Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar berpaling tadah kerana didakwa mendapat tekanan SPRM.
Kumpulan itu pada satu kenyataan bersama Azmin yang juga MP Gombak turut mempersoalkan tekad Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail untuk memerangi rasuah.
Tanpa menyebut nama kenyataan itu juga boleh dilihat menyasarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar?
“Suatu yang amat mengecewakan dan menggusarkan SPRM dan masyarakat awam.
“Tuduhan bahawa PN menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan ahli parlimen daripada Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali,” kata kenyataan itu hari ini.
Lim pada Sept 2018 dilepaskan daripada dua tuduhan rasuah berhubung pertukaran status tanah dan pembelian sebuah banglo bawah harga pasaran.
Pun begitu, dua tahun kemudian, Lim dikenakan empat pertuduhan berhubung projek terowong bawah tanah di Pulau Pinang. Perbicaraannya akan bermula Jun tahun ini.
Sebelum ini, Saifuddin mendakwa kerajaan PN sedang menarik sokongan ahli parlimen pembangkang menggunakan ugutan pihak berkuasa dan tawaran habuan.
Langkah Xavier menyokong PN menyusuli tindakan dua ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau).

 
Dari Umno ke PKR, masuk PAS kembali PKR
Untuk rekod, SPRM menangkap Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Thinagaran, yang menurut Xavier merupakan “kenalan rapat keluarganya.”
SPRM juga membekukan akaun sebuah syarikat dan dua pengarahnya yang dikaitkan dengan tuduhan skandal rasuah bernilai RM77 juta.
Azmin dan kumpulannya hari ini juga membidas Saifuddin, berkata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu MP itu “tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti.”
“Beliau telah beberapa kali menjadi juara melompat dari Umno ke PKR, kemudian dari PKR ke PAS dan seterusnya, dari PAS kembali ke PKR.
“Berbanding dengan Dr Xavier yang merupakan naib presiden PKR yang terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik.
“Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak (Presiden PKR) Anwar (Ibrahim) dalam situasi begini,” kata kumpulan MP itu lagi.
Mengenai tiga MP PKR yang melompat parti, Azmin dan kumpulan ahli parlimen itu berkata ketiga-tiga wakil rakyat itu telah sedar kerajaan PN bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan “menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.”
Menurut Azmin dan kumpulan MP itu lagi, tindakan ahli parlimen PKR menyokong PN merupakan perkembangan progresif
“Keputusan mereka untuk meninggalkan PKR juga didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran,” dakwa kumpulan itu.
Kata kenyataan itu lagi, “kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealisme dan tergelincir dari landasan perjuangan.”
“Ini sangat malang kerana kita tahu bahawa ada pemimpin dan anggota PKR yang berpegang teguh pada prinsip dan idealisme disisihkan dan bahkan menjadi mangsa kuasa di tangan presiden.
“Sepatutnya mereka perlu tabah dalam perjuangan untuk terus mencapai cita-cita murni, tetapi perakus dan pengkianat telah merampas agenda reformasi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka,” kata kumpulan itu.
Kenyataan itu ditandatangani Azmin, MP Ampang Zuraida Kamaruddin, MP Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, MP Batu Pahat Rashid Hasnon, MP Bandar Tun Razak Kamaruddin Jaagar, MP Nibong Tebal Mansor Othman, MP Segamat Santhara Kumar, MP Saratok Ali Biju, MP Puncak Borneo Willie Mongin dan MP Ranau Jonathan Yasin.
The post Azmin: ‘Saifuddin juara lompat’ – kenapa bisu kes rasuah tokoh PH? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/14/azmin-saifuddin-juara-lompat-kenapa-bisu-kes-rasuah-tokoh-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan Datuk Seri Kes Rasuah Rm300 000

Sprm Tahan Datuk Seri Kes Rasuah Rm300 000

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 270 hits
242 total views 221 views today Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300 000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepask...
Azmin Bukan Orang Yang Layak Komen Isu Lompat Parti

Azmin Bukan Orang Yang Layak Komen Isu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 344 hits
Menteri Kanan Mohd Azmin Ali tidak layak untuk bercakap mengenai soal moral atau lompat parti apatah lagi mengecam pimpinan KEADILAN Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman berkata Azmin wajar mencermin dirinya...
Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

Tawaran Rasuah Lompat Parti Sprm Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh Tawaran rasuah lompat parti SPRM Johor buka kertas siasatan SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail ...
Dap Memenangi Juara Kini Menang Kes Fitnah Lagi

Dap Memenangi Juara Kini Menang Kes Fitnah Lagi

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 295 hits
NORMAN RADZUANSudah banyak kes fitnah DAP memenanginya tidak termasuk pemimpin2 DAP menerima pemohonan maaf di luar mahkamah Begitu ramai pejuang Melayu kononnya dan pemimpin politik Melayu disaman dan kalah kes apabila mahkamah mendapat me...
Jika Ikhlas Perjuang Rasuah Kenapa Membisu Kes Pemimpin Ph Digugurkan

Jika Ikhlas Perjuang Rasuah Kenapa Membisu Kes Pemimpin Ph Digugurkan

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 273 hits
suaramerdeka com BEKAS pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang meninggalkan parti itu menempelak Setiausaha Agong PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution yang hanya membisu selepas kes rasuah melibatkan seorang tokoh PH digugurkan Dalam satu kenyataa...
Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

Kerusi Lompat Azmin Ajak Bincang Tapi Umno Berkeras Ambil Semula

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 306 hits
FAZLI RADZIKemungkinan tinggi pertembungan tiga penjuru sekurang kurangnya di 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 dilihat bakal berlaku Hal ini ekoran pendirian tegas kepimpinan Umno untuk terus meletakkan calon bertanding di ka...
Pegawai Kanan Jpj Kena Reman Kes Rasuah Rm88 000 Sindiket Melindungi Pemandu Lori

Pegawai Kanan Jpj Kena Reman Kes Rasuah Rm88 000 Sindiket Melindungi Pemandu Lori

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 254 hits
KANGAR Seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan menjadi individu kelima yang ditahan di negeri ini berhubung siasatan mengenai sindiket melindungi pemandu pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya melibatkan jumlah suapan kir...
Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

Lompat Parti Pkr Sarawak Dipimpin Council Of Elders Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 324 hits
PKR Sarawak kini dipimpin Council of Elders yang mengambil alih pentadbiran parti di negeri itu selepas bekas Pengerusi PKR Negeri Larry Sng meletak jawatan dan menyokong kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PKR Datuk Ser...
Nak Turun Kes Ramai La Lompat

Nak Turun Kes Ramai La Lompat

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 157 hits
IBRAHIM MAT ISAKalau ada lima ekor katak lagi yang melompat ke kolam sana kes Covid19 ini dijangka menurun di bawah angka 500 sehari Cepatlah katak Melompat laaaaaa
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

How To Survive Thanksgiving Travel


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya