Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam




Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.
Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.
Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.
Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.
Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir perjumpaan itu.
Wartawan Malaysiakini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).
Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.
Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.
Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: “Tak ada apa. Saya datang sebab rumah saya dekat saja.”
Malaysiakini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen Umno Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).
Ismail, yang ditemui pula sekadar berkata: “Ia(isi perjumpaan) hanya antara ahli parlimen dan menteri”.
Van katering merupakan kenderaan terakhir meninggalkan kawasan kediaman itu pada tengah malam ini.
Azmin melihat wartawan berkumpul di luar rumahnya tetapi tidak bertemu dengan mereka dan sebaliknya terus masuk dalam rumah.
Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Azmin hari ini tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.
PKR ketika ini dilihat terpecah antara kem Azmin dan kem Anwar.
Pergeseran antara penyokong Azmin dan penyokong Anwar diteruskan lagi dengan isu terbaru berhubung pembatalan jemputan buat timbalan presiden PKR itu untuk merasmikan kongres Pemuda PKR (AMK).
Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat Anwar.
Perkembangan terbaru ini hadir ketika Dr Mahathir terus berteka-teki berhubung tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/19/mp-bn-pkr-berjumpa-di-rumah-azmin-semalam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 543 hits
PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin were both absent again at the party s political bureau meeting despit...
Walau Apa Pun Tujuannya Pertemuan Di Rumah Azmin Tak Sesuai

Walau Apa Pun Tujuannya Pertemuan Di Rumah Azmin Tak Sesuai

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 317 hits
BERITATindakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertemu sekumpulan ahli parlimen BN malam tadi di kediaman rasmi di Presint 10 Putrajaya akan mengundang persepsi kurang baik terhadap Pakatan Harapan Demikian kata Setiausaha Agung PKR...
Pkr In The Dark About Azmin S Dinner Meeting With Mps

Pkr In The Dark About Azmin S Dinner Meeting With Mps

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 503 hits
A dinner hosted by PKR deputy president Mohamed Azmin Ali for some 30 MPs including from Barisan Nasional last night has ruffled feathers in the PKR leadership with the party s influential political bureau set to discuss the issue during it...
Azmin Ali S Meeting With 30 Mps Rattles Pkr

Azmin Ali S Meeting With 30 Mps Rattles Pkr

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 463 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali s meeting with Barisan Nasional and PKR MPs shortly after Pakatan Harapan s disastrous defeat at the Tanjung Piai by election is akin to betraying the trust of Malaysians says PKR information chief Datuk Seri Sh...
Pkr Mps Met Azmin In Parliament To Discuss Economic Policies

Pkr Mps Met Azmin In Parliament To Discuss Economic Policies

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 429 hits
The meeting between Economic Affairs Minister Azmin Ali and several PKR lawmakers today was to discuss the country s economic policies says PKR s Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah who was present at the meeting We were just having our us...
Pkr Youth No 2 In Open Rebellion Against Chief Backs Azmin

Pkr Youth No 2 In Open Rebellion Against Chief Backs Azmin

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 472 hits
PKR Youth s No 2 Muhammad Hilman Idham is mounting a mutiny and lashing out against top party leaders for breaking tradition Deputy PKR Youth Chief and Gombak Setia state assemblyman has openly defied his chief and said the PKR Youth Nation...
Perasmi Kongres Azmin Puji Penyokong Berani Tentang Pimpinan Pkr

Perasmi Kongres Azmin Puji Penyokong Berani Tentang Pimpinan Pkr

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 338 hits
Mohamed Azmin Ali PUTRAJAYA Mohamed Azmin Ali memuji para penyokongnya dalam Pemuda PKR kerana berani menentang keputusan pimpinan parti apabila mereka bertegas mahu beliau merasmikan kongres nasional sayap itu pada 6 Dis itu Timbalan presi...
Pkr Mahu Azmin Bersemuka Beri Penjelasan

Pkr Mahu Azmin Bersemuka Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 291 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR PKR mahu Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan secara bersemuka kepada pucuk pimpinan berhubung ketidakhadirannya di mesyuarat dan perjumpaan parti sebelum tindakan diambil ter...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

My Comfort Food

Anwar Kirim Sejambak Bunga Buat Mic

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Sebarkan Untuk Kesedaran Tiada Lagi Yang Terlepas Pandang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Mendewasa Amad Dayyan

Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Brisk Walk Maksud Kebaikan Teknik Yang Betul

Makan Smoked Duck Pasta Di Richdessert