Laporan Azmin Dijangka Jumpa Mp Pkr Pula Petang Ini


BERITA

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu dengan ahli parlimen partinya di parlimen petang ini, menurut laporan berita.

Star Online memetik sumber yang berkata mesyuarat itu dijadualkan pada jam 3 petang ini.

"Kali ini, ia akan diadakan di pejabatnya di parlimen. Kami semua 'dijemput' hadir di pejabatnya pukul 3 petang dan kebanyakan kami akan berada di sana," kata sumber itu.

Spekulasi terbaru ini hadir kurang 24 jam selepas Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi mengadakan perjumpaan di kediamannya di Putrajaya dengan lebih 20 ahli parlimen BN termasuk bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, semalam.

Perjumpaan itu berlangsung selepas kekalahan besar Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai pada Sabtu lalu, yang seterusnya menimbulkan kembali tekanan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali menyifatkan kekalahan itu sebagai referendum terhadap kepimpinan Dr Mahathir dan menggesa pengerusi PH itu menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim seperti dipersetujui sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbul speklulasi sebelum ini yang mengatakan bahawa Dr Mahathir cenderung memilih Azmin untuk menggantikannya sebagai perdana menteri meskipun Dr Mahathir dan Anwar berulang-kali meyakinkan bahawa pelan peralihan kuasa akan diteruskan seperti yang dirancang.

Sebelum ini, sekretariat Pakatan Harapan juga menuduh Hishammuddin cuba membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah. Hishammuddin bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa ahli parlimen Umno berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan penyaluran projek-projek kerajaan untuk kawasan mereka.

Terdahulu, jawatankuasa disiplin Umno berkata ia sedang menyiasat perjumpaan itu.

Anwar pula menuntut penjelasan daripada Azmin mengenai perjumpaan semalam, yang menurutnya menimbulkan persoalan.

Hubungan antara Anwar dan Azmin dilihat semakin keruh, dengan yang terbaru berhubung isu pembatalan jemputan kepada timbalan presiden PKR itu untuk merasmikan Kongres Pemuda PKR (AMK).

Azmin mendakwa ada 'tangan ghaib' di sebalik keputusan itu.

Sementara itu, ketika berucap di Konvensyen PKR Perlis-Kedah pada hari Sabtu, Anwar menyampaikan kenyataan keras yang dipercayai ditujukan kepada Azmin dan penyokongnya.

Antara lain, Anwar mengingatkan tentang kuasa yang meminggirkan idealisme.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/laporan-azmin-dijangka-jumpa-mp-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 380 hits
Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua p...
Pembohongan Azmin Memalukan Pm Apa Guna Jumpa Azmin Jika Mp Umno Mahu Keluar Parti

Pembohongan Azmin Memalukan Pm Apa Guna Jumpa Azmin Jika Mp Umno Mahu Keluar Parti

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 514 hits
Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian Lapan A...
Pkr Youth Threatens Mutiny After Azmin S Congress Invite Withdrawn

Pkr Youth Threatens Mutiny After Azmin S Congress Invite Withdrawn

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 362 hits
Over 80 of PKR Youth s central leadership has voiced protests against Datuk Seri Saifuddin Nasution for retracting an invitation to Datuk Seri Azmin Ali to officiate the party s Youth National Congress In a statement signed by 21 of the 25 ...
Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Azmin

Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Azmin

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 439 hits
PUTRAJAYA Sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional hadir di kediaman Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di sini malam ini Tinjauan BH mendapati beberapa kenderaan dipercayai milik wakil rakyat diletakkan di pe...
Pkr Women Sticks To Azmin As Controversy Rages In Youth Wing

Pkr Women Sticks To Azmin As Controversy Rages In Youth Wing

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 315 hits
PKR women s chief Haniza Talha today defended deputy president Mohamed Azmin Ali following his snub from the party s youth wing saying the women s arm will still invite him to officiate its congress in line with PKR tradition She told repor...
Pkr Should Expel Azmin Ali

Pkr Should Expel Azmin Ali

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 235 hits
There is always the threat of tomorrow s treachery or next year s treachery or the treachery implicit in all the tomorrows beyond that Tim O Brien In the Lake of the Woods The issue with Azmin Ali is not his ambition or his alleged sex scan...
Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 352 hits
PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin were both absent again at the party s political bureau meeting despit...
Batal Jemput Azmin Bukti Pkr Sedang Berantakan Amk

Batal Jemput Azmin Bukti Pkr Sedang Berantakan Amk

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 293 hits
Seorang penyokong Pakatan Harapan mengibarkan bendera PKR dan membunyikan hon kenderaan sebagai tanda berakhirnya kempen Pilihan Raya Umum ke 14 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Muar Johor foto HAZROL ZAINAL KUALA LUM...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024

An Injustice That Biden Can Still Set Right

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ww Koleksi Pokok Bunga Raya Di Laman Rumah

Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka