Azmin Felda Akan Bangkit Semula Di Bawah Kerajaan Baru


ROMPIN, 7 Julai — Felda akan bangkit semula dengan keyakinan peneroka kembali utuh di bawah pengurusan baharu kerajaan Pakatan Harapan bagi membela masa depan golongan peneroka, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata komitmen kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Felda itu dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP), yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading… PPP yang merangkumi aktiviti berasaskan program tanaman dan selingan yang mampu memberikan hasil dalam tempoh singkat dan aliran tunai konsisten dilancarkan pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata Felda di bawah kepimpinan pengasasnya Tun Abdul Razak Hussein, yang juga Perdana Menteri kedua Malaysia, berjaya membantu mengurangkan jurang ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pembukaan tanah kerajaan, yang pada suatu ketika membolehkan negara menyumbang 25 peratus kepada pengeluaran kelapa sawit dunia.
“Malangnya sejak beberapa tahun lalu, kita menyaksikan kerakusan pimpinan atasan Felda yang terdiri daripada orang politik yang terlalu banyak bermain politik sehingga peneroka menjadi mangsa dan dibebankan dengan masalah besar,” katanya semasa berucap di hadapan ribuan peneroka pada sambutan itu.
Mohamed Azmin berkata belajar daripada kesilapan itu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk memastikan pengurusan agensi itu hanya ditadbir oleh mereka berintegriti dan berwibawa.
Katanya pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi Felda, berkuatkuasa 1 Julai, dilihat berkemampuan untuk membawa agensi itu ke peringkat baharu dengan bantuan dan sokongan akar umbi peneroka.
Mohamed Azmin berkata PPP bukan hanya untuk memastikan masa depan lebih mampan dan menjaga kebajikan peneroka, tetapi juga berperanan melihat industri perladangan kekal maju dan meningkatkan produktiviti menerusi penggunaan teknologi moden.
Selain itu, kerajaan juga amat maklum dengan permasalahan peneroka seperti bebanan hutang yang cukup tinggi dan masalah perumahan generasi kedua yang banyak terbengkalai.
Berhubung masalah perumahan terbengkalai, Mohamed Azmin berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM250 juta bagi menyiapkan projek perumahan berkenaan, khususnya yang tahap kemajuan pembinaannya sudah mencapai 70 peratus, pada tahun ini.
Katanya sebanyak 1,400 unit rumah generasi kedua sudah memperoleh sijil layak menduduki dan dijangka diserahkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat.
Mohamed Azmin berkata kerajaan menampung RM2 bilion untuk menghapuskan hutang peneroka dan walaupun jumlah itu besar, kerajaan menyifatkan ‘tidak mengapa’ asalkan hutang dapat dikurangkan demi membolehkan peneroka hidup dengan lebih selesa.
Beliau berkata kerajaan turut bersetuju supaya Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta dipecahkan bermula tahun depan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga berbanding hanya satu pemenang sebelum ini.
“Saya percaya program AKKF ini dapat memupuk rasa muhibah, perpaduan dan persaudaraan antara peneroka di setiap kampung supaya bersama-sama bergotong-royong dengan semangat ukhuwah yang baik,” katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/azmin-felda-akan-bangkit-semula-di-bawah-kerajaan-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Jeers At Felda Rompin Weren T Aimed At Me

Azmin Jeers At Felda Rompin Weren T Aimed At Me

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali has denied that he was jeered when he attended a Felda event in Rompin Pahang on Sunday Azmin said that there was some disturbance during a speech he gave at the event but stressed...
Felda Bash Azmin Denies Boos Settlers Chief Claims Hunger Not Anger At Dr M

Felda Bash Azmin Denies Boos Settlers Chief Claims Hunger Not Anger At Dr M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 467 hits
Economic Affairs Minister Azmin Ali has denied claims that he was jeered at when delivering a speech at the national level Felda Settlers Day 2019 celebration in Rompin Pahang yesterday Quizzed on a viral video he replied No I spoke at leng...
Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 361 hits
Azmin Ali berkata berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang ketika beliau berucap dalam sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3 Rompin semalam KUALA LUMPUR Mohamed Azmin Ali hari ini menolak dakwaan beliau ...
Haziq Aziz Rayu Tun M Pertimbangkan Semula Bukti Salah Laku Azmin Ali

Haziq Aziz Rayu Tun M Pertimbangkan Semula Bukti Salah Laku Azmin Ali

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 505 hits
Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang ...
Azmin Diejek Dalam Acara Felda Di Pahang

Azmin Diejek Dalam Acara Felda Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 364 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Sorakan mengejek jelas kedengaran apabila Mohamed Azmin Ali berucap di hadapan ribuan peneroka Felda pada satu majlis yang turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Pahang semalam Klip vi...
Data Pengundi Kerajaan Baru Tidak Telus

Data Pengundi Kerajaan Baru Tidak Telus

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 416 hits
Dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lepas Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan Pontian telah meminta data mengenai jumlah terkini rakyat yang belum mendaftar mengundi mengikut kaum Jawapan yang diberikan adalah sehingga 31 Mac 2019 jumlah war...
Kerajaan Baru Apa Yang Baru

Kerajaan Baru Apa Yang Baru

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 276 hits
Apakah ada sesuatu yang lurbiasa canggih manggih hebat dan sesuatu yang berkesan teruja telah dilakukan oleh PH untuk kita terkejut ternganga kehairanan akan kebijaksanaan dan kegeligaan otak para pemimpinnya Kalau maju selaju mana lembu ke...
Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

Ibu Hamil 19 Tahun Murung Dapat Tahu Suami Curang Bangkit Semula Demi Anak

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 501 hits
SETIAP wanita yang bergelar isteri pasti tidak menyangka bahtera perkahwinan yang disemai dengan cinta akhirnya runtuh dek kerana kehadiran orang ketiga Inilah yang berlaku kepada ibu muda ini yang terpaksa menanggung kepayahan seorang diri...
Kerajaan Mahu Cantum Tanah Peneroka Felda Jadi Estet Besar Kata Mahathir

Kerajaan Mahu Cantum Tanah Peneroka Felda Jadi Estet Besar Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 400 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata jika pertanian diuruskan dengan skala besar ia mampu memberi keuntungan yang cukup kepada peneroka Felda PETALING JAYA Kerajaan akan mencantumkan tanah peneroka Felda dan diuruskan sebagai sebuah ...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord