Azmin Adalah Mereka Yang Tidak Hormat Mandat Rakyat Kata Naib Presiden Umno



Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, UMNO mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu dan bukan blok Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bukan sesiapa.

"Jangan lupa bahawa hampir 35 peratus ahli Parlimen Bersatu menang atas tiket UMNO dan yang lain adalah mereka yang melompat daripada mana-mana parti untuk mendapat jawatan.

"Bersatu hanya menang 13 kerusi dalam pilihan raya lepas dengan undi popular yang sangat sedikit, sementara UMNO dan Pas menguasai 70 peratus undi popular Melayu.

"UMNO tahu di mana ia berada dalam persada politik Melayu dan Malaysia. Ia adalah dukungan sebenar bangsa Melayu dan bukannya Bersatu," katanya.

Beliau berkata, kebimbangan Abdul Hamid sepatutnya tidak ditujukan kepada UMNO, tetapi ditujukan kepada kualiti dan wibawa Kabinet itu sendiri.

"Apabila 10 menteri dari blok Mohamed Azmin adalah mereka yang tidak menghormati mandat rakyat dan memperdagangkan jawatan ahli Parlimen mereka untuk jawatan, apakah itu sesuatu yang bermoral pada kaca mata Abdul Hamid? Dan beberapa lagi yang dilantik dalam Bersatu juga begitu.

"Apakah ini kepimpinan Melayu yang diabsahkan? UMNO hanya melakukan tugas moralnya sebagai parti politik untuk menuntut representasi yang strategik dengan sumbangannya dan setelah memperkirakan keupayaan dan pengalamannya dalam melestarikan kepentingan bangsa Melayu," katanya.

Mohamed Khaled berkata, Abdul Hamid berhak atas pandangannya tetapi UMNO tidak akan menikus sebagai parti politik apatah lagi sebagai suara orang Melayu.. laporan penuh bacalah di SINI

Berikut adalah kenyataan Naib Presiden UMNO tersebut yang dipetik dari FB beliau di SINI

UMNO Tidak Pernah Berlebihan Dalam Apa Jua TuntutannyaTun Hamid wajarlah memahami perspektif kenapa UMNO merasakan bahawa ia tidak mendapat agihan kerusi dengan adil. Pertama, UMNO dari awal telah menuntut agar parlimen segera dibubarkan untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya. UMNO hanya menukar pendiriannya setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik kerana tindakan Tun Mahathir. Demi menyelesaikan kemelut tersebut, UMNO dan PAS memilih untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional. Tanpa UMNO dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tidak dapat membentuk kerajaan. Justeru UMNO adalah pendiri bersama kerajaan Perikatan Nasional dan bukan penumpang. Kerana itu UMNO merasakan wajar untuk ia mendapat keadilan melalui tuntutan 'proportionate'. Kedua, UMNO ini parti politik. Ia bukan 'subordinate' kepada PPBM atau Tan Sri Muhyiddin. Ia tahu bagaimana beroperasi sebagai sebuah parti politik. Kami tahu apa tuntutan yang sesuai dengan sumbangan kami dalam membentuk kerajaan dan kenapa kami menuntut perwakilan yang 'proportionate'. Kami mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu. Bukan blok Azmin dan bukan sesiapa. Janganlah lupa bahawa hampir 35 peratus ahli Parlimen PPBM menang atas tiket UMNO. Dan selainnya adalah mereka yang melompat dari mana-mana untuk mendapat jawatan. PPBM hanya menang 13 kerusi dalam pilihanraya lepas dengan undi popular yang sangat sedikit. UMNO dan PAS menguasai 70 peratus undi popular Melayu. UMNO tahu di mana ia berada dalam persada politik Melayu dan Malaysia. Ia adalah dukungan sebenar bangsa melayu dan bukannya PPBM. Ketiga, kebimbangan Tun Hamid sepatutnya jangan ditujukan kepada UMNO. Ia patut ditujukan kepada kualiti dan wibawa kabinet itu sendiri. Bila 10 dari Menteri dari blok Azmin adalah mereka yang tidak menghormati mandat rakyat dan memperdagangkan jawatan Ahli Parlimen mereka untuk jawatan. Apakah itu sesuatu yang bermoral pada kaca mata Tun Hamid? Dan beberapa lagi yang dilantik dalam PPBM juga begitu. Mereka menang atas tiket UMNO tetapi memilih jawatan dari wibawa. Apakah ini kepimpinan Melayu yang Tun Hamid absahkan?Malah ada dikalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan. Disebalik janji untuk kerajaan yang bersih dan berintegriti. Kerajaan hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa kabinetnya. UMNO hanya melakukan tugas moralnya sebagai parti politik untuk menuntut representasi yang strategik dengan sumbangannya dan setelah memperkirakan keupayaan dan pengalamannya dalam melestarikan kepentingan bangsa Melayu. Tun Hamid berhak atas pandangannya. Saya sangat menghormati. Tetapi UMNO tidak akan menikus sebagai parti politik apatah lagi sebagai suara orang Melayu.  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO
Tidak menghormati mandat rakyat tu sama dengan khianat mandat rakyat kan?

Hmmm... Nak berkuasa punya pasal.. pengkhianat pun sanggup dijadikan kawan..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/03/azmin-adalah-mereka-yang-tidak-hormat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Selesa Azmin Jadi Menteri Kanan Kata Tajuddin

Umno Tak Selesa Azmin Jadi Menteri Kanan Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 463 hits
Haspaizi Zain Umno berasa kurang selesa dengan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri kanan Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan Muhyiddin m...
Bior Betik Umno Putuskan Kerjasama Kerajaan Pn Bukan Antara Parti Naib Presiden

Bior Betik Umno Putuskan Kerjasama Kerajaan Pn Bukan Antara Parti Naib Presiden

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 520 hits
Khalid NordinUmno dalam mesyuarat semalam memutuskan kerjasama dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional bukan dibuat antara parti politik Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Naib Presiden Umno dalam satu posting di Facebook menjelaskan mesy...
Azmin 10 Bekas Wakil Rakyat Ph Sah Sertai Ppbm Kata Pm

Azmin 10 Bekas Wakil Rakyat Ph Sah Sertai Ppbm Kata Pm

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 471 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 wakil rakyat lain secara rasmi menyertai PPBM Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 11 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasm...
Mereka Adalah Bangsa Malaysia Di Barisan Hadapa

Mereka Adalah Bangsa Malaysia Di Barisan Hadapa

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 385 hits
Mazni shahDi barisan hadapan hadapan sekarang dalam negaraku Malaysia Foodpanda Bangsa MalaysiaNurse doktor Bangsa MalaysiaPolis Bangsa MalaysiaCashier Bangsa MalaysiaAskar Bangsa MalaysiaPoslaju Bangsa MalaysiaBangsa yang tidak pernah dapa...
Rencana Mendiang Karpal Pernah Minta Anwar Bertaubat Sejarah Pengkhianatan Mandat Rakyat

Rencana Mendiang Karpal Pernah Minta Anwar Bertaubat Sejarah Pengkhianatan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 391 hits
Oleh IBNU JANIESekarang ini pemimpin pemimpin Pakatan Harapan sedang sibuk mengadakan roadshow ke seluruh negara Mereka mahu menerangkan kepada rakyat bahawa mandat yang diberikan kepada mereka telah dikhianati oleh beberapa orang bekas pem...
K Kewangan Di Bawah Guan Eng Akan Disiasat T Presiden Umno

K Kewangan Di Bawah Guan Eng Akan Disiasat T Presiden Umno

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 322 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan berjanji Perikatan Nasional akan menyiasat Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan Gambar fail The Malaysian Insight 7 Mac 2020 KERAJAAN Perikatan Nasional akan menyiasat pengurusan Kementerian Kewangan k...
Ceramah Jelajah Negara Kembalikan Mandat Rakyat

Ceramah Jelajah Negara Kembalikan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 314 hits
Penyamun Pencuri Perompak Tapi 22 bulan berkuasa seorang pun tidak disumbat ke penjara Punyalah lembab dan tak cekap buat kerja Sekarang nak bercakap pasal pengkhianat pulak 22 bulan tu kamu tak khianat kpd rakyat dan janji janji kamu sendi...
Anwar Ibrahim Perlu Ketuai Harapan Pertahan Mandat Rakyat

Anwar Ibrahim Perlu Ketuai Harapan Pertahan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 486 hits
AKMAL MANAF Kedudukan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah semakin rapuh dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat tanpa komitmen dan hala tuju yang jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir berkata Pak...
Kartel Khianati Mandat Rakyat Anwar

Kartel Khianati Mandat Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 255 hits
Kecamukan politik Malaysia dan dalaman PKR dilakukan oleh puak kartel yang telah lama berjuang lebih kepada untuk kepentingan peribadi Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata demikian dalam himpunan petang di rumah beliau semalam Apabila kita mu...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kes Bakar Lelaki Dalam Kereta Dua Rakan Dipenjara 18 Tahun

Anwar Temui Ceo Nvidia Berkenaan Pembangunan Ai Di Malaysia

Muatan Lori Kerikil Melebihi 70 Peratus Had Bdm Punca Nahas Fru

Lai House Broissin Mexico

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Terkini Dan Kini