Ayuh Kita Cuba Resipi Kuih Seri Muka Jagung Manis Di Bulan Puasa Ini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan juga amalan puasa yang datang setahun sekali. Nanti kita akan meraikan Syawal walaupun dalam keadaan yang lain tahun ini kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walau pun jauh dan tak dapat pulang beraya di kampung tetap kita akan merinduai saat indah bersama keluarga di pagi raya
Tiba-tiba pulak emo hari ni bila bicara pasal raya. Dah lah lupakan tu semua apa kata hari ni kita sama-sama belajar membuat satu resipi kuih tradisional yang digabungkan. Wakakaka Maha suka buat experiment macam ni kalau jadi boleh cuba lagi kalau tidak kita buat lain wakaka. Kali ini Maha nak mencuba buat resipi kuih Seri Muka gabung dengan Puding Jagung Manis. Maha panggil kuih ni Seri Muka Jagung Manis dan pastinya menggunakan produk berkualiti yang terbaik dari Ayam Brand
Bahan-bahan untuk membuat kuih ini tak banyak cuma cara jer agak leceh sikit. Jom kita tengok bahan yang Maha gunakan
Bahan untuk lapisan pulut:-300 gram Beras Pulut200ml santan kelapa Ayam BrandGaram secukup rasaAir kosong
Bahan untuk membuat lapisan jagung:-1/2 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim100ml santan kelapa Ayam Brand 1 cawan tepung kastard½ cawan gulaGaram secukup rasaAir Kosong
Ada dua part untuk buat kuih ini dan juga ada dua proses untuk memasak resipi ni. Korang boleh tengok video yang Maha sediakan ini Insha Allah akan menjadi yakin sangat wakakaka.
Macam mana faham dan mudah tak cara nak memasak kuih Seri Muka Jagung Manis ala Maha ni hehehe. Tak menggunakan pandan sebab musim PKPB ni susah nak dapat lak. Paling penting tips sebelum tuangkan puding jagung tu kat atas lapisan pulut korang kena garis-gariskan sikit pulut tu dengan garfu kalau tidak ia sukar melekat dan mudah tetanggal. Tips biasa jer wakakaka. Ayam Brang pun tengah menganjurkan peraduan 'Kongsi Resipi Dan Menang' di Facebook rasmi Ayam Brand Malaysia boleh lah cuba masuk hehehe
So selamat mencuba semua di bulan puasa ini dan juga selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir ini. Moga ibadah puasa korang dilimpah keberkatan dan juga kerahmatan. Maha nak ucapkan selamat Hari Raya juga in advance kepada semua yang mengenali diri ini dan sepuluh jari disusun mohon kemaafan harap halalkan segala yang terkurang dan terlebih. Janganlah sedih-sedih ok Maha pun tak dapat balik raya. Beraya ngan adik beradik jer kat KL ni. Waaaa...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/05/ayuh-kita-cuba-resipi-seri-muka-jagung-manis-ayam-brand.html