Ayam Masak Merah Signature Recipe Azie Kitchen
Alhamdulillah kita telah pun menghampiri malam malam 10 akhir Ramadhan di mana salah satu malamnya adalah malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Apa sahaja amalan kita pada malam tersebut akan digandakan melebihi 83 tahun. Ini lah peluang yang kita tidak boleh lepaskan.
Malam tersebut juga akan diturunkan ketentuan Qada Qadr seseorang. Malaikat jibril turun mengatur segala urusan Qada Qadr. Jadi perbanyakkan berdoa, Ya Allah, jika Qadar aku baik, jadikan ianya lebih baik.
Jika qadr ku tidak baik, ubahkan lah supaya ia menjadi qadr yang baik. Itu lah doa yang diajar oleh Ustaz Ibrahim Muhammad kepada kami untuk malam malam 10 Akhir Ramadhan ini. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Setiap kali ke satu bazar Ramadhan, pasti terliurkan nasi minyak dengan pelbagai lauk seperti ayam masak merah, daging rendang dan macam macam.
Satu hari saya minta Nana belikan nasi minyak dengan ayam yang dimasak merah. Tapi hampa bila makan terasa tak secukup rasa. Nasi minyak pula dibuat dari beras biasa, jadi agak keras dan berketul ketul. Sepatutnya gunalah beras basmathi. Supaya orang suka dan akan terus menjadi pelanggan setia. Nampak macam ada buat catering untuk majlis kawin juga.
Jadi kalau nak makan yang sedap dengan nasi minyak, memang tiada harapan melainkan kena memasak sendiri. Selain dari ayam masak merah, saya sediakan juga nasi minyak, acar timun masak dan papadom.
Resipi ayam masak merah ini adalah salah satu signature recipe dari Azie Kitchen. Saya pernah kongsikan resipi ini sepuluh tahun yang lalu. Ianya telah dicuba oleh ribuan follower saya. Jadi saya hari ini ingin kongsikan resipi sekali lagi. Resipi kesayangan saya ini.
Haa kalau nak temgok resipi dan cara penyediaan, boleh subscribe Azie Kitchen Youtube Channe di SINI. Jom layaaan….
Ayam Masak Merah Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 kg ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis5-6 sudu besar cili kering kisar5-6 sudu besar sos cili1 tin 100 gram tomato puree/4 sudu besar300 - 350 ml air1 sudu besar garam secukupnyaGula - opsyenal2 cawan minyak - gorengan ayam60 ml santan - opsyenal tak letak140 gram kacang peas - opsyenal
Bahan kisar halus:7 biji bawang besar - 500 gram5 ulas bawang putih - 50 gram1 inci halia - 15 gram
Bahan hiris:2 biji bawang besar Holland5 ulas bawang putih1 inci halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan tomato puri dan sos cili. Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Dikacau rata dan biarkan seketika. Nota: Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat.
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai dan untuk memasakkan ayam sepenuhnya.
Setelah ayam masak, masukkan santan atau susu cair untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
Masukkan garam. Masak sehingga terbit minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Masukkan kacang peas. kacau rata.
Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
Nota:Kalau guna buah tomato, masukkan semasa menumis cili supaya sambal tahan lama.
Jika guna susu atau santan, kuah tidak menjadi merah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/04/ayam-masak-merah-signature-recipe-azie.html