Nasi Minyak Sedap Dan Mudah Azie Kitchen




Alhamdulillah bertemu kembali hari ini. Kalau semalam saya kongsikan resipi ayam masak merah, resipi signature Azie Kitchen di SINI, hari ini saya kongsikan pula rakan baik atau BFFnya iaitu nasi minyak. Seperti biasa kalau saya memasak, memang saya akan memasak versi simple simple jer. Selain ayam masak merah, ada juga acar timun masak dan papadom.
Kalau mencari resipi di google pun, tidak semua resipi yang akan ambil. Saya melihat siapa yang berkongsi dan asal usul resipi tersebut. Contoh, adakah ianya resipi turun temurun bonda mereka atau resipi yang digunakan dalam perniagaan. Jika tidak, memang saya akan tengok dan cari next. 
Ramai sangat yang berkongsi resipi sekadar content, kadang kadang copy dari mana mana pun. Bila kita ikut resipi yang diberi, tidak menjadi pun. Sedang saya ialah seorang pencinta resipi yang kemudian berkongsinya untuk manafaat orang lain setelah saya sendiri mencubanya. 

Dalam banyak banyak nasi berperisa saya suka hanya nasi minyak. Saya makan juga nasi beriyani, nasi tomato, nasi hujan panas semua tu tapi saya lebih suka nasi minyak dengan rasa yang humble jer. Tak bermewah mewah. 
Jom layan resipi dan cara penyediaan nasi minyak saya. Saya masak simple simple jer. Tak ada kosmetik bagai. Cuma kalau ada, jus sunquick boleh masukkan sesudu. Kalau tak ada, pun tak apa. Kita yang masak dia kan. Selamat mencuba..... 


Nasi Minyak Sedap Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 cawan beras basmathi 5 cawan air 1 cawan susu cair2 helai daun pandan - siat dan simpul½ cawan kismis1 batang serai - titik2 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak jagung½ sudu kecil garam1 sudu kecil serbuk secukup rasaPewarna kuning telur
Bahan Hiris:1 inci halia - hiris kasar4 biji bawang merah2 ulas bawang putih
Rempah tumis2 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum cengkih3 biji pelaga
Cara cara:Rendam beras dalam 20 minit. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak. Masukkan serai, rempah 4 sekawan, bawang dan halia hiris. Tumis sehingga bawang keperangan.
Masukkan air, susu, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Masukkan beras.
Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, masukkan kismis dan titiskan pewarna.  Tutup semula periuk. Biarkan sehingga 8-10 minit lagi sebelum nasi digembur perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan dengan daging atau Ayam masak merah di SINI.


Nota:Jika masak 5 cawan beras, saya guna 5 cawan air dan 1 cawan susu, 3 sudu besar minyak sapi dan 1 sudu kecil garam.
Guna beras Basmathi steam, nasi minyak menjadi lebih lembut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/nasi-minyak-sedap-dan-mudah-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Nasi Lemak Paling Sedap Azie Kitchen

Sambal Nasi Lemak Paling Sedap Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 306 hits
Hari minggu sebelum Ramadhan saya staycation di sebuah hotel di Putrajaya Sarapan dimasukkan sekali Jadi saya turun bersarapan Seperti biasa bila nampak nasi lemak saya akan terus ke kaunter nasi lemak Ada disediakan lauk ayam rendang dan s...
Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 307 hits
Resepi Nasi Ayam Hainan Sebahagian anda mungkin belum mengenal nasi ayam hainan sebelumnya Nasi ini adalah masakan khas Tionghoa yang juga terkenal di beberapa wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura Masakan olahan ayam hai...
Nasi Lemak Tanpa Santan Mudah Dan Sedap

Nasi Lemak Tanpa Santan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 233 hits
Telah lebih 10 tahun saya menulis blog yang umpama diari harian saya juga Tempat saya berbicara Kali ini saya tidak lagi aktif seperti dulu Saya menulis hanya bila saya rasa ada semangat dan motivasi untuk menulis sahaja Saya tak pasti kala...
Resipi Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah Dan Sedap Gerenti Menambah

Resipi Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah Dan Sedap Gerenti Menambah

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 361 hits
Sebut sahaja bubur nasi berlauk dah terbayang keenakannya yang lazimnya digandingkan dengan sambal ketuk dan kangkung goreng belacan Di samping lobak masin kacang dan ikan bilis goreng serta telur masin Kadang kadang ada nasi lebihan di rum...
Ayam Masak Merah Bersantan Hidang Dengan Nasi Tomato Boleh Nasi Minyak Pun Sedap

Ayam Masak Merah Bersantan Hidang Dengan Nasi Tomato Boleh Nasi Minyak Pun Sedap

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 219 hits
Raya dah dekat dah ni kalau masih tak tahu nak masak menu apa masa raya nanti boleh cuba buat ayam masak merah santan ni Nak hidang dengan nasi tomato boleh nasi minyak pun boleh dua dua sedap Yang menariknya resipi dari ni ditambah serbuk ...
Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 208 hits
Resepi Nasi Ayam Penyet bukanlah seperti yang kebanyakan kita kira ayam yang di penyek penyek Penyet berasal dari bahasa jawa yang artinya lumat Maksudnya bahan yang dipakai untuk masak di lumatkan Ayam penyet dihidangkan bersama sambal yan...
Cara Mudah Buat Cekodok Kembung Sedap Guna Eno

Cara Mudah Buat Cekodok Kembung Sedap Guna Eno

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 657 hits
Memang sedap andai dapat menikmati Cekodok Kembung yang terksturnya garing diluar dan lembut didalam Bila dimakan bersama sos pilihan terasa nikmat dan puas Bagi anda yang tercari cari resipi Cekodok Kembung yang mudah dan sedap resipi perk...
Resepi Mudah Tauhu Telur Homemade Lebih Bersih Dijamin Sedap Serta Halal

Resepi Mudah Tauhu Telur Homemade Lebih Bersih Dijamin Sedap Serta Halal

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 171 hits
Mudah je nak buat tauhu telur homemade Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni Boleh dimasak sup dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap Tauhu ini sangat mudah didapati di pasaraya namun ia juga sa...
Lemang Segera Yang Mudah Dan Sedap

Lemang Segera Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 399 hits
Saya pula yang mengira hari Nana dan famili akan berangkat ke London dan beraya di sana Pertamanya berjauhan dengan Aliya menjadikan saya sedih keduanya sedih sebab mereka tiada masa raya Ketiganya selepas mereka balik keadaan tidak akan sa...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur