Nasi Minyak Ayam Masak Merah Untuk Berbuka 15 Puasa


 Assalamualaikum WBT
BILA ditanya menu untuk berbuka semalam, Pak Inche beritahu dia akan tapau dari Bazar Ramadhan sama ada Nasi Beriani atau Nasi Minyak. Sk beritahu, kalau nak makan Nasi Minyak, Sk akan masak sendiri memandangkan semalam pulang awal, kan. Rasa tak puas makan nasi sejuk masa berbuka, kalau masak sendiri, dapat makan nasi panas-panas baru keluar dari rice cooker. Tengahari, Sk keluar ke Maslee.. ala...dekat jer dengan pejabat, lima minit dah sampai.

Nah.. kau.. dah kena keluar modal tak pasal-pasal nak masak nasi minyak sendiri kononnya. Hari tu, tengok kat satu page ni, kisah orang beli nasi beriani ke nasi minyak dua bungkus kat bazar Ramadhan kena RM26 - RM28, mahal dan tak puas makan. Esoknya dia kata, beli ayam dan beberapa bahan lain, kena RM20, masak sendiri, puas makan. Kena kecam ya dengan netizen. Sk fikir, kalau la Sk tak sukarela nak masak, sesen pun tak payah keluar, hihi. Sebenarnya ada pro dan kontra membeli makanan siap atau dimasak sendiri. Lagipun, memang semalam nak makan nasi minyak air tangan sendiri. Jadi, tak kisahlah kena keluar modal ke apa


Tujuan ke Maslee tu, nak beli bahan untuk Acar Jelatah dan daun bawang serta daun sup untuk tabur atas nasi. Beli timun ni sebiji jer saiz kecik, 43 sen sebiji. Tak suka yang besar, banyak biji dan berair


Nenas RM4 sebijik. Guna pun suku biji aje, hihi


Cili merah nak pakai setangkai jer, takkanlah nak beli setangkai, kita ambillah lima, RM1.14. Ada cili siap pek tak pasti berapa gram beratnya, RM2.99 ke.. RM3.99 sepeket


Tak pasti ada stok tak krimer sejat dan kacang pea, beli aje la. Sk rekomen siapa nak beli kacang pea, beli brand ni, elok kacangnya hijau tak ada pecah-pecah atau terkupas kulitnya. Kacang pea nak masuk dalam Ayam Masak Merah ala-ala rumah kenduri, hehehe


Saja jer beli tomato, mana tahu esok-esok nak masak kari ke, kan. Dua biji RM1.18. Ada yang dah siap pek juga, memang macam lebih jimat tapi kalau sampai lebam dan benyek tomato dalam peti sejuk tak dimasak, baiklah beli ala carte, hehehe


Pukul 5.30 baru siapkan bahan.. kupas bawang, cuci dan rendam beras. Dah setahun beli set beras untuk masak nasi arab masa raya kat Terengganu, tapi entah bilanya nak dimasak, Sk guna beras ni ajelah. Rasanya ni beras pusa krim, panjangggg. 
Bila disukat beras dalam pek tu, dua mug. Nak masak satu mug macam tak cukup, nak masak satu setengah mug, ada baki sikit tu nak buat apo?? Jadinya, masak ajelah semua dua mug tu.  Sukatan cecairnya Sk gunakan 1 cawan susu sejat dan 2 cawan air. Kiranya, nisbah beras dan cecair ialah 1:1.5. Memang cantik kering dan muai nasinya tu. 

Ayam Masak Merah.. pun sangat sedap.. hahaha. Memang sesuai betullah dipadankan dengan nasi minyak tu. Ayam tu Pak Inche baru beli hari ahad kat Pasar Tani. Memang kat rumah kena sentiasa ada stok ayam sebab kat rumah ni ada hantu ayam 😆


Ayam goreng wajib ada. 

Acar Jelatah. Timun sebiji dan suku bahagian nenas


Pinggan Pak Inche. Pak Inche kata, esok (hari ni) nak berbuka nasi minyak ni lagi, cukup tak? 😆

Panaskan Daging Beriani yang Pak Inche beli hari tu, tak disentuhnya pun


Kan dah kata, gegel badan Pak Inche kalau tak ke param, hehe. Dia beli Mee Kari sebungkus, karipap daging dua biji dan onde-onde. Selain tu, dia beli empat biji air kelapa siap bungkus


Dah 15 hari puasa baru dapat bubur lambuk, tiga mangkuk pulak tu. Malam tadi dah makan semangkuk


Sahur pagi tadi, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Acar Jelatah untuk Sk dan Capati dan Keema untuk Pak Inche. Tapi, Pak Inche ngecek jugak tiga suap nasi minyak, hehehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/04/nasi-minyak-ayam-masak-merah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Merah Signature Recipe Azie Kitchen

Ayam Masak Merah Signature Recipe Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 375 hits
Alhamdulillah kita telah pun menghampiri malam malam 10 akhir Ramadhan di mana salah satu malamnya adalah malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan Apa sahaja amalan kita pada malam tersebut akan digandakan melebihi 83 tahun Ini l...
Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti Untuk Anak Yang Tolak Nasi Juadah Simple Berbuka Puasa

Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti Untuk Anak Yang Tolak Nasi Juadah Simple Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 399 hits
Spicy Buttermilk Spaghetti antara menu yang paling simple untuk disediakan Tambah pula anak kalau dah jemu makan nasi memang kena lah menu ni untuk juadah berbuka anak anak nanti Jom intai resepi Spicy Buttermilk Spaghetti rasanya serius se...
9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 466 hits
Assalamualaikum WBTKITA telah memasuki sepertiga Ramadhan bagi tahun 1444H Perut pun dah serasi tak makan dan minum di waktu siang berhari hari Cuma Ramadhan kali ini cuacanya lain macam Pagi sehingga tengahari panas berdenting namun bertuk...
11 Puasa Berbuka Nasi Beriani Kawah Abang Besar

11 Puasa Berbuka Nasi Beriani Kawah Abang Besar

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum WBTHARI tu Sk bawa balik semula sebungkus yang Sk beli untuk Belinya tiga tapi berbuka tu makan Nasi Lemak kan cuma sekotak jer beriani dimakan sekotak Sk tinggal dan sekotak bawa balik Sk panaskan untuk berbuka semalam Sk d...
Resipi Sup Ayam Berempah Sesuai Untuk Berbuka Puasa Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan

Resipi Sup Ayam Berempah Sesuai Untuk Berbuka Puasa Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 335 hits
Bila berpuasa ni ada masanya tak berselera nak makan menu yang berat Mahukan menu yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan Sajian yang sering menjadi pilihan adalah sup Sup ada banyak versi dan resipinya juga macam macam jenis Ada yang tak ...
Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua

Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 202 hits
Salam 16 Ramadhan semua Aduyai malasnya nak update blog tapi kugagahkan jua huhu Arini mama nak tunjuk Menu Berbuka Puasa Minggu Kedua tahun ni Konsep makanan Ramadhan tahun nu adalah makanan yang humble hihi Jom tengok betapa humblenya men...
Menu Gulai Itik Salai Nogori Juadah Berbuka Puasa

Menu Gulai Itik Salai Nogori Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 267 hits
Kalau dah lebih seminggu berpuasa pasti kita akan mula mencari menu baru untuk juadah berbuka Kalau hari hari berbuka dengan menu yang sama ramai yang akan rasa muak Sebab itu cara terbaik kami terjah saja beberapa Pasar Ramadhan sekitar Ku...
Menu Berbuka Puasa Hari Ke 14

Menu Berbuka Puasa Hari Ke 14

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 719 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam Mak Pah masak sekali lagi ayam masak merah memang macam tu la dia bila sedap pada dia maka dia akan repeat memang sedap la dia masak semalam bertambah tambah lauk kitorang bukan tambah nasi ye Ada 2 lauk je...
9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa

9 Jenis Resepi Air Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 349 hits
9 Jenis Resepi Air Berbuka PuasaAir Mata Kucing 1 Resepi Air Mata KucingBahan bahan yang diperlukan Buah mata kucing kering secukupnya1 buku gula melaka2 buku gula batuGula mengikut kemanisanAir secukupnyaDaun pandan di simpulCara cara peny...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra