Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi
Ayam Masak Kerutuk Daripada Rempah Adabi | Dah agak lama tak makan Ayam masak kerutuk, baru -baru Cik Ash ada la shopping dekat pasar raya econojaya dekat taman ni, duk cari la rempah kari ikan terjumpa rempah kerutuk daripada adabi baru ada dipasaran la kut sebelum tak pernah nampak bila shopping dekat tesco tak ada pun.
Nak masak kerutuk lebih kurang cara nak masak gulai ayam yang Cik Ash selalu masak cuma kerutuk ni kita kena tambah kerisik. Selalu Cik Ash guna rempah kerutuk yang beli dekat kelantan. Disebabkan habis stock dah tu yang try guna Rempah Kerutuk Adabi punya ni. Jom kita layan resepi cara Cik Ash buat yang sangat mudah disediakan, cepat dan paling penting sedap. Lagi pulak Cik Ash masak ni untuk 3 orang makan dekat rumah.
Ayam Masak Kerutuk Rempah Adabi
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
12 ketul ayam
Bahan-bahan Kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Bahan Lain
1 paket rempah adabi
1 labu bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 titik serai
asam keping
sedikit kerisik
kulit kayu manis, bunga lawang untuk menumis
garam dan gula
santan 1 kotak
Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak masak dalam periuk,masukkan bahan penumis , bahan kisar dan bahan dihiris.
2. Tumis sehingga bau wangi dan kering.
3. Masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuhkan dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api yang perlahan sehingga air ayam kering dan santan naik minyak.
4. Masukkan serai dan santan,kerisik,asam keping,garam dan gula. Gula itu mesti lebih kerana kerutuk mesti kena ada rasa manis sedikit.
5. Selepas itu sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang kita nak.
6. Siap!!! boleh di angkat di makan dengan nasi panas.
Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi
Cik Ash nak bagitahu masak kerutuk kuahnya warna gelap dan berkuah agak pekat macam kita buat pajeri nenas tu. So korang yang rasa teringin nak makan kerutuk tak ada rempah kerutuk nanti boleh dapatkan rempah kerutuk di laman web adabi ataupun pasaraya berdekatan korang ya.
Ok la itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsi masakan Ayam Masak Kerutuk Guna Rempah Adabi, Sedap jugak buat guna rempah ni, ditambah pulak dengan acar timun dengan sambal aduhaiii hancur diet Cik Ash bila makan masakan ni hahaha. Selamat memcuba resepi ni ya. So kalau korang nak tengok koleksi resepi lain boleh terjah dekat #dapurcikash.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2019/04/ayam-masak-kerutuk-guna-rempah-adabi.html