Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan


Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai - pusat beli-belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna-warna menyerlah yang menggembirakan, di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyediakan pelbagai juadah istimewa bagi menyambut kehadiran tetamu dan insan tersayang. Pastinya anda memerlukan sajian enak yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga penuh khasiat bagi membolehkan anda mendepani cabaran fizikal semasa musim ini



Ayam Brand sedia membantu anda terus bertenaga menerusi rangkaian produk sardin dan mackerel berkualiti tinggi dan versatil yang merupakan sumber protein terbaik dan pilihan sempurna pada musim perayaan ini. Ia merupakan penyelesaian yang mudah, berkhasiat dan enak bagi hidangan dan kudapan pra-perayaan dan semasa hari keraian nanti

Menyediakan pelbagai sebab positif seperti kualiti dan kemudahan yang disediakan, nilai khasiat, versatil untuk pelbagai jenis masakan enak yang memenuhi selera, pastikan anda memasukkan Ayam Brand dalam senarai beli-belah atau bakul pembelian dalam talian anda sekarang. Rangkaian produk ikonik Ayam Brand ini tentunya mengangkat penampilan hidangan istimewa yang anda sediakan

Memudahkan dan Kualiti
Selama 132 tahun tin produk sardin dan mackerel Ayam Brand yang berwarna ikonik merah dan kuning menyediakan sumber protein berkualiti tinggi dengan mudah dan segera. Ia adalah pilihan ideal bagi mereka yang sibuk serta mempunyai masa yang terhad, selain ketika musim perayaan. Puncak kesenangan yang disediakan Ayam Brand adalah dengan hanya perlu menarik tab pada tin dan ia terus tersedia untuk makan

Untuk menyedapkan lagi hidangan, anda boleh menambah pelbagai ramuan lain dan ia boleh dijadikan inti sandwic, capati dan warp. Lebih daripada itu, anda boleh mengolahnya dengan menambahkan herba dan rempah pilihan untuk dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi mahupun sebagai kuah pasta atau dicicah bersama roti



Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand kaya dengan protein dan kalsium serta 7x lebih tinggi kandungan asid lemak Omega-3 berbanding sardin1 dan mackerel yang ditangkap segar di perairan tempatan dan dimasak di rumah! Golongan dewasa dan kanak-kanak seharusnya memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu untuk mendapatkan kelebihan Omega-3 demi meningkatkan tahap kesihatan2 mereka memandangkan tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 yang diperlukan untuk kekal sihat3. Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna adalah kaya dengan Omega-3. Untuk lebih mudah, buka sahaja satu tin Sardin atau Mackerel Ayam Brand untuk suntikan mingguan ikan berlemak yang berkhasiat dan enak
Versatil dan Enak
Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand menyediakan peluang untuk anda mencuba banyak pilihan masakan tempatan dan antarabangsa dengan mudah. Antaranya adalah hidangan ‘wajib’ ketika berkelah yang terdiri daripada sandwic atau roti sardin serta sos pasta mackerel, karipap kari dan bermacam-macam lagi. Bersama resipi-resipi kreatif, sardin dan mackerel Ayam Brand sesuai sebagai ramuan pelbagai sajian yang bersesuaian dengan cita rasa dan amalan pemakanan tempatan

Sentuhan Bergaya pada Musim Perayaan
Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai masa semasa musim perayaan ini. Dapatkan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand untuk menyediakan hidangan menakjubkan seperti kari mackerel ala Indian, sardine shepherd’s pie dan pâté mackerel sebagai hidangan pembuka selera. cepat disediakan, lazat, berkhasiat dan bergaya



Nikmati manfaat daripada resipi-resipi khas dan istimewa yang menggunakan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand bersama pelbagai produk Ayam Brand lain pada musim perayaan. Ia mudah, berkualiti, mengandungi nutrient seperti protein, kalsium dan Omega-3 serta memberikan sentuhan luar biasa yang enak pada hidangan anda

Kari Mackerel Bersama Nanas
Kari yang menyelerakan ini pastinya akan mengingatkan anda akan masakan Nyonya kerana ia menggunakan nanas. Walaupun namanya mungkin memberikan gambaran bahawa ia satu resipi yang kompleks tetapi pada hakikatnya, ia amat mudah untuk disediakan



Anda hanya perlu memanaskan 1 sudu besar minyak sayuran dalam sebuah pan di atas api sederhana. Kemudian, masukkan bawang yang telah dipotong dan bawang putih yang dicincang halus, masak sehingga ia lembut. Tambahkan satu pek Pes Kari Ikan Ayam Brand dan satu sudu kecil serbuk kunyit, masak selama kira-kira seminit sebelum memasukkan satu tin Ketulan Nanas Ayam Brand (425g) dan biarkan selama 2 minit. Tuangkan satu pek Santan Kelapa Ayam Brand 200ml dan masak sehingga mendidih. Buka satu tin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g) dan masukkan sardin serta sos tomato tersebut secara perlahan-lahan ke dalam kuah yang sedang dimasak. Biarkan ia mendidih selama 5 minit. Masukkan garam secukup rasa dan hias dengan taburan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi panas atau roti

Pasta Bake Sardin & Tomato
Pasta, sardin dan keju adalah teras sajian fusion yang menzahirkan rasa enak dan tarikan seleranya

Rebus pasta mengikut arahan pada pek sehingga al dente. Toskan pasta yang telah dimasak dan asingkan. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun dalam pan di atas api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih sehingga lembut. Masukkan 200ml sos marinara dan satu sudu kecil daun selasih (basil) kering. Biarkan mendidih selama lima minit. Buka satu tin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g), leraikan sardin tersebut sebelum memasukannya ke dalam sos. Gaul sehingga sebati



Sediakan ketuhar pada suhu 180°C (350°F). Gabungkan pasta yang telah dimasak dan sos sardin. Pindahkannya ke dalam bekas membakar dan taburkan separuh cawan keju mozzarella bersama suku cawan keju Parmesan parut. Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas berwarna keemasan dan menggelegak. Hias dengan taburan daun selasih segar sebelum dihidangkan

Karipap Kari Sardin
Karipap kari sardin adalah satu kuih kegemaran rakyat Malaysia dan amat mudah untuk disediakan. Ia pasti akan menambah kegembiraan hidangan perayaan anda nanti

Dalam sebuah pan, panaskan satu sudu besar minyak sayuran dan tumis suku cawan bawang yang dicincang halus sehingga layu. Masukkan satu sudu besar serbuk kari dan setengah sudu kecil serbuk kunyit, masak selama seminit lagi. Masuk ubi yang telah dilenyek dan keseluruhan kandungan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand (425g). Gaul sekata dan masak selama beberapa minit. Tutup api dan masukkan daun ketumbar yang telah dipotong



Sediakan kulit karipap dengah memotong paf pastri kepada segi empat tepat. Letakkan sedikit isi yang tersedia di bahagian tengah paf berkenaan. Lipat dan kelimkan sisi paf yang kini berbentuk segitiga. Berus bahagian atas paf dengan telur yang telah dipukul bagi mendapatkan kemasan keemas-emasan. Letakkan paf di atas bekas membakar dan masukkannya ke dalam ketuhar yang bersuhu 200°C (400°F) selama 15-20 minit atau sehingga karipap mengembung dan berwarna perang keemasan. Nikmati karipap ini ketika ia panas sebagai snek mahupun hidangan pembuka selera

Produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas daripada kedai-kedai berhampiran kegemaran anda, Aeon, Aeon Big, Econsave, Giant, pasar raya Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotus, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers, Family Store atau mengunjungi gedung dalam talian Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/12/ayam-brand-meningkatkan-nutrisi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Brand Komited Meneruskan Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17

Ayam Brand Komited Meneruskan Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 221 hits
Siapa saja yang tidak kenal Ayam Brand satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG serta merupakan pemegang sijil Halal ...
The Curve Meraikan Musim Perayaan Krismas Dan Ulangtahun Ke 20 Dengan Sambutan Berganda Yang Meriah

The Curve Meraikan Musim Perayaan Krismas Dan Ulangtahun Ke 20 Dengan Sambutan Berganda Yang Meriah

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 297 hits
Hi Korang Musim perayaan Krismas bakal menjelang tiba dan the Curve telah bersedia untuk meraikannya dengan penuh keajaiban bersama anda Dari 30 November 2024 hingga 1 Januari 2025 the Curve mengalu alukan para pengunjung untuk menyertai Ke...
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 214 hits
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign Ayam Brand a renowned Halal certified canned food brand with 132 years of history returns with its 2024 Community Care Campaign themed AyamBersamaMu Sihat Cergas La...
Elevate Your Festive Meals With Ayam Brand S Convenient And Nutritious Options

Elevate Your Festive Meals With Ayam Brand S Convenient And Nutritious Options

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 208 hits
Elevate Your Festive Meals with Ayam Brand s Convenient and Nutritious Options As the festive season draws near the air buzzes with excitement and anticipation Families are busy preparing for the whirlwind of shopping decorating and cooking...
Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 196 hits
nbsp BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bers...
Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 140 hits
JANGAN BUAT PASAL MUSIM HUJAN NI Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Masih hujan Cuma mungkin lebih menjarak atau berselang seli tidaklah setiap hari Tapi ada masa masa setiap hari hujan Sejuk sampai...
Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

Sebaran Maklumat Mengenai Perubahan Dasar Atau Sistem Th Musim Haji 2025 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 784 hits
SEBENARNYA Menurut Tabung Haji Para pendeposit TH perlu berhati hati apabila menerima maklumat yang belum pasti kesahihannya Hanya rujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat SUMBER Facebook Rasmi TH
Harga Durian Muar 2025 Musim Kecil

Harga Durian Muar 2025 Musim Kecil

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 630 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Alhamdulillah dengan kurniaan rahmat Allah swt dipertemukan lagi kita dengan musim durian kecil penghujung tahun 2024 dan berlarutan hingga ke awal tahun 2024 Berikut kami akan senaraikan harga durian...
Bahaya Tersorok Tak Cukup Minum Air Di Musim Sejuk

Bahaya Tersorok Tak Cukup Minum Air Di Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 110 hits
Bahaya Tersembunyi Tidak Minum Cukup Air di Musim Sejuk Musim sejuk sudah tiba dan ini selalunya membuat banyak daripada kita malas untuk minum air Apabila suhu menurun kita sering merasakan kurang dahaga Tapi tahukah anda bahawa dehidrasi ...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan