Ayam Brand Komited Meneruskan Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17


Siapa saja yang tidak kenal Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan mudah  serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008. 



Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat. 


Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas. 


Di Klang Valley, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada 6 NGO dengan menyediakan mereka 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak. 

Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.



Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat. 


“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya. 


Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan  Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3. 


“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.” 


“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.  
 


Laporan berita  baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah  mengalami masalah lebihan berat badan atau obes. 
 
Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka. 


“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global  melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” Teoh menghurai lanjut. 


“Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Hospital Columbia Asia. 


Di Klang Valley, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor , Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.


Baca Juga : Kempen Komuniti Ayam Brand™


Mengenai Ayam Brand™Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 132 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal.  Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.




Tentang Columbia AsiaKumpulan hospital Columbia Asia, yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1996, adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan antarabangsa yang mengendalikan kemudahan perubatan di Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. Hospital-hospital Columbia Asia kini merupakan sebahagian daripada Asia OneHealthcare, yang dimiliki majoriti oleh Kumpulan Hong Leong dan firma pengurusan aset alternatif global, TPG.  Sejak penubuhannya, Columbia Asia dengan penuh dedikasi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang di seluruh Asia Tenggara selama lebih dari dua dekad. Dengan 27 kemudahan perubatan canggih di Malaysia (18), Indonesia (8), dan Vietnam (1) yang terletak secara strategik di kawasan berpenduduk padat, ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan sebaik mungkin yang berdekatan dengan tempat tinggal, serasi dengan tagline syarikat – Right Here for You. 
  
Penekanan Columbia Asia adalah pada pengesanan awal penyakit melalui teknologi terkini untuk mendapatkan diagnosis yang tepat lantas meningkatkan lagi prosedur yang kurang invasif. Untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan komuniti secara umum, dari pencegahan penyakit sehingga rawatan, Columbia Asia menawarkan disiplin-disiplin utama seperti Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, dan Pembedahan Umum. Ia juga menawarkan perkhidmatan Columbia Asia juga merangkumi penjagaan kesihatan tersier yang melibatkan bidang perubatan yang lebih kompleks seperti pembedahan neuro, rawatan penyakit jantung, dan penjagaan kanser berintegrasi. Seiring dengan pertumbuhan komuniti, hospital Columbia Asia berkembang untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan yang meningkat. 
 
Columbia Asia menegakkan tadbir urus klinikal yang ketat dan etika perubatan, yang membawa kepada hasil penjagaan pesakit yang cemerlang. Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia/Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), hospital-hospital Columbia Asia diiktiraf kerana keunggulan dalam piawaian dan servis, serta khidmat kesihatan. Misinya ialah untuk memupuk masyarakat yang lebih sihat dengan menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti mudah dicapai dan memperjuangkan langkah-langkah pencegahan penyakit. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/12/ayam-brandkomited-meneruskan-kempen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 193 hits
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign Ayam Brand a renowned Halal certified canned food brand with 132 years of history returns with its 2024 Community Care Campaign themed AyamBersamaMu Sihat Cergas La...
Kempen Ayambersamamu Komited Kanak Kanak Malaysia Lebih Sihat Dan Cergas Fizikal

Kempen Ayambersamamu Komited Kanak Kanak Malaysia Lebih Sihat Dan Cergas Fizikal

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 807 hits
Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17 Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikalAyam Brand satu jenama terkenal selama 132 tahun ...
Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 376 hits
Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai pusat beli belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna warna menyerlah yang menggembirakan di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyedi...
Elevate Your Festive Meals With Ayam Brand S Convenient And Nutritious Options

Elevate Your Festive Meals With Ayam Brand S Convenient And Nutritious Options

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 166 hits
Elevate Your Festive Meals with Ayam Brand s Convenient and Nutritious Options As the festive season draws near the air buzzes with excitement and anticipation Families are busy preparing for the whirlwind of shopping decorating and cooking...
Brand New Mostbet Bonus Computer Code Dimers Unlocks 1k Copa America Benefit For Soccer Betting

Brand New Mostbet Bonus Computer Code Dimers Unlocks 1k Copa America Benefit For Soccer Betting

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 330 hits
With Ecuador and Venezuela getting another teams within this group a new win here could put them in the strong position to be approved for the knockouts Nick Slade using nearly two many years of experience will be the Chief Content Officer ...
Singgah Kebun Komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

Singgah Kebun Komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 197 hits
nbsp Waktu kak ana dan suami sarapan pagi di Kedai Atok Legasi Kampung Melayu Pekan Rawang hari tu depan sahaja kedai ni adalah kak ana nampak macam nurseri jualan pokok pokok Lepas sarapan kak ana ajak suami singgah sat nak tengok pokok ap...
Blog Ini Akan Membantu Nga Kor Ming Supaya Meneruskan Saman Terhadap Manusia Yang Merosakkan Nama Pas Daan Umat Islam

Blog Ini Akan Membantu Nga Kor Ming Supaya Meneruskan Saman Terhadap Manusia Yang Merosakkan Nama Pas Daan Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 126 hits
Qilin IdrisBila nak berhenti buat fitnah Penatlah tengok mahluk yang kunun nya ahli syurga tapi suka buat firnah
Brand S Essence Of Prune Solusi Tepat Untuk Kulit Sehat Dan Pencernaan Lancar Tiap Hari

Brand S Essence Of Prune Solusi Tepat Untuk Kulit Sehat Dan Pencernaan Lancar Tiap Hari

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 128 hits
Menjaga kesehatan kulit dan pencernaan merupakan dua hal yang saling berkaitan dalam menjaga keseimbangan tubuh manusia Dengan memiliki kulit yang sehat dan sistem pencernaan yang optimal kamu tentu tidak hanya merasa lebih sehat tetapi jug...
Crafting A Memorable Brand Name

Crafting A Memorable Brand Name

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 849 hits
Crafting a Memorable Brand Name A Comprehensive Guide A strong brand name is the cornerstone of any successful business It s the first impression you make on potential customers and a powerful tool for building brand recognition loyalty and...
Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse

Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap

Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Amira Othman Bila Nak Nikah Chord


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Udang Masam Manis Padu

Masuk Kod 6 Digit Google Adsense Kalau Tak Pendapatan Disekat

Rumah Kediaman Bekas Suk Bukit Bius Kuala Lipis

Siapa Yang Berbohong Dr Mahathir Atau Anak Pak Lah

Healthcare Inflation In Malaysia Are We Paying Too Much

Will Trump 2 0 Make America Grate Again