The Curve Meraikan Musim Perayaan Krismas Dan Ulangtahun Ke 20 Dengan Sambutan Berganda Yang Meriah


Hi Korang,
Musim perayaan Krismas bakal menjelang tiba, dan the Curve telah bersedia untuk meraikannya dengan penuh keajaiban bersama anda! Dari 30 November 2024 hingga 1 Januari 2025, the Curve mengalu-alukan para pengunjung untuk menyertai Kempen Krismas 'Gift of Joy'. 

Kempen tahun ini bukan sekadar meraikan musim perayaan ini - ia juga sempena Ulang Tahun ke-20 the Curve, sebuah sambutan untuk meraikan kegemilangan dua dekad yang dipenuhi dengan kenangan yang bermakna, ikatan komuniti dan pertumbuhan yang cemerlang


Dengan tema 'Gift of Joy' sambutan ini menggabungkan keceriaan musim perayaan Krismas dengan imbauan nostalgia warisan the Curve. Menampilkan hiasan Krismas yang mempesonakan dan juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, the Curve muncul sebagai sebuah destinasi yang ideal untuk keluarga, rakan dan juga komuniti untuk mencipta kenangan perayaan Krismas yang tidak dapat dilupakan serta meraikan kegemilangan selama dua dekad pusat beli-belah ini

"Sejak 20 tahun yang lalu, the Curve telah menjadi tempat di mana persahabatan terjalin mesra, keluarga mencipta kenangan bersama, dan juga komuniti berkumpul," kongsi Cik Elaine, Pengurus Pusat the Curve. 

“Kempen ‘Gift of Joy’ tahun ini mempunyai makna yang lebih istimewa kerana ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 kami. Ia adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, dan pada masa yang sama turut memeriahkan sambutan Krismas dan juga mencipta kenangan baharu bersama para pengunjung.”
Krismas ini, Centre Court the Curve di transformasi menjadi sebuah ruang keajaiban Krismas yang mempesonakan dengan hiasan bungkusan hadiah gergasi serta lampu-lampu yang berkerlipan. Setiap sudut direka untuk membangkitkan keriangan dan juga keterujaan membuka bungkusan hadiah, yang mencerminkan erti sebenar perayaan Krismas iaitu memberi dengan ikhlas dan murah hati

Para pengunjung boleh menantikan pengalaman “Jingle Snow” yang mempesona di Western Courtyard. Pada hujung minggu tertentu sepanjang Disember dan pada Hari Krismas, para pengunjung boleh merasai keajaiban musim sejuk yang indah dalam sesi salji selama 15 minit bersama keluarga dan rakan-rakan mereka


Kempen 'Gift of Joy' the Curve menawarkan pelbagai aktiviti yang menyemarakkan lagi semangat Krismas bagi para pengunjung dari semua peringkat umur. Hujung minggu bakal dimeriahkan dengan persembahan yang menarik, termasuk persembahan muzikal yang menampilkan penari dalam kostum berupa kotak hadiah gergasi. Para pengunjung juga akan dihiburkan oleh nyanyian lagu Krismas, persembahan koir, persembahan saksofon dan juga persembahan pancaragam yang hebat dan pastinya memeriahkan lagi sambutan perayaan di pusat beli-belah tersebut

Untuk pengunjung berkeluarga, Sudut Kraf Kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan aktiviti seperti menghias hiasan Krismas dan biskut, membuat topi Santa, dan sudut bercerita yang selesa yang dipenuhi dengan kisah perayaan. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan yang ceria bersama the Curve



Menjelang sambutan Ulang Tahunnya yang ke-20, the Curve juga mengadakan peraduan media sosial 'Dulu & Sekarang' dengan mengalu-alukan para pengunjung untuk mengimbau nostalgia, berkongsi foto dari kunjungan lalu mereka dan mencipta semula detik istimewa tersebut secara kreatif di the Curve. Inisiatif ini bukan sahaja meraikan warisan pusat beli-belah tersebut tetapi juga mengukuhkan komitmen the Curve untuk menjadi sebuah destinasi kegemaran ramai yang penuh dengan kenangan lama yang bermakna dan juga kenangan baharu yang bakal dicipta

Bagi menyemarakkan lagi keterujaan, the Curve bakal menganjurkan sesi Cabutan Bertuah Utama dalam talian melalui Facebook dan Instagram LIVE pada 14 Disember 2024. Hadiah utama termasuk sebuah Honda WR-V, pakej pelancongan berdua ke London, ihsan Boustead Travel dan Royale Chulan Hyde Park, dan TV Pintar Sony 65-inci oleh Mutiara Spaces. Hadiah saguhati lain termasuk sofa mewah dan set makan oleh Maju Home, Sony PlayStation 5, baucar petrol BHP dan banyak lagi

Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, the Curve telah memperkenalkan inisiatif CSR, ‘Spread Joy, Share Love’ untuk Rumah Hope. Pada 19 Disember 2024, pihak the Curve akan melawat kanak-kanak di Rumah Hope dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meraikan perayaan Krismas bersama mereka. Inisiatif ini juga termasuk Tempat Pengumpulan Sumbangan Makanan & Hadiah yang disediakan di pusat beli-belah, di mana pengunjung boleh menderma makanan kering, barangan keperluan dan juga hadiah kepada mereka yang memerlukan. Semua sumbangan akan disampaikan kepada Rumah Hope agar kanak-kanak tersebut turut dapat merasai kegembiraan di musim perayaan ini

Para pengunjung boleh menikmati program Hadiah dengan Pembelian (GWP), di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari paparan Kalendar Advent Gergasi dengan berbelanja RM350 dan ke atas. Setiap hari bakal hadir dengan kejutan baharu yang menampilkan pelbagai hadiah serta baucar tunai untuk dimenangi

Bagi mereka yang inginkan keseronokan interaktif, the Curve telah menyediakan ruang kreatif di mana pengunjung boleh menulis mesej perayaan, menyebarkan semangat positif, mengeratkan hubungan, dan menggunakan ‘Good Deeds Board’ untuk berbuat baik bagi memberi lebih makna kepada musim perayaan ini


Dalam meraikan Ulang Tahun ke-20, seiring dengan kempen 'Gift of Joy' the Curve bukanlah sekadar sebuah pusat membeli-belah. Ia kekal sebagai sebuah destinasi yang meriah di mana kenangan dicipta bersama, hubungan saling dieratkan, dan keindahan musim perayaan dikongsi dengan semua
 Untuk maklumat lanjut tentang kempen 'Gift of Joy' dan sambutan Ulang Tahun ke-20, serta acara-acara lain yang akan datang di the Curve, sila layari laman web kami di www.thecurve.my,  atau ikuti kami di Facebook dan Instagram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/12/the-curve-meraikan-musim-perayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 197 hits
nbsp BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bers...
Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 461 hits
Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai pusat beli belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna warna menyerlah yang menggembirakan di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyedi...
The Curve Redefining Family Friendly Excellence

The Curve Redefining Family Friendly Excellence

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 290 hits
the Curve Redefining Family Friendly Excellence On any given weekend the Curve buzzes with life Families stroll along the pedestrian friendly walkways children laugh as they explore vibrant play areas and the aroma of freshly brewed coffee ...
What Are The Conditions To Form A Malay Dong Zong

What Are The Conditions To Form A Malay Dong Zong

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 228 hits
The problem with the Malay identity however is not that it is under threat but that it is unable to establish its dominance Nehru Sathiamoorthy Muhyiddin recently called for the According to him there is a need for an umbrella Malay body to...
Unwrap The Magic Of Christmas And New Year With Royale Chulan Hotels Resorts

Unwrap The Magic Of Christmas And New Year With Royale Chulan Hotels Resorts

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 450 hits
Hi Everyone Step into the season of joy and celebration at Royale Chulan Hotels Resorts where the holidays are made unforgettable From enchanting festive buffets to delightful staycation packages we invite you to celebrate the most wonderfu...
Royale Chulan Seremban Staycation Away From The City

Royale Chulan Seremban Staycation Away From The City

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 391 hits
Hi Everyone Royale Chulan Seremban Hotel a Malaysia local chain Hotel owned by Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd which is a subsidiary of the diversified public listed conglomerate Boustead Holdings Berhad is a 4 star Hotel located strate...
The Regional Pilot Pay Gap Why First Officers Earn Less And How It Changes

The Regional Pilot Pay Gap Why First Officers Earn Less And How It Changes

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 279 hits
It is the duty of an airline pilot to ensure passengers are safe and comfortable throughout their flights Alongside the prestige of this profession comes a common question What is the average It is lucrative however it can also depend on fa...
Pasukan Produksi When The Phone Rings Mohon Maaf Atas Dakwaan Ejek Bahasa Isyarat

Pasukan Produksi When The Phone Rings Mohon Maaf Atas Dakwaan Ejek Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 222 hits
Baru 4 episod ditayangkan drama When The Phone Rings dah menghadapi kontroversi Artikel Berkaitan Dalam episod pertama yang disiarkan pada 22 November watak Chae Soo bin sebagai Hong Hee joo bekerja sebagai penterjemah bahasa isyarat untuk ...
The Appeal Of German Engineering A Buyer S Guide To Imports

The Appeal Of German Engineering A Buyer S Guide To Imports

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 156 hits
Germany is the global leading innovator in the field of automotive technology and performance It makes automobiles that have a reputation for high end innovative quality and craftsmanship Ownership of a German vehicle is a symbol of prestig...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Cara Elak Getah Nagka Lekat Kat Tangan