Asri Janggut Dakwa Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati



PENGUSAHA Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin

Mohd Asri, 42, berkata, individu berkenaan yang mengaku sebagai 'ayahanda' kawasan itu menghubunginya melalui panggilan telefon, semalam

"Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan kata perkara itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima

"Saya sudah merujuk perkara itu kepada pihak polis menerusi perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis judi di kawasan berkenaan


Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh

Katanya, walaupun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan itu, beliau yakin keselamatannya masih terancam

"Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih 'panas'

"Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada rasa dendam terhadap saya akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah," katanya

Mengulas mengenai perjumpaannya bersama Abdul Hamid, beliau berkata, Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis

"Ketika perjumpaan tadi, Ketua Polis Negara mengucapkan terima kasih atas maklumat ini dan meminta untuk saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku

"Dalam perjumpaan itu, beliau memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara ini

"Malah, Ketua Polis Negara memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini," katanya

Sementarai itu, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu

"Saya sudah memaklumkan kepada pihak polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai polis bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan

"Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya yang memaklumkan sudah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut

Sumber: Harian Metro

from Sehinggit Media https://ift.tt/31Hw41o
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/08/asri-janggut-dakwa-ayahanda-kawasan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Ayahanda Kawasan Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 392 hits
SUNGAI BULOH Pengusaha Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 mendakwa ada individu mengaku sebagai Ayahanda menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru...
Mbsa Dakwa Asri Janggut Berdegil Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi

Mbsa Dakwa Asri Janggut Berdegil Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 305 hits
Lagi berkaitan isu Asri Janggut dan kali ini kenyataan datang dari pihak MBSA pula yang mendakwa pernah menawarkan tapak meniaga yang sah kepada Hot Burger Malaysia tetapi ditolak Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam ...
5793 Kami Sudi Sediakan Makan Minum Khidmat Peguam Untuk Asri Janggut Suara Tv 10 08 2020

5793 Kami Sudi Sediakan Makan Minum Khidmat Peguam Untuk Asri Janggut Suara Tv 10 08 2020

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1065 hits
Cyberjaya Sebuah badan bukan kerajaan tampil menawarkan diri untuk membantu pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 seandainya dia ditahan pihak berkuasa Al Azhar Care melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata pihaknya ...
Amk Tawar Khidmat Guaman Kepada Asri Janggut

Amk Tawar Khidmat Guaman Kepada Asri Janggut

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan sedia menawarkan khidmat guaman sekiranya pemilik Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid dikenakan tindakan undang undang susulan pendedahannya mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Bu...
Pihak Berkuasa Berlaku Zalim Kepada Asri Janggut Pembela

Pihak Berkuasa Berlaku Zalim Kepada Asri Janggut Pembela

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 258 hits
Beliau sepatut dilindungi bukan dijadi sebagai sasaran BANGI Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid yang mendedahkan kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh sewajarnya dilindungi dan b...
5792 Jangan Jadi Modal Caci Maki Polis Asri Janggut Malaysia Gazette 10 08 2020

5792 Jangan Jadi Modal Caci Maki Polis Asri Janggut Malaysia Gazette 10 08 2020

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 344 hits
RAUDHAH CITY Dakwaan Majlis Bandaraya Shah Alam dan Polis Diraja Malaysia melindungi aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh tidak sepatutnya dijadikan modal untuk orang ramaimencaci maki pihak berkuasa itu Pengasas Hot Burg...
Terowong P Pinang Syarikat Melayu Dapat Pun Pn Tak Puas Hati

Terowong P Pinang Syarikat Melayu Dapat Pun Pn Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 221 hits
UCAPAN PENGERUSI SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA CONSORTIUM ZENITH BUGG SDN BHD DATUK ZARUL AHMAD ZULKIFLY pada 2013 Syarikat yang memenangi tender terbesar dalam sejarah Pulau Pinang dengan harga terendah RM6 3 bilion bagi pelaksanaan projek 3 ...
Jamal Samakan Nasibnya Dengan Asri Janggut

Jamal Samakan Nasibnya Dengan Asri Janggut

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 438 hits
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos meminta pihak polis dan peguam negara meneliti semula pertuduhan terhadapnya berhubung pendedahan kegiatan perjudian haram di Ampang Selangor pada 2016 Menyamakan nasibnya dengan Mohd Asri Ham...
Saya Mengakui Kebodohan Kesilapan Saya Asri Janggut

Saya Mengakui Kebodohan Kesilapan Saya Asri Janggut

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 507 hits
Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid 42 memohon maaf di atas kenyataannya yang membabitkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dengan tuduhan kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat nbsp Saya mengakui keb
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ