Ayah Siti Sarah Paling Terkesan Dengan Pemergian Anak Tersayang




"Saya rasa dunia menjadi sepi, sesepinya...," Demikian luahan hati Raissuddin Hamzah, 61, mengulas kehilangan anak tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19, pagi kelmarin.


Berkongsi perasaan kali pertama selepas pemergian anak keduanya itu, Raisuddin menyifatkan, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.


Namun, penyanyi dan pelakon era 1980-an itu berkata, kehilangan arwah memberi kesan hingga membuatkannya tidak berdaya berkata apa-apa.


"Apa yang terjadi adalah ketentuan yang ditetapkan Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa.


"Apabila perkara ini terjadi saya hilang kata-kata. Sampailah pada hari kejadian, Shuib datang berjumpa, senyum dan melutut di hadapan saya sambil menyatakan Siti Sarah sudah tiada.


"Saya rasa anda semua boleh faham bagaimana perasaan saya ketika itu," katanya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah, semalam.


Baru sahaja selesai menjalani kuarantin kendiri berikutan menjadi kontak rapat keluarga anaknya, Raissuddin berkata, pertanyaan soal kehilangan paling sukar dijawab berbanding soalan lain yang sering diajukan kepadanya ketika masih menguruskan kerjaya seni arwah.


"Jika dahulu saya didatangi wartawan bertanyakan soalan ketika zaman arwah aktif menyertai pertandingan nyanyian, mudah sahaja saya untuk menjawabnya.


"Tetapi, soalan ini (kematian) sukar. Cuma, saya berharap kita bersama mendoakan arwah tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang sahaja, arwah pergi dan tidak akan kembali lagi," ujarnya.


Mengulas keperibadian arwah anak hingga kisah kematiannya diangkat dan dimuliakan, Raisuddin berkata, arwah adalah anak yang baik dan mendengar kata.


"Arwah cukup baik, tidak pernah membantah atau melawan cakap saya. Arwah akan ikut apa sahaja yang saya cakap.


"Dari awal nak jadi penyanyi dan saya terpaksa membimbingnya, arwah memang tidak pernah berenggang dengan saya sehinggalah bertemu Shuib. Saat itu, barulah saya melepaskan arwah kepada Shuib untuk menjaganya," katanya.


Mengimbau detik terakhir bersama anaknya, tiada pesanan diberikan, sebaliknya bahasa tubuh yang berbicara.


"Sebelum arwah pergi ke hospital, saya baring di sofa. Saya pegang tangannya, dia pegang tangan saya, tetapi arwah tidak cakap apa-apa," ungkapnya.


Sepanjang dipinjamkan selama 36 tahun, Raissuddin berkata, terlalu banyak kenangan manis yang dilalui bersama.


Namun, katanya, paling membekas dalam ingatan adalah sifat manja yang dimiliki arwah anaknya itu.


"Memang banyak kenangan manis dan kenangan tidak dapat dilupakan. Arwah anak yang cukup manja. Sifat manjanya memang diketahui ramai rakan artis lain," jelas Raissuddin.


Pada majlis itu, Shuib berkongsi berita gembira apabila mendapat perkhabaran dibenarkan melihat anak keempatnya, Ayyash Affan yang kini masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dilahirkan Jumaat lalu, esok.


Namun, di sebalik teruja menatap wajah zuriatnya, bekas penyampai radio Hot FM itu mengakui, perasaannya bercampur baur.


"Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayyash. Jika ada rezeki, hari ini dapatlah saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir arwah buat saya.


"Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arwah ibu tidak sempat melihat dan memegangnya.


"Arwah sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya," luah Shuib.


Situasi itu, katanya, sangat berbeza ketika dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu kerana arwah berkesempatan melihat dan memeluk anak-anaknya.


Terdahulu, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai lebih 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan industri termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://viralglamour.blogspot.com/2021/08/ayah-siti-sarah-paling-terkesan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 324 hits
Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu turut berkongsi momen dia memb...
Terkesan Dengan Pemergian Arwah Siti Sarah Masak Ini Aje

Terkesan Dengan Pemergian Arwah Siti Sarah Masak Ini Aje

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA kurang post entry kat blog tak macam sebelum sebelum ni SA rasa terkesan sangat dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Tak tau kenapa SA terasa sangat sedangkan dia hanya bintang seni Mungkin sebab ke...
Pernah Bertemu Ustazah Asma Kenang Perkara Yang Paling Kerap Diulang Sebut Oleh Siti Sarah

Pernah Bertemu Ustazah Asma Kenang Perkara Yang Paling Kerap Diulang Sebut Oleh Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 448 hits
Tak terlepas juga pendakwah bebas Ustazah Asma Harun turut berkongsi cerita dan kebaikan mengenai Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin
13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah

13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 610 hits
13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah Banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin baru baru ni Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang Besar betul dugaan untuk...
Hiburan Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak Namun Enggan Ditemubual

Hiburan Bapa Siti Sarah Sedih Dan Bimbang Dengan Keadaan Anak Namun Enggan Ditemubual

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 311 hits
Bapa kepada penyanyi Siti Sarah yang kini sedang kritikal di unit rawatan rapi Raisuddin Hamzah akui berasa sangat bimband dan sedih dengan keadaan anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan pengurus kepada Siti Sar...
Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

Siti Sarah Namakan Anak Ayash Affan Shuib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 504 hits
SHUIB bercerita tentang nama pilihan Siti Sarah untuk anak keempat mereka Ayash Affan malam tadi S PETALING JAYA Dilahirkan dua bulan awal bahkan dua bulan juga mungkin akan terus berjuang bayi lelaki Siti Sarah yang terpaksa dilahirkan sec...
Tangisan Anak Anak Shuib Rindukan Ibu Sangat Menghibakan Al Fatihah Untuk Siti Sarah

Tangisan Anak Anak Shuib Rindukan Ibu Sangat Menghibakan Al Fatihah Untuk Siti Sarah

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 438 hits
Pada Isnin 9 Ogos 2021 dunia seni kehilangan seorang lagi penyanyi berbakat besar Siti Sarah Raisuddin Paling terkesan kesan tentulah suami dan anak anak yang ditinggalkan Menerusi video yang dikongsikan Shuib di Instagram tiga anak mereka ...
Hiburan Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar Nabil Ahmad Dan Isteri Padam Foto Lama

Hiburan Pemergian Siti Sarah Beri Iktibar Nabil Ahmad Dan Isteri Padam Foto Lama

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 187 hits
Pelawak dan juga pengacara Nabil Ahmad memaklumkan bahawa dia dan isteri Nazira Ayub telah memadam foto foto lama yang membuka aurat dan dirasakan tidak sesuai untuk dipaparkan di media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Nabil pemer...
Anak Ketiga Shuib Cerita Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Balik Rumah Bawa Baby Ayash Affan

Anak Ketiga Shuib Cerita Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Balik Rumah Bawa Baby Ayash Affan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 387 hits
Ibu datang balik rumah bawa Ayash Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enamtahun Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu hal itu dikongsikan saat dia se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat

Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus