13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah


13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah Banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni. Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini. 
Allahyarhamah Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti Covid19 dan kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nyawanya serta anak yang dikandungnya. Setelah bertarung nyawa melahirkan anak, melawan wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi. 
Berat betul jari nak menaip tentang Allahyarhamah. Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Allahyarhamah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata. 
Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan Covid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak. 
Pedih. 





Kisah Di Sebalik Pemergian Siti SarahHampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Allahyarhamah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata. Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang Covid. 
Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala arwah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, arwah memang menjaga dan faham bahaya Covid19.
Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif Covid berpunca dari pembantu rumah mereka. Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif Covid. Pembantu rumah dia juga telah meninggal dunia. 





Pesanan Berharga Shuib Kepada SemuaBagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. Covid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn. 


#1 Sedekah
Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus.  Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:
“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.
“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.


#2 Isteri Solehah 
Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami. 


#3 Jangan ambil Mudah tentang Covid19
Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik. 


#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit Covid
Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit Covid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja. 
Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah 
Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]


#5 Vaksin 
Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu. 


#6 Kejar Akhirat 
Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah. 


#7 Amalkan Surah AlWaqiah
Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak. 


#8 Pesanan untuk Suami
Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu. 





#9 Jangan Sombong
Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi. 


#10 Duit Tak berguna jika sakit
Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat. 


#11 Solat berjemaah
Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga. 


#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola 
Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat. 


#13 Sentiasa Bertaubat
 Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”. 
Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya. 


Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami. 
Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/08/13-pesanan-shuib-selepas-pemergian-siti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 318 hits
Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu turut berkongsi momen dia memb...
Pemergian Siti Sarah Yang Dicemburui Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga

Pemergian Siti Sarah Yang Dicemburui Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 370 hits
Salam to all readers Pemergian Siti Sarah yang Dicemburui Salam Takziah Buat Shuib Sekeluarga Hujung minggu baru ini kita raikan kemenangan Olimpik Siapa sangka keesokkan harininya kita semua digemparkan pemergian Siti Sarah Ikutkan aku jar...
Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib

Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 520 hits
AYYASH AFFAN PENINGGALAN DAN AMANAH TERAKHIR SITI SARAH UNTUK SHUIB Assalammualaikum wbt Sehari dua kebelakangan ini PC sangat tertarik untuk ambil tahu berita perkembangan Siti Sarah Tidak kenal Tapi tahu Tidak pernah bertemu muka tapi sel...
Shuib Ahli Keluarga Terdekat Dibenar Tunai Solat Jenazah Siti Sarah

Shuib Ahli Keluarga Terdekat Dibenar Tunai Solat Jenazah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 440 hits
Kuala Lumpur Pelakon dan pelawak popular Shuib diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia UKM di sini hari ini
Shuib Reda Lepaskan Siti Sarah Saya Sabar Dengan Ujian Allah

Shuib Reda Lepaskan Siti Sarah Saya Sabar Dengan Ujian Allah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 239 hits
Menerusi Instagram Live Shuib reda dengan pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah Al Fatihah
Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya Shuib Maklum Siti Sarah Sudah Tiada

Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya Shuib Maklum Siti Sarah Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 303 hits
Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa isterinya Siti Sarah Raissuddin telah pergi buat selamanya pada Isnin jam 5 13 minit pagi Shuib mengumumkan berita sedih itu menerusi entri yang dimuat naik di Instagram rasminya...
Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 333 hits
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak anak Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia ber...
Bakal Disemadikan Di Gombak Shuib Tunai Hasrat Siti Sarah

Bakal Disemadikan Di Gombak Shuib Tunai Hasrat Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 171 hits
TANGKAP layar video Shuib mengucapkan terima kasih atas semua doa yang dititipkan ramai untuk arwah isterinya KUALA LUMPUR Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak selepas semua...
Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

Seluruh Paru Paru Siti Sarah Dipenuhi Virus Covid 19 Shuib

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 338 hits
Shuib kelihatan sedih selepas selesai menguruskan pengkebumian jenazah isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak Kuala Lumpur Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius m...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments