Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran


Kelahiran yang dibantu lazimnya melibatkan penggunaan forsep atau ventouse atau lebih dikenali sebagai vakum. Kedua-duanya merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar.
Proses kelahiran yang memakan lebih masa daripada yang dijangkakan perlu disegerakan untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Forsep digambarkan seperti senduk salad atau penyepit gula kiub yang besar. Hakikatnya, ia terdiri daripada besi tahan karat dengan dua bahagian yang bersilang. Bahagian hujungnya melengkung bagi membolehkan ia “memeluk” kepala bayi.

Ventouse pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum kecil dan mempunyai pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini akan diletakkan di atas kepala bayi. Dalam pada itu, perlu anda tahu bahawa terdapat beberapa jenis mangkuk ventouse. Anda perlu tahu jenis-jenis mangkuk ini kerana penggunaannya akan dipengaruhi oleh posisi bayi ketika ia hendak digunakan.
Salah satunya ialah mangkuk plastik lembut. Ia dikatakan kurang menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih berisiko untuk mudah terlucut. Antara lain ialah mangkuk plastik separuh tegar yang lazimnya didapati paling berkesan. Satu lagi ialah mangkuk logam yang tidak akan terlucut tetapi mempunyai potensi paling besar menyebabkan trauma ke atas kepala bayi.
3 KEADAAN YANG MEMERLUKAN ALAT BANTU KELAHIRAN Tentu anda mahu tahu, apakah keadaan yang menyebabkan proses kelahiran bayi anda dibantu bukan? Jangan khuatir, kerana dalam keadaan sebegitu, doktor akan berbincang dengan anda terlebih dahulu tentang penggunaan alat bantuan kelahiran yang bersesuaian. Hal ini bergantung kepada keadaan seperti:
Bayi mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat meneran. Anda mula keletihan dan tidak berupaya lagi untuk meneran. Bayi tidak membuat sebarang kemajuan dalam pelebaran pelvis. FORSEP Biarpun dalam keadaan yang semakin mendesak demi menyelamatkan bayi, ada ketikanya ada doktor akan  menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat kelahiran menggunakan bantuan forsep perlu dijalankan. Apa-apa pun, ia bergantung pada keadaan semasa.
Doktor akan memastikan bahawa bayi berada dalam kedudukan yang baik untuk membolehkan forsep digunakan. Anda perlu meletakkan kaki ke dalam penyandar di tepi katil (posisi litotomi) dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.

Tiub kecil yang diberi nama kateter yang terikat pada satu beg akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk membolehkan anda mengosongkan isinya. Sementara itu, kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.
Anda akan diberi ubat bagi melegakan kesakitan. Ia mungkin bius setempat di dalam faraj, epidural atau bius spinal.
Kemudiannya, doktor perlu melakukan episiotomi bagi melebarkan pembukaan serviks supaya forsep boleh diletakkan di keliling kepala bayi. Setelah forsep dipasang dan kontraksi mula datang, doktor akan menarik kepala bayi sambil anda meneran bagi membantu bayi bergerak turun melalui saluran kelahiran agar selamat dilahirkan.
Ramai wanita mengadu tidak selesa dengan kelahiran forsep berbanding ventouse. Namun yang demikian, kadar kejayaan forsep adalah lebih tinggi berbanding ventouse.
VAKUM Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse untuk proses kelahiran menggunakan alat bantuan. Hal ini kerana, anda kurang mengalami kesakitan semasa dan selepas melahirkan berbanding penggunaan forsep. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang. Sama juga halnya dengan risiko sebarang koyakan pada perineum.
Mangkuk ventouse akan diletakkan di bahagian atas kepala bayi. Jadi, ia tidak memerlukan ruang yang banyak. Doktor kemudiannya akan menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising tetapi tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Apabila mangkuk itu sudah dipasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda meneran setelah kontraksi berlaku dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar.

Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi. Terutamanya jika bayi bersaiz besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas. Oleh itu, ia perlu dipasangkan semula.
Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan. Hal ini kerana ventouse jenis ini lebih sukar untuk mudah terlucut.
 
 
 
The post Apa Itu Forseps Dan Vakum Yang Digunakan Semasa Bersalin? Ini 11 Info Tentang Alat Bantuan Kelahiran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/apa-itu-forseps-dan-vakum-yang-digunakan-semasa-bersalin-ini-11-info-tentang-alat-bantuan-kelahiran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin Doktor Terangkan Sebab Cara Penggunaannya

Kena Guna Forseps Atau Vakum Masa Proses Bersalin Doktor Terangkan Sebab Cara Penggunaannya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 546 hits
Dalam keadaan tertentu penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak Dalam proses kelahiran doktor aka...
Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 524 hits
Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan untuk mendapatkan sesuatu ialah satu perkembangan yang baik Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya dan apa yang perlu mama papa buat untuk menggalakkannya Perlu diketahui yang...
Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 344 hits
Nampak tak permainan Kerajaan PH Bagai air terjun bertingkat kencing kerajaan curahkan kepada rakyat Malaysia Kegagalan melaksanakan manifesto diletakkan atas batu jembala rakyat Boleh pula sesuka hati mengenakan cukai petrol kepada rakyat ...
Persoalan Tentang Persahabatan

Persoalan Tentang Persahabatan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 499 hits
Lama tak bersiaran rasanya Dalam tempoh tu mood aku naik turun Kejap stabil kejap tidak Yang sering menganggu apabila aku mimpi tentang persoalan dan persahabatan Kisah mimpi pertama Tengah rehat rehat sambil pakai mask mulut terserempak Ze...
Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 329 hits
December 12 2018 12 19 AMLim Kit Siang berkata hanya 3 kawasan yang majoritinya Cina iaitu di Sibu Kuching dan Pulau Pinang BANGI Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak mendapat maklumat...
Ini Pandangan Seorang Penulis Cina Tentang Perhimpunan Tolak Icerd 812

Ini Pandangan Seorang Penulis Cina Tentang Perhimpunan Tolak Icerd 812

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 330 hits
Ini Pandangan Seorang Penulis Cina Tentang Perhimpunan Tolak Icerd 812Ini Pandangan Seorang Penulis Cina Tentang Perhimpunan Tolak Icerd 812
Menuju 2019 7 Perkara Tentang Kehidupan Saya Harap Saya Pelajari 7 Tahun Yang Lalu

Menuju 2019 7 Perkara Tentang Kehidupan Saya Harap Saya Pelajari 7 Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 520 hits
Setiap kali menjelang tahun baru saya suka melihat semula kepada perjalanan saya pada masa lalu Dari mana saya bermula dan di mana telah saya tiba Tujuh tahun yang lalu saya seorang remaja berusia 18 tahun yang baru sahaja memulakan pembela...
Virzha Tentang Rindu Chord

Virzha Tentang Rindu Chord

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 357 hits
F Gpagi telah pergi Em Am Gmentari tak bersinar lagi F Gentah sampai kapan Em Amku mengingat tentang dirimu C Emku hanya diam Am A menggenggam menahan Dm segala kerinduan G memanggil namamu C Em di setiap malam Am A ingin engkau datang F G ...
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 350 hits
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di SanaRakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri