Awas Jangan Guna Bateri Kereta Lebih 8 Bulan Dari Tarikh Pembuatan Ini Kesannya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Kalau dihitung daripada tarikh mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga sekarang ni masuk fasa ketiga dah lebih satu bulan Maha tak pandu kereta. Ye lah mematuhi arahan kerajaan tu. Nak keluar pun untuk sebab yang penting iaitu pergi beli barang keperluan dapur itu pun bawa motor jer. Risau jugalah bila dah terlalu lama kereta tidak dihidupkan dan dipandu mungkin ada sebarang masalah.
Jadi hari ni tekad untuk pergi tengok kereta dengan hidupkan enjin dan bawalah jalan sekeliling kawasan parking rumah ni. Janji kereta dapat bergerak dan juga mengaktifkan pemprosesan peralatan yang sangat penting dalam sebuah kereta iaitu bateri. Selalu orang kata kalau kereta lama tak begerak bateri akan cepat rosak dan mulalah kereta akan susah untuk dihidupkan.
Tapi tu kalau korang gunakan bateri jenama biasa. Nasib baik Maha dah tukar kepada jenama beteri AMARON yang berkualiti dan juga memberi jaminan selamat 36 bulan. Ada ke bateri lain yang boleh beri tempoh jaminan lama macam tu. Paling penting bateri ini Maha beli secara atas talian dan mereka hantar terus ke rumah tak perlu nak pergi keluar cari bengkel kereta. Tambah pula musim PKP ni semua kena buat secara online sahaja
Maha bukanlah pandai sangat tentang kereta ni tapi sikit-sikit ilmu pasal bateri kereta tu kena ada. Korang tahu tak bateri yang sihat dan bagus adalah bateri kereta yang digunakan dalam jangka masa tidak melebihi 8 bulan dari tarikh pembuatan agar ia berada dalam kondisi terbaik untuk kereta kesayangan korang. Jadi korang kena periksa atau kalau tak tahu kena tanya kepada penjual tentang tarikh pembuatan bateri yang korang beli. Sebab bateri kereta jenama AMARON yang Maha gunakan itu dijamin baru dan masih berkualiti
Selain itu juga, kebanyakkan 70% kereta di Malaysia disesuaikan dengan bateri kereta yang berat di antara 10kg +/- (Model 38b20l) atau berat 12kg+/- (Model 46b24). Sebab itu bateri kereta yang berkualiti berkait rapat dengan keberatan dan model kerana ia mempengaruhi Amp-Hour (AH) dan kapasiti simpanan tenaga (RC) yang terkandung dalam bateri tersebut. Teror tak Maha semua ni Maha tanya pada ejen yang hantar bateri hari tu mereka yang bagi tahu
Tapi basic alat ganti korang kena tahu terutama bateri kereta. Mungkin kalau korang tanya Maha bateri apa yang bagus untuk kegunaan masa yang panjang Maha akan rakemen bateri jenama AMARON ini. Sebab secara logik korang boleh fikir bawah makin lama jaminan sesuatu produk tersebut maksudnya makin bagus kualiti produk yang dihasilkan tu, betul tak. Kalau bateri jaminan setahun selalunya selepas habis tempoh setahun tu ia akan mula memberi tanda masalah betul tak dan masa tu korang mula pening nak tukar baru. Jadi dengan ada jaminan 36 bulan daripada AMARON ni membantu Maha untuk berjimat dimusim PKP ini
Mana pula nak dapatkan bateri AMARON ni? Macam Maha cakap sebelum ni ia semua dilakukan secara atas talian korang masuk sahaja Facebook rasmi https://www.facebook.com/amarontecxus dan dapatkan senarai peniaga rasmi untuk bateri ini. Nanti korang hubungi mereka dan peniaga ini akan urus penghantaran terus ke rumah. Harga pula sangat berbaloi dengan kualiti yang Maha dapat. Boleh tengok senarai harga yang ada ni mungkin korang boleh buat bajet nanti bila nak tukar bateri baru
Senarai harga bateri AMARON mengikut model yang terdapat dipasaran: AMARON 38B20L – RM250.00AMARON 46B24R/L – RM295.00AMARON 46B24RS/LS – RM295.00AMARON 555111050 (DIN55R) – RM390.00AMARON 555112050 (DIN55) – RM390.00AMARON 555155050 (DIN55LH) – RM390.00AMARON 566112061 (DIN66) – RM510.00AMARON 565106590 (DIN65) – RM616.00AMARON 574102069 (DIN74) – RM550.00AMARON 580122073 (DIN80) – RM680.00AMARON 600109090 (DIN100) – RM730.00
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/04/awas-jangan-guna-bateri-kereta-lebih-8-bulan-dari-tarikh-pembuatan.html