Awas Ini Yang Mungkin Akan Berlaku Jika Kerajaan Isytihar Darurat Bencana Di Pasir Gudang




1. Kecoh dalam media sosial, nitizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana.

2. Saya tak tahu sama ada mereka ini benar-benar faham atau tidak apakah kesannya apabila sesuatu perintah darurat itu diisytiharkan oleh Kerajaan?

3. Atau mereka sekadar ikut-ikut orang lain sahaja? Orang lain kutuk kerajaan, mereka pun kutuk sama. Orang lain suruh kerajaan isytihar darurat mereka pun turut tumpang semangkuk, tanpa mengetahui apakah itu darurat bencana dan kesan daripada darurat bencana tersebut.

4. Sukacita saya ingin maklumkan. Semasa banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun 2014, kerajaan persekutuan ketika itu pun tidak isytiharkan darurat bencana di sana, sungguhpun bolehlah dikatakan itu antara banjir terbesar yang pernah berlaku di negeri Kelantan yang hampir menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.

5. Saya tak tahu, apa yang seronok sangat dengan darurat ini sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat? Adakah mereka rasa darurat ni macam pesta?

6. Sebenarnya  pengisytiharan darurat bencana ini hanya perlu dilakukan sekiranya kerajaan merasakan mereka perlu membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.

7. Ini kerana, menurut Arahan MKN No.20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan ianya akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.

8. Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, kerajaan (sila baca Perdana Menteri) boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, tanpa perlu di bawa ke parlimen untuk diluluskan.

9. Dan secara otomatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan.

10. Antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana diisytiharkan ialah pengambilan tanah dan tempat-tempat persendirian seperti rumah atau bangunan persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan tanpa kerajaan perlu membayar apa-apa saguhati atau pampasan kepada pemilik tanah atau bangunan tersebut, atau mengusir mana-mana pihak daripada premisnya untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Dan ketika itu tiada pihak boleh mempertikaikan arahan tersebut.

11. Darurat juga biasanya akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan berbahaya.

12. Dan apabila darurat berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain wajib dipatuhi.

13. Dalam tempoh darurat itu juga kerajaan persekutuan boleh  mengarahkan dan memberi kuasa penuh kepada semua ejensi di bawahnya termasuklah tentera, bomba dan penyelamat, polis dan lain-lain untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu termasuklah mengambil alih kawasan yang diisytiharkan darurat tersebut dan sebagainya. Dan sekali lagi perlu diingatkan, semasa tempoh darurat tersebut tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan apa sahaja arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan mahupun ejensi-ejensi yang telah diturunkan kuasa kepadanya. Ini bertujuan untuk memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

14. Saya yakin kalau rakyat tahu betapa teruknya situasi dan kesan jika sesuatu darurat bencana itu disiytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan suasana panik dan kelam kabut yang keterlaluan dalam negara kita, tetapi akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada pelabur luar. Nanti akan ada pula yang kata kerajaan persekutuan ini zalim kerana isytiharkan darurat. Sedangkan dahulu mereka yang beriya-iya suruh kerajaan isytiharkan darurat.

15. Melihatkan jaminan dan langkah-langkah drastik yang telah diberikan dan diambil oleh kerajaan persekutuan setakat ini, saya fikir buat masa sekarang, tidak perlu dan dan tidak terdesak pun undang-undang darurat diisytiharkan di Pasir Gudang, memandangkan ejensi-ejensi kerajaan pun telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di sana dan semuanya dilaporkan dalam keadaan terkawal.

16. Tambahan pula kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan untuk mengatasi bencana tersebut. Dan bantuan pun masih dapat disalurkan dengan baik setakat ini.

17. Oleh sebab itu saya fikir tidak ada keperluan pun untuk kerajaan mengisytiharkan darurat pada ketika ini.

18. Dan Parlimen Malaysia pun semalam telah membahaskan usul tergempar bagi membincangkan sama ada perlu atau tidak darurat bencana diisytiharkan di sana. Dan ahli parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang pun telah memberikan hujah masing masing. Justeru berdasarkan hujah-hujah itulah kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di sana.

19. Kesimpulannya, sebelum anda melontarkan kutukan atau kritikan bersifat emosional berdasarkan sentimen politik semata-mata eloklah anda dapatkan maklumat dan info yang tepat tentang perkara tersebut. Jangan hanya ikut orang sahaja.

20. Selain usaha yang telah dilakukan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga-moga saudara saudara kita di sana diberi perlindungan dan diselamatkan oleh Allah dan bencana ini dapat di atasi dan berakhir dengan segera. Insya Allah.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/awas-ini-yang-mungkin-akan-berlaku-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

Dewan Rakyat Ahli Parlimen Ph Gesa Kerajaan Ph Isytihar Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 480 hits
DEWAN RAKYAT Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan Hassan Karim menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimennya susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim sejak minggu lalu Sebagai ahli Parlimen saya men...
Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

Tmj Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 611 hits
Sebelum ini Menteri Besar Johor Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat Kesal dengan kenyataan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ism...
Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

Kerajaan Tidak Perlu Takut Istihar Darurat Bencana Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 471 hits
Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya ba...
Mahathir Ke Pasir Gudang Parlimen Bahas Usul Isytihar Darurat

Mahathir Ke Pasir Gudang Parlimen Bahas Usul Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 441 hits
Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul lima petang
Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 358 hits
Selepas hampir 3 000 orang terkesan akibat daripada pencemaran udara di Pasir Gudang Johor ramai yang tertanya tanya kenapa kerajaan masih tak isytihar darurat di kawasan tersebut Takkan nak tunggu sampai ada mangsa mati baru nak darurat ka...
Bukan Bencana Besar Tiada Pengisytiharan Darurat Di Pasir Gudang

Bukan Bencana Besar Tiada Pengisytiharan Darurat Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat diberitahu tiada pengisytiharan darurat berhubung isu pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Johor kerana kes itu masih berada pada tahap dua yang dikategorikan bukan bencana besar Perkara itu dimaklumkan Timbalan ...
Sungai Kim Kim Menteri Lantik 3 Pakar Utm Anggota Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang

Sungai Kim Kim Menteri Lantik 3 Pakar Utm Anggota Jawatankuasa Bencana Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 816 hits
JOHOR BAHRU Tiga orang pakar dari Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Saintifik oleh Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Yeo Bee Yin bagi membantu memberikan ma...
Tentera Sedia Di Pasir Gudang Jika Darurat Mahu Diisytiharkan

Tentera Sedia Di Pasir Gudang Jika Darurat Mahu Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 390 hits
BORHAN AHMAD Pasukan tentera sudah dihantar untuk membantu kerja kerja di lapangan kata Menteri Pertahanan Beberapa pasukan Angkatan Tentera Malaysia telah dihantar ke Pasir Gudang bagi membantu operasi pemulihan dan bagi mengenalpasti baha...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law