Awal Awal Eyra Nangis Anak Tak Pandai Menyusu Sampai Satu Tahap Hayder Tak Ingat Mamanya


Pengalaman penyusuan setiap ibu tak sama. Ada yang susu meriah di awal kelahiran dan anak pandai menyusu. Tak kurang juga yang terpaksa tunggu beberapa hari untuk susu keluar selain diuji pula dengan anak yang menangis tak cukup susu dan ada jaundis. Keadaan ini secara tak langsung boleh menganggu emosi si ibu.
Menerusi perkongsian eksklusif pelakon Eyra Hazali yang juga ibu kepada permata hatinya, Muhammad Hayder Qhalish kepada Pa&Ma, perjalanan penyusuan untuk anak sulung sangat-sangat strugle ketika di awal kelahiran.

Ini kerana Hayder tak pandai nak menyusu lagi walaupun ketika mengandung Eyra dah tengok youtube, membaca untuk pastikan semuanya lancar. Namun bila hari kejadian ia betul-betul menguji sehingga Eyra pun menangis kerana risau.
Kebetulan pula Hayder ada jaundis. Jadi bila dia tak pandai nak menyusu susu tak cukup untuknya. Sedangkan jika jaundis perlu diberikan susu kerap. Sehingga Eyra minta nak pam dengan doktor. Bagaimanapun, doktor tak galakkan lagi sebab suruh bagi ‘direct’ dan tunggu 2 minggu baru pam.

Walaupun doktor minta tunggu untuk pam, hati seorang ibu tak sampai hati tengok kuning Hayder makin naik. Eyra tetap juga pam dan bagi Hayder minum susu Eyra dulu melalui botol.
Tiap kali jumpa dengan Hayder untuk beri dia hisap terus, jururawat siap ajar tapi gagal juga hingga menangis untuk diri sendiri. Kadang 20 minit cuba bagi Hayder ‘latch’ tapi tiap kali tu lah dia keluarkan semula. Biarpun doktor bagi balik ke rumah, kuning Hayder masih ada lagi. Di rumah lagi rasa cabarannya.

Orang kata, tanpa sokongan suami dan ahli keluarga, mungkin ibu dalam pantang boleh terganggu emosi. Syukur alhamdulillah dalam keadaan Eyra rasa tertekan itu, nasiblah suami dan ahli keluarga membantu.
Bayangkan daripada susu Eyra dapat 8-9 auns setiap kali pam, disebabkan stres memikirkan Hayder tak pandai lagi nak hisap dan asyik nangis, susu terus ‘drop’.

Paling sedih sampaikan Hayder tak ingat Eyra. Mommy kejutkan Eyra, masa tu usia Hayder dalam 2 minggu. Disebabkan rasa sedih sangat, Eyra cakap kat mommy bagi jelah Hayder susu formula.
Selepas kejadian itu, bila dapat nasihat mommy, Eyra mulakan semangat baru dan kembali pam setiap sejam sekali walaupun pakar syorkan sebaiknya buat 2 jam sekali.
Entah macam mana, kuasa Allah, Hayder menangis beriya-iya dan menolak susu formula yang diberikannya. Masa tu Eyra minta kakak bagi Hayder pada Eyra dan tak tahu macam mana bila Hayder ‘latch’ automatik dia terus boleh menyusu dengan elok. Eyra rasa gembira dan sebak sangat.

Jaga ‘supply dan demand’
Kongsi Eyra lagi, tiada apa-apa tip untuk susu badannya meriah selepas Hayder pandai menyusu. Cuma di awal kelahiran drop sebab Eyra stres. Bila Hayder mula menyusu dengan baik, Eyra hanya pegang pada supply dan demand. Ternyata cara ini buatkan susu akan meriah. Alhamdulillah sampai kadang tu terlebih pula susu.
Apa yang buatkan Eyra benar-benar bertekad nak susukan anak, sebab dari awal hamil lagi Eyra dah cakap nak breastfeed baby. Malah suami, ibu dan ibu mertua sentiasa sokong dan Eyra memang ikut nasihat orang yang berpengalaman.

Suami juga walaupun kami sama-sama muda dia sentiasa mempermudahkan Eyra untuk menyusu Hayder. Contohnya sebelum kes Covid ini, jika kami keluar ke mana-mana pun, sampai masa menyusu atau pam, Haziq yang akan cari lokasi yang sesuai untuk Eyra. Jika susah sangat kami akan duduk je dalam kereta.
Mesti kuat demi anak
Bila orang tanya Eyra dari mana datangnya kekuatan untuk BF anak, apa yang boleh Eyra bagitahu adalah bonding dengan Hayder. Jika diikutkan perancangan Eyra nak sehingga dua tahun tapi disebabkan masalah tulang belakang dan Eyra perlu buat pembedahan, doktor minta stopkan awal.

Masa nak buat keputusan untuk lepaskan Hayder yang sempat menyusu selama 11 bulan itu, memang sedih sangat sebab dah rasa special bonding antara ibu dan anak ni. Sebab ayahnya sendiri pun tak boleh dapat pengalaman ni dengan Hayder.

Jadi sebagai salah seorang ibu yang menyusukan bayi, Eyra nak bagi nasihat ibu kena kentalkan hati, banyak baca dan selalu dapat sokongan orang sekeliling. Insyallah ilmu yang kita dapat tu boleh dimanfaatkan. Lagi satu kena kuat demi anak sebab susu ibu ni lebih baik dan terbaik daripada mana-mana susu di dunia.

Mama jom rileks jap, klik link ni!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Awal-Awal Eyra Nangis, Anak Tak Pandai Menyusu. Sampai Satu Tahap Hayder Tak Ingat Mamanya” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/awal-awal-eyra-nangis-anak-tak-pandai-menyusu-sampai-satu-tahap-hayder-tak-ingat-mamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Normal Anak Minum Susu Ibu Mula Makan Akan Kurang Menyusu Ibu Tak Perlu Risau

Normal Anak Minum Susu Ibu Mula Makan Akan Kurang Menyusu Ibu Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 554 hits
Ibu ibu yang ada bayi berusia 6 bulan ke atas dan mula makan situasi anak susah makan atau kurang minum susu sentiasa buatkan ibu risau Bukan apa risau berat akan turun mendadak lagi lagi anak dalam fasa aktif meneroka Namun menurut Dietiti...
Hiburan Pengambaran Baki Drama Disambung Tapi Lana Nodin Belum Ambil Vaksin Sebab Menyusu Anak

Hiburan Pengambaran Baki Drama Disambung Tapi Lana Nodin Belum Ambil Vaksin Sebab Menyusu Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 275 hits
Kerana tidak mahu melengahkan masa lagi penerbit Creative Skill Solution Sdn Bhd iaitu Suriyati Sidek berkata pasukan produksi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan kembali bekerja sekitar minggu hadapan bagi menyelesaikan saki baki pengamba...
Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi Picky Eater Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

Anak Yang Menyusu Susu Ibu Kurang Jadi Picky Eater Dalam Susu Ibu Ada Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 344 hits
Semasa tahun pertama kehidupan kanak kanak mengalami tumbesaran fizikal sosial dan emosi yang pesat Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis ma...
Usia 4 6 Tahun Perkembangan Otak Anak Di Tahap 91 Fasa Ni Penting Tak Boleh Ulang

Usia 4 6 Tahun Perkembangan Otak Anak Di Tahap 91 Fasa Ni Penting Tak Boleh Ulang

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 314 hits
Perkembangan bayi dan kanak kanak antara aspek yang sangat penting Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal kognitif bahasa sosial mora...
Hiburan Mimpi Dikelilingi Anak Anak Kucing Beri Makan Aishah Ingat Sudah Sampai Masanya

Hiburan Mimpi Dikelilingi Anak Anak Kucing Beri Makan Aishah Ingat Sudah Sampai Masanya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 240 hits
Penyanyi bersuara emas tanah air Aishah Ariffin hanya memikirkan soal kematian sahaja saat dirinya berada dalam keadaan yang getir apabila tahap oksigennya semakin menurun ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Aishah atau nama sebenarnya W...
Lepas Menyusu Cirit Birit Ruam Merah Bukan Biasa Tandanya Anak Alah Susu Lembu

Lepas Menyusu Cirit Birit Ruam Merah Bukan Biasa Tandanya Anak Alah Susu Lembu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 248 hits
Alahan susu lembu atau Cow s milk protein allergy dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami Susu lembu adalah protein asing yang pertama sekali seseorang manusia atau bayi ambil selain daripada protein dari susu ibu sendiri jadi secara t...
Alhamdulillah Penyusuan Baby Ke 2 Sangat Mudah Sef Pandai Menyusu Susu Isteri Pun Banyak

Alhamdulillah Penyusuan Baby Ke 2 Sangat Mudah Sef Pandai Menyusu Susu Isteri Pun Banyak

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 331 hits
Betullah orang kata kehadiran anak mengubah segala galanya Begitu juga bagi pasangan Doktor Selebriti ini Dr Say Shazril dan isterinya Dr Azura Abas yang merasai selepas kehadiran anak nombor dua dalam keluarga ia benar benar buatkan mereka...
Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 259 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

Ibu Hamil Menyusu Jangan Takut Ambil Vaksin Covid 19 Anak Juga Akan Dapat Antibodi Yang Sama Dari Ibu

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 318 hits
Kes Covid 19 setiap hari sangat membimbangkan kerana hampir setiap hari kes mencecah 5 angka Apabila kes dalam komuniti meningkat maka risiko kepad ibu hamil ibu menyusu dan kanak kanak juga akan meningkat menjelaskan tentang kebaikan menga...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid